Benda pertama yang aku rasakan ialah kain selimut lembut milik hospital. Bunyi titisan cecair intravena menitik kedengaran agak kuat disebabkan suasana bilik yang terlalu sunyi. Mata, aku buka perlahan-lahan. Apabila iris menangkap cahaya putih terang, terus tertutup semula kelopak mata. Sekali lagi aku buka mata dan mula memandang sekeliling.
Bersebelahan katil aku ada sebuah sofa kecil. Lelaki tadi sedang duduk di situ dengan mata terpejam rapat. Dia tidur dengan begitu nyenyak. Tersengguk-sengguk kepala dia dibuatnya.
Lah, kenapa dia tak tinggalkan aku di sini dan pulang sahaja? Kenapa dia masih berada di hospital?
Aku bingkas duduk tegak 90 darjah dengan menggunakan kudrat yang telah terkumpul semula. Jam dinding yang tergantung sempat aku kerling sesaat. Pukul 9:50 malam.
Tapak kaki aku sentuhkan pada lantai putih wad persendirian. Ketiadaan pesakit lain membuatkan aku menebak perkara tersebut. Sejuknya ruang ini menggigit sehingga ke sumsum tulang!
Lelaki tadi aku hampiri perlahan-lahan. Niat sebenar nak kejutkan dia dari terus lena tapi melihatkan dia begitu selesa tidur, niat itu aku batalkan serta-merta. Sejak bila aku lembut hati, aku pun tak tahu.
Sebaik aku tiba di sisinya, tangan aku bertindak naik menyentuh baju dia. Aku perasan pakaian yang dia kenakan masih tidak berubah. Terasa lembap. Helaian rambutnya juga masih melekat-lekat sesama sendiri. Belum kering sepenuhnya.
Selipar di sisi katil, aku sarungkan. Baru hendak keluar, mata menangkap imej aku yang terpantul pada cermin. Pakaian hospital bercorak petak-petak disimbahi warna putih. Tidak lupa balutan kain kasa dengan kapas yang melilit kepala. Pada kapas, ada satu tompok kecil berwarna merah. Seteruk itukah kepala aku berdarah tadi?
Pintu gelangsar wad aku tolak tanpa menghasilkan sebarang bunyi. Tempat menggantung cecair IV itu aku seret sekali. Langkah diorak ke arah kaunter pertanyaan. Ada dua orang jururawat sedang membuat kerja masing-masing sambil menjamah makanan.
Apabila salah seorang daripada mereka bertentang mata dengan aku, gadis itu bingkas bangun dan berlari anak mendekatiku. "Cik, cik tak boleh keluar. Mari, saya bawa cik masuk ke wad semula."
"Tak apa, saya bukan nak keluar pun. Saya cuma nak minta satu tuala dengan satu selimut lebih, boleh?" Jelasku bagi mengelakkan salah faham berlanjutan.
"Oh, sebentar ya. Saya tolong ambilkan."
Aku hanya membalas dengan anggukan. Jururawat tadi bergerak ke arah bilik simpanan. Jururawat lagi satu pula hanya menayangkan sengih sebelum sambung menikmati juadah depan mata. Tiba-tiba, melihatkan mi segera yang mereka makan pun cukup untuk membuatkan aku rasa lapar.
Aroma kari kuat menusuk rongga pernafasan. Kemudian, pandangan tertala ke gelas berisi minuman coklat berais yang berada di sisi mi segera tadi. Angin sejuk dari penghawa dingin menambah keinginan terhadap makanan panas dan hangat.
Sedang elok aku membayangkan nikmatnya sizzling noodle, aku baru tersedar apabila ada tangan melambai-lambai. Betul-betul depan muka aku. Mata mengerdip sekali untuk reset otak dan menukar fokus.
"Cik, ini-"
Bunyi agak bising menarik pandangan kami berdua untuk berpaling ke arah sumbernya. Ada seorang lelaki meluncur keluar penuh bergaya dari salah satu wad di tingkat ini.
"Miss!" Lelaki itu melaung kuat. Jarak dari bilik wad itu dengan kaunter boleh tahan jauh sebenarnya. Kuat betul dia menjerit sehingga suaranya boleh sampai ke pendengaran aku dengan jelas.
Dahi aku berkerut, mata aku kecilkan.
Macam kenal.
Oh.
YOU ARE READING
ONCE UPON A SPRING
RomanceDitemukan pada satu malam ketika si gadis menjadi Cinderella jadian, siapa sangka pertemuan itu bukan kali terakhir buat mereka? Evelyn Harrelson. Hidupnya teguh pada prinsip untuk tidak sesekali percayakan sesiapa. Menjadi pemilik syarikat konglom...