Bab 3: Cahaya Dari Hati

3 0 0
                                    

Di suatu sudut kantin, Sophia duduk bersama beberapa rakan sekelas. Mereka berbual santai tentang pelbagai perkara yang berlaku di sekolah. Tiba-tiba, Sara, salah seorang rakan baru Sophia, memandang ke arah seorang pelajar yang duduk bersendirian di hujung meja.

"Dia tu, sekelas dengan kita tapi sombong. Tak suka bergaul," ujar Sara dalam nada berbisik, sambil memandang tajam ke arah pelajar tersebut. "Sepatah ditanya, sepatahlah dijawabnya," tambah Sara lagi.

Hans suka sendirian, terutamanya di sekolah. Jarang sekali rakan-rakan dapat berbual-bual lama dengannya. Dia lebih selesa begitu— menjaga jarak. Duduk di barisan belakang, dia seakan cuba melenyapkan diri dari pandangan semua orang. Sophia menyedari kewujudan Hans sejak hari pertamanya di sekolah itu. Walaupun Hans seperti tidak menghiraukan dia atau siapa pun, Sophia tetap merasa tertarik.

"Saya tak pernah nampak dia bercakap dengan sesiapa," kata Sophia dengan lonjakan rasa ingin tahu.

Rakan mereka, Amir, menyambut soalan Sophia. "Dia memang jenis pendiam. Orang kata banyak masalah, sebab tu tak suka bergaul tambah lagi dengan orang Melayu macam kita."

Sophia termenung sejenak sambil memandang ke arah Hans. "Kadang-kadang, orang pendiam macam dia tu bukan tak nak berkawan, tapi mungkin dia tak tahu cara nak mula," Sophia sering mahu berfikiran positif lalu dia cuba membuka minda rakan-rakannya.

Sara dan Amir terdiam, kelihatan berfikir sejenak tentang kata-kata Sophia.

"Betul juga kata kau, Sophia. Mungkin kita patut cuba ajak dia berbual satu hari nanti," balas Sara, tersenyum kecil. Amir mengangguk, nampak setuju dengan cadangan itu.

Sophia tersenyum puas. Dalam hati, dia merasa seronok dapat memberi perspektif yang mungkin belum melintasi fikiran rakan-rakannya.

Hans yang seakan sedar dirinya diperhatikan, rasa tak selesa. Selepas menghabiskan bekalan, terus dia bangun lantas meninggalkan kantin. Dia singgah ke tandas sebelum ke bilik darjah. Sewaktu buang air di salah satu kiub dalam tandas, dia terdengar suara gelak ketawa dan perbualan beberapa orang gadis.

"Aku period hari ni," kata salah seorang daripada gadis-gadis tersebut. Hans kenal benar, itu suara Dahlia. Kawan-kawannya mentertawakan kata-katanya tadi. Hans dapat mengagak, itu suara Lynn dan...

"Sophia, when did you get your first period?" Tanya Dahlia.

"Last year."

"Lambat jugak. Aku darjah lima dah kena," kata Lynn. Mereka semua ketawa. "Aku dengar, kalau lambat kena, lambat tua." Kata-kata tambahan itu membuat ketawa gadis-gadis tersebut semakin kuat.

Hans teragak-agak untuk keluar, jadi dia memutuskan untuk menunggu sehingga gadis-gadis itu beredar. Namun nampaknya perbualan semakin rancak. Dia memang telinga lagi, mendengar perbualan gadis-gasis tersebut tentang puberti— tentang pertumbuhan ciri-ciri seks sekunder seorang perempuan. Tanpa sedar, Hans tersenyum sendirian bila mendengar mereka membahaskan tentang pembesaran buah dada dan pertumbuhan bulu-bulu di sekitar organ seks mereka.

Hans memandang jam di pergelangan tangan kirinya. Lagi sepuluh minit sebelum waktu rehat berakhir. "Lambat lagi kalau nak terus tunggu," desus hatinya. Lalu, tanpa berlengah, dia terus membuka pintu. Gadis-gadis tersebut terdiam bila melihat Hans berjalan ke sinki dan memasang paip air. Dia menadah air dengan kedua belah tangannya untuk membasuh muka. Rambutnya dia basahkan sedikit. Sehelai sapu tangan warna biru dia keluarkan dari saku lalu muka dikesat. Ketiga-tiga orang gadis itu berbisik sesama sendiri— hampir tak didengari butir bicaranya. Sewaktu mereka mahu melangkah keluar dari tandas, Hans yang masih berdiri di hadapan cermin mengeluarkan sebiji gula-gula Hudson berbungkus hijau, perisa limau. Sophia yang terakhir dibarisan kedua rakannya berhenti seketika. Dari cermin, matanya memandang Hans. Dia lemparkan senyuman, Hans membalas tanpa berkata apa.

Konserto Untuk SophiaWhere stories live. Discover now