Hati,
Cintailah yang benar-benar mencintai kita,
InsyaAllah cinta itu tidak akan sia-sia, Apalagi menyeksa jiwa dan raga,
Siapakah cinta itu? Itulah cinta Allah dan rasulullah yang tiada tara.Kita pernah memberi cinta kepada yang tidak layak dicintai, kita juga pernah memberi cinta kepada insan yang salah, mungkin sudah lama, tapi jangan diulangi ya?
Ya rabb,
Maafkan kami yang buta kerana cinta,
Yang tenggelam kerana dosa,
Yang melupakanmu kerana kehadirannya,
Walhal kaulah yang sepatutnya dicinta,
Supaya hidup tenang bahagia.Kau tidak pernah menyekat nafas kami saat sedang bermaksiat,
Kau tidak pernah berhenti memberi kami rezeki walau kami berkhianat,
Beribu amal kami tidak setanding dengan berjuta nikmat yang kau beri.Duhai Rasulullah,
Cintamu layaknya mutiara,
Bersinar cantik mahalnya? Jangan dikata,
Cintamu melebihi segala yang ada,
Kau sanggup dihina, dikeji untuk kami merasakan cinta yang sebenarnya,
Maafkan kami yang kadang tidak mengingatimu,
Yang kadang leka dengan dusta mayapada.Pengorbananmu tak mampu kami hurai dengan kata-kata mahupun pena,
Saat kau diperlakukan sewenangnya,
Kau tetap memaafkan mereka,
Cintamu kepada umatmu bukan hanya seluas segara, apalagi jumantara kerana cintamu melebihi semua yang ada.Cintailah Allah dan Rasulullah, bukan Dia yang kau anggap cinta, nyatanya dusta belaka.
Sincerely,
N Y N A
YOU ARE READING
PUISI KITA
Poetry[ PUISI KITA ] Mulakan bacaan dengan bismillah, semoga kau tau bukan mulut sahaja mampu menghuraikan kata, pena juga dapat melakukan hal yang sama. Semoga karya ini dapat menjadi teman untuk kita. Sincerely, N Y N A