(Warning : Selfharm & +18 flashback)
Kringg!!
Bunyi loceng sekolah sudah pun berdering lantang bermaksud sudah habis waktu persekolahan.
Sarah yang sedang berjalan di hadapan, Amjad, Hasif, Izzareef, Syed dan Nabil itu hanya mendiamkan diri manakala lelaki-lelaki yang dibelakangnya itu sedang bising berborak.
Begitulah setiap hari, mereka sentiasa berjalan di belakang Sarah.
"Sarah, abah aku suruh kau naik dengan aku balik ni," ujar Nabil kepada Sarah.
Sarah mengangguk. Sarah dan Nabil berkawan dari mereka kecil lagi. Masuk sekolah dan kelas pun sama.
Arwah ayah Sarah dan Abah Nabil, Tuan Azri ialah kawan dari zaman persekolahan lagi.
Sampai sahaja di luar pagar, masing-masing berjalan ke arah kereta ibu bapa mereka manakala Sarah hanya mengikuti Nabil.
Nabil memegang hujung baju lengan Sarah apabila mereka ingin melintas. Dia tahu yang akan Sarah yang takut melintas jalan seorang diri tanpa dipegang.
Sampai sahaja di kereta, Nabil membukakan pintu kereta untuk nya sebelum mereka berdua masuk ke dalam kereta dan Tuan Nazri terus memandu.
"Macam mana harini, Muhammad? Ada bergaduh lagi ke?" perli Tuan Nazri. Nabil hanya menggeleng, "Abah ni. Kes tu pun dah lama dah. Tak yah lah ungkit," balas Nabil dengan tidak puas hati. Dia kerling cermin belakang, melihat Sarah yang termenung di luar tingkap.
"Siti Sarah," panggil Tuan Nazri membuatkan Sarah kembali ke alam realiti. Dia menoleh ke hadapan, "Ye?"
Tuan Nazri tersenyum, "Macam mana harini?" tanya Tuan Nazri sambil kerling cermin belakang, melihat wajah Sarah yang kelihatan seperti penat.
Sarah hanya mengukir senyuman kelat, "Okay je abah. Cuma penat sikit lah. Harini ada sukan sebelum balik tadi," balas Sarah sambil matanya memandang ke arah luar tingkap.
Nabil mengangguk mengiakan apa yang dikatakan oleh Sarah. Mereka ada sukan di akhir masa sekolah, semuanya jadi kelam kabut. Disebabkan itu Sarah dan Nabil penat.
Nabil ada acara larian dan lompat jauh manakala Sarah ada acara larian dan memanah.
Tuan Nazri mengangguk, "Nak balik rumah maklong ke nak singgah rumah abah?"
"Rumah maklong je abah. Nanti mengamuk pula maklong kalau Sarah balik lewat," ujar Sarah dengan nada yang penat dan terselit ketakutan.
Tuan Nazri mengangguk tanda faham. Keadaan sunyi seketika sebelum Tuan Nazri kembali bersuara.
"Dia ada dera kamu ke?" tanya Tuan Nazri membuatkan Sarah membeku sebelum dia menjawab.
"T-tak de abah. Kenapa... Abah tanya macam tu?" soal Sarah kembali sambil memandang ke hadapan.
Nabil memandang ke arah Sarah yang berada di belakang tempat duduk pemandu.
"Kau tak pandai menipu, baby," ujar Nabil membuatkan Sarah dihurung rasa bersalah akibat menipu tetapi dia hanya tidak mahu menimbulkan masalah.
(Sarah dan Nabil bukan pasangan. Nabil panggil Sarah 'baby' dari mereka kecil lagi sebab arwah ayah Sarah selalu memanggilnya dengan gelaran 'baby' dari dia lahir lagi.)
"Takde lah kau ni. Takde pun abah. Maklong, paklong semua okay," balas Sarah sedikit laju untuk menutup perasaan nya yang sedang bercampur antara takut dan ingin memberitahu.
Nabil dan Tuan Nazri hanya mendiamkan diri memandang kan Sarah sudah kembali tenggelam dalam fikirannya sendiri.
Sampai sahaja di hadapan rumah Tuan Idris, Sarah mengucapkan terima kasih kepada Tuan Nazri.

YOU ARE READING
Between Him and Her (C)
RomanceJZMnSRh : Between Him and Her "Sometimes, good things fall apart so better things can fall together." - AFJZMN - "People come and go but I keep hoping that you come back to me as mine." - SSNA - ★ AFJZMN a.k.a Afif Jazimin seorang lelaki yang beku...