02: STRESSOR THINGS

1 0 0
                                    

Kereta diparkir elok bersebelahan dengan kereta-kereta lain. Sebaik melangkah keluar dari perut kenderaan, angin sepoi-sepoi yang bertiup terasa nyaman nenyentuh roman wajah. Rambut yang sedari tadi diikat dengan gaya bun, aku lepaskan. Helaian brunette itu aku biar ditiup bayu.

Tali leher dan kot aku tanggalkan lalu campak sahaja ke dalam kereta. Telefon bimbit juga ditinggalkan kerana aku sangat tidak perlukan sebarang gangguan saat ini.

Dua jam perjalanan semata-mata untuk ke taman ini. Walaupun jauh, taman ini tetap akan menjadi destinasi pilihan jika aku mula rasa tertekan atau apabila semangat aku merudum jatuh.

Langkah diayun menuju ke sebuah bangku berhadapan dengan tasik. Menariknya, tasik itu berada di bahagian barat taman. Pabila tiba waktu senja, matahari akan mula menenggelamkan dirinya. Menghasilkan ilusi seolah-olah matahari itu ditelan tasik.

Jemari mula mengurut pelipis dahi. Kepala ditundukkan ke lantai simen memikirkan kejadian yang berlaku di pejabat tadi.

Keadaan pasaran yang kutang memberangsangkan setelah Luna memutuskan hubungan dengan sebuah syarikat di Afernshire akibat mereka menggunakan bahan terlarang mula memakan diri. Keputusan yang diambil aku itu menyebabkan food commercial department syarikat hampir lumpuh sepenuhnya.

Highlight: keputusan yang dibuat oleh aku.

Mujurlah pendapatan dari sumber lain Luna seperti pelancongan dan perhotelan masih mampu menampung kos kerugian tersebut. Masih mampu juga untuk menampung kos upah pekerja selama enam hingga 12 bulan. Namun sampai bila?

Pandangan dialihkan ke arah seorang kanak-kanak perempuan yang sedang sibuk bermain dengan buih sabun. Sudahlah memang comel, ditambah pula dengan gaya rambut dan baju yang dikenakan. Dua tocang kecil pada kiri dan kanan. Gelak tawanya sedikit sebanyak membuatkan bibir aku mengukir segaris senyum.

Mendengar bunyi loceng, gadis kecil itu semakin teruja. Ramai juga kanak-kanak lain bereaksi begitu. Semestinya kerana aiskrim yang dijual oleh seorang pak cik dengan motosikal membawa peti ais kecil berwarna merah itu.

Sementara orang yang aku andaikan sebagai ibu kepada gadis itu membeli aiskrim, dia memandang ke arah aku. Eye contact. Aku kalihkan pandangan ke arah lain.

Mata kembali merenung ke arah tasik. Baru beberapa minit selepas aku alihkan pandangan, ada satu tangan kecil menarik-narik bahagian tepi seluarku.

"Nah, aiskrim untuk kakak cantik." Satu kon aiskrim dia hulurkan pada aku. Dahi aku menyusun kerut. Selepas memberi, dia sudah berladi anak. Lebih pantas, aku menahan pergerakan gadis kecil itu dahulu.

"Kenapa bagi saya aiskrim ni? Macam mana kalau saya orang jahat?"

"Sebab kakak nampak sedih tak dapat makan aiskrim, jadi Nasya minta mama beli empat aiskrim. Mama kata, kita kena sentiasa kongsi benda best dengan orang lain. Kakak dapat aiskrim vanila sebab kakak pakai baju warna putih."

Hidung budak itu aku cuit perlahan. Petah benar dalam berbicara walaupun ada selingan pelat dalam sebutannya. "Terima kasih, Nasya."

"Sama-sama. Bye!" Budak kecil itu berlari ke arah ibu bapanya semula.

Berkongsi...

Aku membuat side note dalam minda untuk menyelesaikan masalah tadi. Dan mungkin sudah menemui solusinya. All thanks to that kid. Dan baru sekarang aku dapat membuat analisis menyeluruh terhadap ayat yang budak tadi bicarakan. Dia kata dia bagi aku aiskrim sebab aku nampak sedih?

Aku nampak, menyedihkan?

Posisi duduk pantas ditegakkan. Tak boleh biar orang nampak aku dengan persepsi yang sama sekali lagi. Aiskrim dihabiskan sambil menikmati pemandangan matahari terbenam.

ONCE UPON A SPRINGWhere stories live. Discover now