★ 27

6 3 0
                                    

"Mana pergi beban ni? Dua minggu tak balik. Mati dah ke?" bebel Puan Siah sambil menyiram pokok bunganya.

Tak pasal-pasal dia kena buat kerja rumah pula. Tak guna punya beban keluarga. Boleh pulak tak balik rumahnya.

"Bebel apa awak ni daripada tadi lagi saya tengok," tegur Tuan Idris sambil berjalan ke arah isterinya.

Puan Siah hanya menyiram pokok-pokok nya dengan tenang tetapi tidak dengan hati nya yang panas membara.

"Biar lah budak tu tak balik pun Siah. Takde nya budak nak mengacau hidup kita," sambung Tuan Idris sambil mencuba menenangkan isterinya yang sedang kemarahan itu.

Dia tahu isterinya tidak kesah sama sekali dengan anak saudaranya itu.

"Jom masuk. Pokok-pokok ni biar semua budak beban tu buat bila dia balik nanti," sambung Tuan Idris sambil memimpin tangan isterinya masuk ke dalam rumah.

____________

Lepas sahaja Afif membasuh kereta milik ayahnya, dia berehat di pondok rumahnya sambil menikmati pemandangan yang redup menandakan hari hendak hujan.

Sedang dia merehatkan dirinya, dia ternampak seorang budak perempuan sebaya dengannya di tepi jalan hendak melintas jalan. Dia seperti kenal akan perempuan tersebut.

Dia bangun dari tempat duduknya dan berjalan keluar daripada rumahnya. Dia berjalan ke arah perempuan tersebut dengan menggunakan pejalan kaki.

Perempuan tersebut seperti takut hendak melintas seorang diri.

Apabila dirinya semakin dekat dengan perempuan tersebut, dia menegur dengan nada yang sengaja disiniskan.

"Takut nak lintas ke?" ujarnya sinis.

"Diam kau," balas perempuan itu dingin.

Afif ketawa kecil, "Siti, Siti.. Minta tolong lain kali," balas Afif dengan selambanya menarik lengan baju Sarah untuk melintas jalan raya apabila kereta sudah pun tiada yang hendak lalu.

Sarah terkejut dengan tindakan Afif itu hanya mendiamkan diri. Sekurang-kurangnya dia tidak perlu melintas seorang diri.

Sampai sahaja di hadapan rumah Afif, Sarah berhenti.

Afif turut berhenti dan memusingkan badannya mengadap Sarah. Dia memandang ke arah Sarah dengan sebelah kening terangkat.

"Rumah kau?" tanya Sarah sedikit bergetar.

Afif mengangguk, "Asal? Kau ada nak pergi mana-mana ke?" tanyanya.

Sarah menggeleng.

"Afif Jazimin. Bertuah punya budak. Keluar tak bagitahu. Nasib ibu keluar kalau tidak kena bebel lah kamu dengan ibu kamu tu," bebel Tuan Shamsul pada Afif. Tuan Shamsul baru sahaja hendak masuk ke dalam tidak jadi apabila dia sudah nampak anak tunggal nya itu.

Afif hanya tersengih tidak bersalah.

Tuan Shamsul mendekati mereka. Sarah hanya berdiri tegak seperti patung. Jantungnya terus sahaja mengepam laju akibat anxiety attack. Dia menggenggam hujung baju lengannya.

Afif yang perasan akan anxiety Sarah, dia memberi isyarat kepada ayahnya supaya tidak menakutkan Sarah.

Tuan Shamsul yang faham akan isyarat tersebut terus memberikan senyuman manis kepada Sarah dan Sarah membalas senyuman tersebut sambil menundukkan sedikit kepalanya tanda hormat.

"Baik. Cantik. Hormat pula tu," bisik hati tua nya.

"Siapa ni?" tanya Tuan Shamsul kepada Afif sambil matanya masih lagi memandang Sarah.

Afif menggosok belakang lehernya memikirkan jawapan.

