★ 9

14 4 0
                                    

SSNA POV :

"Weh Siti, Madam Linda suruh aku satu group dengan kau," beritahu Hasif kepada Sarah yang sedang mengelamun.

Sarah yang mendengar itu terus memandang ke arah Hasif. Dia mengangguk. Madam Linda iaitu guru bahasa melayu dan juga guru musik mereka sedang sibuk membagi kumpulan.

Di dalam kelasnya ada 36 pelajar, kumpulannya mempunyai 6 orang. 3 lelaki dan 3 perempuan.

Kumpulannya terdiri daripada,
- Dia, Siti Sarah Nur - Ain
- Nur Syifa' Balqis
- Nur Aqeela Maira
- Amjad Hadeef Qayyum
- Hasif Firdaus
- Muhd Haziq Hazeym

"So, kita nak buat cerita tentang apa? Madam Linda kata random. Lagu pulak berkenaan dengan cerita tu. Kalau cerita kita buat sama-sama, Siti buat lirik kitorang tolong. Cun tak?" ujar Aqeela dengan bersemangat. Matanya bersinar-sinar memandang ke arah Sarah yang masih lagi diam.

Sarah hanya mengangguk dan yang lain juga mengangguk.

"Okay tajuk dia apa?" tanya Haziq sambil memegang pensel dan memandang mereka wajah mereka satu persatu.

"Gadis kecil yang kehilangan rumah?" Syifa' memberi idea.

Sarah memandang ke arah Syifa' manakala yang lain memandang ke arahnya.

Syifa' yang tersedar apa yang dia katakan tadi terus memeluk Sarah.

"Weh Siti, sumpah takde niat weh.. Kita fun fun okay? Jangan terasa," Pujuk Syifa'.

"Aku okay lah. Aku setuju cadangan kau tapi idea kau lah. Aku buat lirik je," ujar Sarah meredakan keadaan.

Mereka semua memandang Sarah yang sudah pun tersenyum.

Mereka tersenyum apabila akhirnya Sarah tersenyum.

"Okay, let's start," ujar Haziq kepada mereka.

Mereka semua sibuk dengan idea jalan cerita manakala Sarah sibuk bersendirian memikirkan lagu yang sesuai untuk cerita mereka.

Dia mengambil buku tulis yang hanya khas untuk lirik lagunya. Dia mengambil pen hitam di dalam kotak penselnya sebelum dia mula menulis.

"Hujan yang lebat membasahi si kecil yang riang ketawa,
Petir menyambar,
bunyi guruh yang kuat tidak lagi menakutkan dirinya,
Dirinya mencuba menjerit, yang hanya adalah kesepian.."

Sarah berhenti menulis seketika. Dia memejamkan matanya mencuba untuk menenang kan dirinya.

"People come and go sometimes,
You shouldn't go with them,
I need you,
I need help,
I need a hug,
I need a comfort,
but all I got is only a pain,
Did I deserve this pain?
Did I?
So scared of the monster that I didn't realise,
Human was more worst than monster."

Lagu itu terngiang-ngiang di dalam fikirannya. Lagu itu dia tulis disaat dia dikurung di dalam stor kecil.

"Siti Sarah Nur - Ain," panggil Amjad dan Hasil serentak membuatkan Sarah terkejut. Dia mengurut dadanya supaya tenang.

Dia membuka matanya dan memandang ke arah mereka, "Kenapa?"

"Aku ingat kau kena rasuk. Sebab tangan kau bergerak tapi mata tertutup," ujar Hasif sambil matanya memandang buku Sarah.

Sarah memandang ke bukunya yang tanpa dia sedari, dia melukis sebuah identiti di buku tersebut.

"Kau okay ke? Kalau tak jom pergi karaoke, minum kopi panas," gurau Aqeela.

Sarah memandang ke arah mereka semua, "Balik ni kita singgah mamak nak?"

Mereka semua mengangguk sebelum semuanya kembali membuat kerja.

Between Him and Her (C)Where stories live. Discover now