BAB 2

14 0 0
                                    

3 BULAN KEMUDIAN

Aryan berjalan beriringan disebelah Nisryna sambil melihat kain-kain yang dijual di Pasar Pekan Rantau Panjang itu. Hubungan mereka semakin rapat selepas Aryan sering meluangkan banyak masa bersama gadis periang itu.

"Awak tahu, Rantau Panjang dipanggil sebagai pekan koboi."

"Kenapa?" Soal Aryan mengerutkan kening sebelum memandang sekeliling kalau-kalau ada padang kuda. Paling tidak lelaki seperti James Bond yang menghisap ceruk dalam filem Hollywood.

"Awak cari apa?" Hairan Nisryna

"Padang kuda." Aryan dengan muka poker lansung tidak bersalah mengatakan itu.

Lantas memecahkan tawa Nisryna.

"Ish bukan itu maksud saya lah!"

"Mereka panggil pekan koboi sebab orang-orang disini hidup seperti tiada undang-undang. Semua dilanggarnya."

"Is it true?" Aryan musykil

Nisryna mengangguk. "They used to be like that. Mereka suka lari cukai. Sebab itu harga barang terutamanya beras agak rendah dari pasaran. Kebanyakannya diimport dari Golok. Kalau awak tengok, percakapan mereka agak kasar tetapi sebenarnya mereka baik. Persekitaran yang membentuk mereka menjadi begitu."

Aryan mengangguk sesekali dia menyuap aiskrim, khuatir cair kalau dibiarkan lama.

Tambah Nisryna "Oh lagi satu agak susah untuk membezakan antara orang tempatan dan Thailand. Tetapi kebanyakan orang di sini ada darah Thailand. Senang kata mix. Mereka berasimilasi antara satu sama lain."

"Sedap."

"Apa yang sedap?"

"Ni" Aryan menunjukkan aiskrim yang dipegangnya.

Nisryna menjulingkan mata ke atas sambil tersenyum. Dia ralik membelek kain yang sengaja digantung oleh penjual diluar kedai untuk menarik pelanggan.

Aryan turut terhibur. Dia mengakui tidak berapa peduli dengan budaya Melayu. Membesar di negara Barat ditambah lagi kesibukannya dalam dunia perniagaan membataskan masa untuk dia menelaah. Paling tidak mengambil tahu tentang perkara kecil. Pertama kali dia mendengar nama Rantau Panjang itu pun selepas mengenali Nisryna.

"Arman, awak tahu tak? ​​Baru-baru ini, polis berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan dadah di Rantau Panjang.​​ ​​Mereka ditahan semasa sekatan jalan raya di Cabang Empat Salam."​​ ​​

Aryan "Betul ke? Baguslah lepas ni lebih ramai yang akan tumpas"

"Saya dengar juga ​​PGA menahan hampir 300 pendatang tanpa izin (PATI) hingga Ogos lepas.​​​​ ​ ​Nampaknya aktiviti penyeludupan di sempadan semakin menjadi-jadi."​​

Tambah Nisryna lagi "Kat sini ada lapan pangkalan haram yang menjadi lokasi utama sindiket membawa masuk PATI di Kelantan.​​ ​​Mereka menggunakan perahu pada awal pagi untuk elak dikesan."​​

Aryan mengeluh "Kalau begitu susahlah pihak berkuasa kawal sempadan sepanjang Sungai Golok tu."​​

"Awak tak berminat ke beli baju-baju itu. Cantik kalau awak pakai." Aryan perhati Nisryna hanya memegang kain-kain itu. Paling tidak dia hanya menanyakan harga kemudian beredar.

''Tak nak lah membazir. Harga barang semua dah naik sekarang, kena jimat.''

"Biar saya belanja."

Lantas Nisryna mengeleng kepala "Ish lagilah tak nak. Saya tak suka menyusahkan orang."

"Mana ada menyusah pun, saya kan kawan awak. Lagipun belanja orang dapat pahala."

"Saya ada tip untuk dapatkan harga murah." Nisryna membatukan langkahnya.

A R Y A NWhere stories live. Discover now