◌⑅●♡⋆♡ CHAPTER 4 ♡⋆♡●⑅◌

7 2 0
                                    

"Bunga, bunga! " panggil Hazrael.

" eh? Hazrael?" Tegur Bunga.

" Aw-awak nampak cantik." Puji Hazrael dengan muka yang membahang.

"Cepat buat apa yang aku suruh." Bisik bunga. 

"oh-okay."

" Bunga Indah ! Saya suka awak!  Sudi tak awak jadi kekasih saya? " Soal Hazrael dengan suara yang lantang seraya menarik perhatian semua hadirin majlis itu termasuk Elieza.

" Melutut, and give me the flower " Bisik Bunga perlahan tetapi masih dapat didengari oleh Hazrael.

Hazrael menurut kata Bunga seraya melutut dan menghulurkan bunga yang dibelinya. Elieza yang menyaksikan adegan itu menjadi panas hati.

"haihlah...kau ingat aku nak terima kau ke?" bisik Bunga dengan senyuman sinis di bibir. Hazrael yang mendengarnya mengerutkan dahi. 

" Euww.. Kau suka aku?! eeee, gelinya.  Kau ni tak ada cermin ke dekat rumah?tak boleh cermin diri? aku? jadi  kekasih kau?  dalam mimpi kau pun belum tentu kau layak!  apa yang kau ada?! bunga ni, beli mana?. Korek tong sampah ke? baju kau tu!  lusuh!  macam kain buruk dekat rumah aku  tau tak? Orang bodoh aje yang nak dekat kau !! sedarlah diri tu sikit, kau tu tak ada apa, habuk aje! " Ucap Bunga dengan kuat lantas mencapai gelas yang berisi air cocktail ,lalu dituang ke kepala Hazrael yang sedang melutut itu.

"Bunga! ! " Jerit Elieza. Sakit matanya melihat jejaka yang dicintainya diperlakukan sebegitu.

" Apa kau buat ni?! KAU GILA ke?! " Marah Elieza.

" Biar, itu ajaran untuk orang yang tak sedar diri." Kata Bunga. 

Hazrael yang hanya menundukkan kepalanya itu dipandang dengan penuh perasaan jijik.

" bunga!  Kau dah melampau ! Kenapa sampai perlu buat Hazrael macam ni? Kau ingat Bunga!  kau takkan selamanya
berada di atas.  Sampai satu masa,  kau akan menyesal dengan apa yang kau buat ni . Aku.. Aku kecewa dengan sikap kau. Sombong, biadab,  kurang ajar tak kena tempat.  Aku..aku tak ada kawan macam kau..Kau bukan kawan aku lagi dah " Sambung Elieza .

" huh! yea, yea.. Sebab cinta hati kau ni..kau nak putus kawan? Okey then, korang berdua boleh mampus!! " Jerit Bunga. Orang di sekeliling ada yang merakam, ada juga yang ketawa.

"BUNGA!! " marah Elieza tidak percaya.

"Sudah Elieza..Saya okey. Dengar sini Bunga, kekayaan dan harta yang dimiliki seseorang bukanlah tolok ukur kemuliaanya,  kerana banyak orang kafir yang diberikan kekayaan kerana hikmah yang tidak difahami manusia. Jangan disebabkan awak ada segala-galanya,  awak boleh merendah-rendahkan orang lain.  ingat Bunga..  kita semua diciptakan dari setitik  mani yang tiada nilai dan hina.  ' Awalam yaral insaanu anna kholaqnahu min nutfating fai'za huwaa khosimum mubin ' .   Dan apakah manusia tidak memperhatikan bahwa kami menciptakannya dari setitik (mani) , maka tiba-tiba ia menjadi penentang yang nyata! . Awak tiada hak untuk menghina  sedangkan awak pun makhluk yang paling hina. awak tak layak untuk sombong, sifat allah itu al-Adl Bunga.. Dia boleh tarik nikmat awak bila -bila masa sahaja. Tetapi, Allah tidak pernah menolak taubat hambanya melainkan nyawa awak sudah sampai ke kerongkong dan tibanya hari pembalasan.  berubah lah, Saya maafkan awak Bunga, terima kasih. " Kata Hazrael perlahan yang hanya mampu didengari oleh Bunga dan Elieza. Hazrael meninggalkan Bunga di belakang yang terdiam diri.

◌⑅●♡⋆♡ THROWBACK OFF ♡⋆♡●⑅◌

" Aku menyesal Bella.." Perlahan suara Bunga. 

" Aku, aku betul-betul menyesal .. dulu waktu aku malukan Hazrael.  Dia ada cakap yang Allah boleh tarik nikmat aku bila-bila masa sahaja. Mula -mula aku tak ambil kisah pun dengan apa yang dia cakap. Tapi lama -kelamaan apa yang dia cakap tu menjadi kenyataan. Kau tahu kan?  company ayah aku kena ban sebab terlibat dengan corrupt . ayah aku dah blacklist  sebab dia ada kes jenayah rasuah.  Susah untuk dapatkan pendapatan macam dulu. sekarang, bergantung dengan kerja aku ini ajela untuk sara adik-adik. Allah tarik nikmat yang aku ada sebab aku terlampau berlagak, sombong dengan apa yang aku ada sampai aku cari peluang itu untuk hina orang,  caci orang. Aku.. aku betul-betul menyesal. "  rintih Bunga. 

"Aku faham Bunga..."pujuk Bella sambil mengusap belakang badan Bunga. 

" Aku hilang ramai kawan sebab sikap aku. Elieza, aku rindu dia..  aku serba salah dengan dia..  aku tak patut putuskan persahabatan kita..kalau tidak, sekarang mesti dia ada dengan kita kan? ..Hazrael, aku paling banyak buat dosa dengan dia.  Aku kutuk dia,  aku hina dia,  maki dia,  malukan dia.  Puas aku cari dia.. aku kena minta maaf dengan dia,  tak apalah kalau dia tak boleh maafkan aku sekalipun..  yang penting aku kena minta maaf dengan dia.Mana dia pergi? mana dia pergi Bella? .. mana dia?.."  menangis  Bunga teresak-esak.

"aku pun taktaulah Bunga,ramai orang tak nampak dia lepas insiden tu. " Kata Bella. Memang benar, ramai rakan- rakan mereka juga tidak mendengarkan khabar lelaki itu setelah apa yang berlaku. Hazrael pula telah berhenti belajar.Kata rakan-rakannya,  Hazrael  berhenti kerana tidak mampu menampung kos pembelajaran.

Lelaki itu bukanlah budak biasiswa. Mungkin kerana itulah Hazrael berhenti.  Atau dia mempunyai sebab tersendiri. Tiada siapa tahu.

"Hmm..tak apalah. Dia ada ke, tak ada ke,  Aku tetap taknak pergi.  Kau pergi ajela ye?"

"Okeylah..Aku pun tak boleh nak paksa kau sangat."

"Eh, kau tak ada dengar khabar Elieza ke? kerja apa dia sekarang? " Tanya Bunga,  rindu akan rakannya itu. 

" Entahlah, aku ada jugak stalk ig dia.  Tapi dia remove aku. Aku follow balik. But, sampai sekarang dia tak accept aku. Ig dia private. " Terang Bella. 

"oh..."

" Bella.." panggil Bunga. 

"ya? "

"kau pergi reunion nanti aku nak pinjam novel? " pinta Bunga. 

"ha, ambillah."

HIS FLOWER :  Let the fate decide. Where stories live. Discover now