Afif menyimpan kedua earbud miliknya kedalam poket seluar sambil memerhati Sarah yang sedang order air di cafe.
Mereka berdua berhenti berjalan sebentar dan membeli air di cafe yang baru sahaja di buka.
Selesai membuat pembayaran, Sarah terus mendapat kan Afif di luar cafe tersebut dan memberikan air kepadanya.
Afif perasan akan beg plastik warna coklat di tangan Sarah dan dia bertanya-tanya apakah itu.
Afif mengambil air yang dihulurkan oleh Sarah dan minum tanpa berkata apa-apa. Air nescafe yang masih lagi panas dihirup nya perlahan.
Dia memerhatikan Sarah yang sedang mengeluarkan roti bakar dari beg plastik berwarna coklat tersebut dan meminum air matcha.
"Kau beli apa?" Tanya Afif memecahkan kesunyian antara mereka berdua.
Mereka berjalan ke arah sebuah meja kosong di luar cafe tersebut dan mengambil tempat berhadapan satu sama lain.
"Roti peanut chocolate bakar dengan biskut," balas Sarah lambat apabila mereka sudah duduk.
Afif hanya mengangguk dan memerhatikan Sarah yang sedang makan dengan senyap.
Sarah tidak perasan akan Afif yang sedang memerhatikan dirinya.
Afif menggeleng kepalanya apabila dia tersedar bahawa dia terlalu merenung Sarah dengan lama.
Sarah memandang nya pelik.
Afif yang perasan akan wajah Sarah terhadap nya terus bertanya, "Kau dah kenapa pandang aku macam tu?"
"Kau lah kenapa. Geleng - geleng dah kenapa? Dah nak gila dah?" balas Sarah selamba sambil makan roti bakar.
Afif memandang nya dengan hujung mata, "Suka hati aku lah nak geleng ke nak apa. Sibuk je," balas Afif dengan geram apabila dirinya digelar gila oleh Sarah.
"Mana tahu dah nak gila ke. Boleh aku daftar kan kau masuk ke hospital sakit jiwa kat Tanjung Rambutan," balas Sarah sinis.
Afif memegang dadanya seakan-akan sakit, "Ouch, sakitnya sampai menusuk jantung aku. Eh kau fikir aku ni layak ke masuk Tanjung Rambutan tu? Aku elok lagi okay," balas Afif tidak mahu kalah sebelum dia menghirup air nescafe nya itu.
Sarah hanya diamkan diri dan kembali makan dengan senyap.
Afif membuka telefonnya untuk tengok waktu. 4.40 petang.
Patutlah panas semacam aje.
Afif memandang ke arah Sarah yang masih lagi makan roti. Dia menggeleng.
"Kau boleh berapa roti?" tanya Afif pada Sarah yang sedang masih lagi makan dengan senyap.
"Aku beli 10," balas Sarah tanpa segan silu.
What the fish? Afif hampir ternganga. Dia tidak menyangka Sarah akan beli sebanyak itu.
"Kau biar betul?" tanya Afif tidak percaya.
"Muka aku ni macam muka penipu ke?" tanya Sarah kembali.
Afif menggeleng, "Tak tapi masalahnya.. Asal kau beli banyak sangat?"
Sarah mengangkat bahu, "Lapar?"
Afif mengangkat sebelah keningnya sebelum dia menggeleng. Macam-macam lah dia ni.
"Kau beli banyak ni, boleh habis ke?" tanya Afif sambil memerhatikan Sarah.
Sarah mengangguk kemudian menggeleng. Afif mengangkat sebelah kening.
"Kalau habis, alhamdulillah. Kalau tak, aku bagi kau," balas Sarah selamba.
Afif buat muka tidak percaya apa yang didengar, "What the-"
"Tak baik mencarut Afif Jazimin," potong Sarah dengan menggunakan nama panjang Afif di belakang membuatkan jantung Afif berdegup laju.
Dia menoleh ke arah lain untuk menutup perasaan yang hampir sahaja Sarah perasan.
"Cepat lah makan. Dah nak lewat ni," ujar Afif dingin dan Sarah hanya mengangguk.

YOU ARE READING
Between Him and Her (C)
Любовные романыJZMnSRh : Between Him and Her "Sometimes, good things fall apart so better things can fall together." - AFJZMN - "People come and go but I keep hoping that you come back to me as mine." - SSNA - ★ AFJZMN a.k.a Afif Jazimin seorang lelaki yang beku...