" Aku taknak! " teriak Bunga.
" aduh, sakitlah telinga aku sakai " marah Bella seraya mengetuk kuat kepala Bunga."sakitlah pandai! " main ketuk ketuk kepala orang pulak minah ni.
" siapa suruh kau memekak?,cakap elok-elok tak boleh ke kau ni?modal kau memang nak menjerit aje ke macam mana?" Bebel Bella sambil mencekak pinggang, dah serupa mak-mak tengah marah anak.
"Aku cakap elok elok dah aku taknak, kau la yang paksa-paksa aku dah kenapa?. Aku tak kira, aku tetap tak nak pergi. Blah lah kau sorang sorang." kata Bunga.
"kau sebenarnya taknak pergi sebab kau malu dengan diorang kan?dah berapa reunion kau nak skip ni?orang dah lupakan lah kisah dulu tu. Masing masing dah besar. kau pun dah berubah kan?" ujar Bella.
"kau rasa diorang dah lupa ke?mungkin ya, tapi aku tak pernah lupa apa yang aku buat dekat diorang. aku buat macam macam- macam bella.. lepastu kau nak aku act normal macam takda benda jadi? kau boleh lah cakap, sebab bukan kau yang lalui. Aku malu lah nak berhadapan dengan semua orang, lagi lagi...Hazrael."
Hazrael..dimanakah lelaki itu berada?puas dia mencari lelaki itu untuk memohon maaf, tetapi rata-rata rakannya juga tidak mendengar khabar Hazrael.
"Oh, cakap pasal Hazrael.Dia pun tak pernah pergi reunion kita." kata Bella.
"maybe dia pun masih belum lupakan apa yang terjadi enam tahun lepas." sambung Bella lagi.
◌⑅●♡⋆♡ THROWBACK ♡⋆♡●⑅◌
ENAM TAHUN LEPAS.."Lepak mana?" Tanya Elieza.
"Port biasa lah.." jawab Bunga.
"Tasik?"
"yalah,mana lagi?" jawab Bunga malas.
"Balik-balik tasik, tasik balik-balik. Tak ada tempat yang lain ke? apa yang ada dekat tasik tu?cuba bagitau aku." Elieza sudah naik bosan dengan tasik, si Bunga macam tak ada tempat lain yang mahu diajaknya.
"lebih baik kau tutup mulut kau tu, takpayah banyak songeh.Taknak ikut sudah, tak ada siapa ajak kau pun. " Balas Bunga.
sesampai sahaja mereka di tasik, mereka mengambil tempat lepak biasa iatu gazebo yang terletak betul -betul tepi tasik itu. kelihatan seorang pakcik tua yang sedang terbaring di gazebo itu, orang susah agaknya.
" Eh pakcik! tepi lah , ni tempat kami. Apa dah tak ada tempat lain ke nak mengemis pun? menyemak betul. " marah Bunga mengejutkan pakcik yang sedang terbaring itu.
"Pakcik minta maaf nak, pakcik taktau ini tempat kamu. " perlahan sahaja suara pakcik tua itu.
"Ha,sekarang dah tahu kan? berambus lah! sakit mata aku ni tengok kau. Dah tua tua pun sibuk nak mengemis.Ada kaki, ada tangan ,cukup pancaindera segala.. tak reti nak kerja ke?ini sibuk mengharapkan duit orang,dasar sampah masyarakat! ". Marah Bunga lantas meludah kaki pakcik itu. perlahan lahan pakcik itu berjalan meninggalkan mereka. Bunga perasan Pakcik itu menitiskan air matanya. lantaklah, apa yang dia cakap semua betul, yang orang tua tu nak touching apasal? .
" Apa kau ni Bunga?pakcik tu tak buat apa pun. Kesian lah sikit dekat pakcik tu" tegur Elieza. Dia memang sangat mengenali rakannya yang seorang ini, kurang ajar macam tidak pernah dididik dengan ajaran agama, dia juga tidak pernah jemu menasihati sahabatnya itu.
"eh,yang kau backup pakcik tu dah kenapa? tak betul ke apa aku cakap?. dia ada tangan, ada kaki..boleh kerja kan?. ni tidak, sibuk mengemis sana sini menghabiskan duit orang." kata Bunga menahan marah. Dah kenapa nak backup
pakcik itu?.Elieza mendengus perlahan. " Kau salah. Islam kata, duit takkan habis kalau kita bersedekah. pakcik itu tak habiskan duit siapa -siapa pun. Tapi, pakcik itulah kunci utama untuk orang yang bersedekah dengan ikhlas mendapat ganjaran selayaknya. Tak luak pun duit kau kalau bersedekah." Sambung Elieza lagi. haihlaa, geleng kepala mereka dengan sikap Bunga yang tak beradab itu. apa nak jadi lah.
