Sabarlah duhai yang maharupa
Manira juga turut belasungkawa
Derita kita sementara cuma
Kidumlah wahai ratna, kerana dengannya ramai yang mendamba
Janganlah dikau terus bersedih kerana semuanya akan niskala
Sementara menunggu masa itu tiba, sabar kuncinya.Wahai Kirana,
Binalah sabarmu supaya setara dengan seisi buana agar segala gundah gulana diganti dengan bahagia, bukan kesumat yang sia-sia. Kidummu bagai adiwarna layaknya jumantara. Durjamu indah membuatkan ramai terpesona.Maka sabarlah,
jangan biarkan dirimu diulit amarah kerana semua hanya percuma. Sebaliknya, teruslah mengukir senyuman kerana itulah hal yang permana.Semoga kesabaranmu diganti dengan inderaloka seyugia
Sincerely,
N Y N A
YOU ARE READING
PUISI KITA
Poetry[ PUISI KITA ] Mulakan bacaan dengan bismillah, semoga kau tau bukan mulut sahaja mampu menghuraikan kata, pena juga dapat melakukan hal yang sama. Semoga karya ini dapat menjadi teman untuk kita. Sincerely, N Y N A