Kau ialah sahmura yang nirmala
Kehadiranmu bagaikan candra
Candra yang tidak segan melabuhkan sirna walaupun akan hilang jua
Kau dan aku bagaikan dua benua berbeza
Kau ialah bumantara manakala aku tanahnya
Mengagumi bumantara yang jauh indahnya mungkin akan sia-sia tapi bagaimana?Aku akan lelah dalam mengagumi seseorang yang tidak pasti, tapi bukan sekarang mungkin nanti? Aku sedar aku bukanlah bianglala yang ada di cakerawala, aku juga tidak layak dipanggil kirana. Apalagi menjadi sebahagian dari atmamu, mimpi cuma. Seribu aksara dalam tulisanku tidak akan mampu meraih bumantara atau cakerawala apalagi kau duhai ratna pakaja. Abadilah dalam tulisanku kerana aku tidak akan pernah ada dalam kisahmu.
Sekian dari aku yang bukan puspita tapi pemegang pena untuk menghurai kata
Sincerely,
N Y N A
YOU ARE READING
PUISI KITA
Poetry[ PUISI KITA ] Mulakan bacaan dengan bismillah, semoga kau tau bukan mulut sahaja mampu menghuraikan kata, pena juga dapat melakukan hal yang sama. Semoga karya ini dapat menjadi teman untuk kita. Sincerely, N Y N A