" what the? ikut korang lah, aku cakap apa yang aku rasa betul je. apa kena dengan korang pun taktau lah, yang nak backup dia sangat macam orang tua tu yang bagi korang makan pulak apasal?. ingat datang sini nak tenangkan fikiran. tapi sebab pakcik tu,makin serabut otak aku ." marah Bunga, Hancur mood dia. sudahlah di kelas tadi kena marah dengan lecturer. ini datang lagi satu bala.
"yelah.. sudah.. pakcik tu dah pergi pun.Kami minta maaf ye Bunga?"pujuk Bella, kalau bercakap dengan Bunga ni memang takkan menang. alamatnya, mengalah ajelah.
Bunga mendiamkan diri.
" Bunga! Bunga! " teriak seorang lelaki dari jauh sambil berlari menuju ke arah mereka.
" Bala apa pulak ni?" Bunga menghela nafas kasar. Apa yang mamat ni mahukan? dengan baju kotak-kotak nya, seluar berwarna merah jambu menyala.
tak ada class langsung." Hai, Assalamualaikum Bunga Indah."
tegur lelaki itu dengan nafas tercungap-cungap."kau siapa?" tanya Bunga dingin.
"saya Hazrael, panggil aje Haz. " kata lelaki yang bernama Hazrael itu.
kenapa lah hari-harinya depenuhi dengan bala?
"uh, whatever. lagi satu, jangan panggil aku indah. Hanya orang terdekat sahaja yang boleh panggil aku dengan nama itu, even kawan aku pun panggil aku Bunga. and you should do the same . kau bukan siapa -siapa. kalau ikutkan, nama aku pun kau tak layak sebut. anyway, apa kau nak?"
"ooo..Bunga?okey okey. erm, saya cari awak sebab Sir. Imran suruh saya discuss tentang akta undang-undang jenayah dengan awak. Dia nak tengok esok, hehe" terang Hazrael seraya tersengih
serupa kerang busuk nak jadi bangkai."apa kena mengena dengan aku?"Tanya Bunga. Apa dosa dia semalam lah sampai dia harus terlibat dengan dia ni?
"sebab kita team?" Kata Hazrael lantas menarik keatas seluarnya yang hampir londeh itu. Seluar yang dipakainya agak besar, memandangkan dia hanya meminjam seluar bapanya. Tak apalah, asal pakai seluar.
Bunga yang menyaksikan itu terjongket bibir tanda meluat.
"Aku?team dengan kau?taknak aku. pergi cari orang lain lah!.Hadap muka kau lima minit pun buatkan aku rasa nak muntah bergelen gelen tau tak?. Ni lagi nak aku team dengan kau? Memang tak lah! ." Ujar Bunga dengan memberikan pandangan jijik kepada lelaki itu ."Saya tak ada hak untuk tukar partner, Sir. Imran yang set us as a team. so?saya tak boleh buat apa apa. sama ada Bunga nak mahupun tidak, kita tetap sebagai team". Balas Hazrael . Apa yang Bunga tidak suka sangat pada dia?apa salah dia?
"kau pergi ajela Bunga,settlekan assignment tu dengan dia. Penat dia datang sini semata -mata nak cari kau.
lagipun, Akta Undang Undang Jenayah aje kan Hazrael? tak lama pun tu. " Kata Bella.Hazrael menjatuhkan kepalanya beberapa kali. " Haah, Itu aje. " balas Hazrael.
"Haihh, serabut betul aku! hancur mood aku. "marah Bunga seraya menjeling Hazrael.
" Jomlah! cepat sikit, aku taknak lama lama." Kata Bunga meninggalkan rakan-rakannya di belakang.
"Alright, jom! "balas Hazrael teruja sambil mengejar langkah bunga .
YOU ARE READING
HIS FLOWER : Let the fate decide.
RomanceApabila Tuhan yang maha menentukan setiap takdir,tidak akan ada suatu makhluk yang mampu menepisnya. Bunga Indah,perangai tidaklah seindah nama.Gadis yang angkuh dan biadab.Dia bagaikan setitis cecair racun yang mampu menghancurkan setiap genap h...