Bab 4: Persahabatan

1 0 0
                                    

Kamal duduk dikelilingi tiga orang kawannya, Bob, Ijoy dan Tam. Mereka berempat menghabiskan masa di belakang sebuah bangunan lama selepas minum air batu campur di bandar. Kotak rokok bertukar tangan. Api dinyalakan. Itulah tujuan mereka duduk berkumpul di situ, sebuah laluan yang jauh dari orang ramai.

"Adik kau cantik, Mal." Kata Ijoy, tersengih-sengih. "Tak nak kenalkan ke? Aku ingat nak jadi adik ipar kau."

"Huh!" Kamal merengus. "Jangan harap! Perangai macam korang ni tak layak untuk adik aku."

"Kau pun sama, Mal. Haprak macam kami jugak. Depan mak bapak je pijak semut tak mati. Sembahyang tak tinggal. Belakang menyetan." Balas Ijoy. Ada rasa tak puas hati dengan lemparan kata-kata berbunyi hinaan dari Kamal tadi tapi dia tetap ketawa— mengejek sebenarnya, dan ketawanya itu makin besar disokong gelak Bob dan Tam.

"Budak Serani tu rapat dengan dia kau tak kisah pulak?" Tam menambah, sengaja mengapi-apikan lagi.

"Budak kampung nelayan tu?" Tanya Kamal. Suaranya keras sekelat mukanya.

"Hana Marcello. Si tomboy anak kaki botol tu lah, siapa lagi." Ijoy menjawab sambil mengajuk gaya orang mabuk yang sedang terhoyong-hayang memegang botol.

"Hans..." Mereka berdua— Ijoy dan Tam mentertawakan nama tersebut. "Dia ingat dia jantan. Kau tak risau ke?" Sambung Tam.

"Kau kenal rapat budak tu?" Kamal meminta keterangan lajut. Dia sebenarnya tak berapa kenal dengan Hans walaupun keakraban antara Sophia dan Hans dah menjadi buah mulut rakan-rakan sekolah. Ada yang gembira, terkejut, ada juga yang cemburu.

"Bapak dia, kaki botol. Mabuk hari-hari." Bob yang dari tadi senyap leka menyedut asap kini mula bercakap. Puntung di jari dia jentik masuk ke longkang.

"Biasalah, nelayan situ semua kaki tonggang." Tam menokok tambah cerita.

"Keluarga nelayan kat pantai tu, miskin. Kau tengoklah persekitaran pun. Kotor." Bob mencurah minyak pada api yang sedang marak. "Nelayan kat situ semua Kristian, kau tau, kan? Kau pesan sikit kat adik kau tu."

"Betul tu Mal. Kau tak boleh biarkan adik kau bercampur gaul sangat dengan orang-orang Kristang tu. Jangan makan kat kedai diaorang. Entah apa dijualnya. Geli aku."

"Aku setuju cakap Ijoy." Tam dan Bob mengiyakan kata-kata Ijoy, serentak. Kamal diam. Sebatang rokok dinyalakan lagi. Jantungnya berdegup kencang, geram dan marah. Dia tak suka adiknya, Sophia berkawan dengan orang yang tak setaraf, apa lagi berlainan agama.

"Budak Serani tu kerja kat kedai makan bapak sedara dia. Aku dengar, Dahlia anak Bakhtiar jurutera tu dengan siapa lagi sorang kawan baik diorang..." cerita Ijoy terhenti seketika cuba mengingat nama. Dia menyiku dada Tam.

"Oh, budak tu... Haa... budak Serani anak nelayan situ-situ jugak. Tak silap nama Lynn. Cun jugak..."

"Ah kau ni, orang cerita lain, kau ke lain pulak." Ijoy menolak kepala kawannya. "Ha, Lynn. Diaorang berdua rajin bawak adik kau makan situ, sebab budak Serani tu kerja kat situ."

"Apa yang kau orang nak bagitau aku ni, sebenarnya?"

"Mal, kau tak risau ke budak tu pengaruh adik kau nanti? Bawak gi gereja ke, bagi makan apa ke?" Ijoy memandang muka Kamal. "Lagipun diorang tu aku tengok rapat lain macam... Macam..."

"Macam apa?!" Kamal membentak. Dia berdiri tegak. Ketinggian dia menenggelamkan Ijoy yang pendek.

"Macam pakwe makwe." Kata Bob yang berbadan gempal, selamba.

"Huh!!" Kamal berlalu meninggalkan kawan-kawannya. Laju dia mengambil beca balik ke rumah.

Sesampai di rumah terus dia meluru masuk, mencari Sophia di bilik tapi Sophia tak ada di situ. Lalu dia turun ke bawah mencari ibunya pula. "Mama, mana adik?" Tanya Kamal kepada ibunya yang sedang leka membelek bunga-bunga di taman.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: 2 days ago ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Konserto Untuk SophiaWhere stories live. Discover now