"Kawan sekolah agama pakcik," balas Sarah tanpa menunggu jawapan daripada Afif. Lambat sangat.

Tuan Shamsul mengangguk. Dia memandang ke arah Afif yang sudah merah telinganya. Dia menggeleng kepalanya. Ada-ada je anak dia ni.

"Tak silap pakcik, anak pakcik sorang ni tak bergaul dengan perempuan. Kawan ke girlfriend ni?" tanya Tuan Shamsul membuatkan kedua-duanya tersedak.

"Ayah ni. Ni girlfriend Afif? Oh hell no. Siapa suka perempuan ni entah," balas Afif dengan nada yang dibuat-buat tidak suka padahal mukanya sudah merah menyala menahan malu dan menutup perasaan yang sebenar.

Sarah yang mendengar jawapan Afif itu hanya memandang nya tajam. Dia kembali menoleh ke arah Tuan Shamsul sebelum dia pula membalas.

"Saya bukan girlfriend anak pakcik. Pasal dia tidak bergaul dengan perempuan lain itu pun saya tidak tahu tapi.. Dia selalu kacau saya. Dan bercinta dengan dia tu takkan pernah ada," balas Sarah membuatkan mata Afif terbuntang luas. What did she said?

Tuan Shamsul hanya ketawa kecil mendengar jawapan mereka berdua.

"Ye lah ye lah. Pakcik saja je nak kena kan korang dua. Kot kot lah masa umur korang macam ni ke, korang dah bercinta kan," usik Tuan Shamsul membuatkan Afif tersedak manakala Sarah hanya tenang sambil menggeleng.

"Takkan pakcik. Saya tak suka dia. Dia tak suka saya. Mana boleh bercinta," balas Sarah tanpa berfikir panjang.

Afif memandang nya dengan hujung matanya. Oh god.. Dia tak nampak lagi ke aku suka dia?

Tuan Shamsul memandang ke arah anak lelakinya dan dia tahu ada sesuatu yang disorok oleh nya tetapi dia hanya diam.

"Eh ni, kamu nak kemana dan dari mana?" tanya Tuan Shamsul. Macam terbalik kan ayat tu? Lantak je.

"Nak balik rumah. Tadi joging kat kawasan sini," balas Sarah tenang.

Tuan Shamsul mengangguk.

"Ha Afif. Tercegat apa lagi? Pergi hantar dia balik," ujar Tuan Shamsul membuatkan mata Afif terbuntang lagi sekali.

"Afif?" tanya Afif tidak percaya.

Tuan Shamsul mengangguk.

"Oh lupa nak tanya. Nama kamu apa?" tanya Tuan Shamsul pada Sarah.

Sarah hanya menjawab dengan tenang, "Siti Sarah Nur Ain. Panggil Sarah je pakcik."

Tuan Shamsul mengangguk dan memandang ke arah anaknya yang sedang ralit merenung Sarah dari tepi.

"Hantar Sarah balik bukan renung anak dara orang," usik Tuan Shamsul sinis kepada Afif.

Afif hanya buat-buat batuk.

"Jom lah cepat," ujar Afif sambil berjalan.

Sarah mengucapkan terima kasih dan meminta diri pada Tuan Shamsul dan Tuan Shamsul mengangguk.

"Lain kali datang sini lagi. Boleh sembang dengan isteri pakcik," pesan Tuan Shamsul mendapat anggukan daripada Sarah.

Sarah mengikut langkah Afif.

"Rumah kau kat mana?" tanya Afif tanpa memandang ke arahnya.

"Kat belakang sekolah SK depan tu," balas Sarah dingin sambil memakai headphone di kepalanya dan memasang lagu.

Afif hanya mengangguk. Apabila dia melihat Sarah mendengar lagu sambil memakai headphone, dia mengeluarkan earbud dan memakainya untuk mendengar lagu.

Perjalanan mereka hanya ditemani dengan angin yang sejuk menyentuh kulit mereka dan lagu yang di pasang oleh mereka.




Between Him and Her (C)Where stories live. Discover now