o==[]::::::::::::::> o==[]::::::::::::::::>( ̄3 ̄)
" Oi Tonggeng! tepi lah, pergi baca novel kat tempat lain! , aku nak lipat kain ni " Marah Bunga kepada Bella yang sedang belek novel nya itu. Bella sudah pulang ke rumahnya malam tadi. Pergi hanya bawa dua beg sahaja. Pulang, bertambah lagi 3 beg. Dengan patung monyet yang bergayut di leher, Bantal Gajah yang sebesar luggage. Belanja sakan nampaknya rakannya itu.
" Eh mangkuk! Aku bukan baca novel la. Aku tengah tengok apa yang jadi dekat novel aku ni ha! . Kau tengok ni ! apa yang kau buat sampai kemek bucu novel aku? kau tengok, kau tengok! " Bebel Bella dengan menghalakan novel nya ke hadapan muka Bunga.
Bunga terkejut, Novel yang digunakan untuk memukul Hazrael itu kemek? Kemek weyyy ! aduh, padanlah Hazrael mengaduh sakit.. Sampai kemek aku kerjakan
" Oh itu, aku pukul Hazrael pakai novel kau tu. "
"Kau kalau nak pukul orang pun tak ada benda lain ke nak guna?novel aku jugak? tau tak aku beli ni mahal? Limited tau!..... Eh kejap! Hazrael? Kau pukul Hazrael? Hazrael mana ni? "
cis! dah membebel panjang berjela baru nak perasan ?
" Hazrael mana lagi? "
" Kau jumpa dia? lepastu apa jadi? kat mana kau jumpa dia? dia buat apa dekat kau? kenapa kau pukul dia? dia kerja
apa sekarang? kau dah minta maaf ke? "
Tanya Bella bertalu -talu ." Habis dah? "
Bella tersengih sumbing lalu mengangguk kecil .
" Aku jumpa dia waktu nak keluar cafe. Aku kan Bunga Indah ? biasa lah..kalau tak tergesa-gesa tu memang tak sah. Time tu dah dekat pukul 4 petang , aku pun baru teringat aku tak solat zohor lagi . Haa , gelabah laa aku keluar cafe. Tiba-tiba aku terlanggar someone , berterabur novel -novel kau wey. Then, orang tu yang tolong aku kemas. Tup-tup aku berdiri, Ya Allah..bidadara mana la yang handsome sangat ni . Aku fikir Tuhan nak hantarkan jodoh aku. Sekali dia sebut nama aku, cuak gila mat! aku pun tanya la dia siapa? mana tau nama aku? yang tak strong nya bila dia cakap dia Hazrael. " Cerita Bunga panjang lebar.
" Lepastu? "
" lepastu aku blur sekejap. Aku punya lah fikir Hazrael yang mana satu. Sebab dia cakap nama dia Hazrael Audi .. Apabenda tah lagi, aku tak ingat. Aku mana la tau nama penuh Hazrael yang dulu tu apa? " Kata Bunga lagi.
" Dahtu? mana kau tau itu Hazrael yang kita kenal? " Tanya Bella. Orang zaman sekarang bukan boleh percaya, identiti pun boleh dicuri.
" Haaa, sebab dia cakap macam ni ' Habistu, lelaki yang awak hina dulu tu, apa nama panjang dia eh? ' .. mana lagi kan? "
" Kat mana salah dia sampai kau perlu ketuk dia tu? " Tanya Bella.
" Sebab dia kata aku serupa Pontianak. "
" okey, itu aku tak deny " Ujar Bella lantas tertawa kecil.
" kampret punya kawan. "
"sampai kemek kau pukul dia kut "
" Mana aku nak tau! itu pun belum tentu sebab aku pukul dia, entah-entah, novel tu kemek sebab terjatuh tu. haaa"
" Terjatuh ke, kau pukul dia ke, sama aje. Dua-dua salah kau " Kata Bella lagi.
Sedang rancak mereka berdua bercerita,tiba-tiba terdengar deringan telefon.
" Eh, bunyi telefon siapa tu? " Tanya Bunga seraya memandang Bella dengan pandang pelik.
" Telefon kau lah hanat! "
" Oh yalah ! " Kata Bunga lantas menyeluk telefonnya yang tertimbus dek kain - kain itu.
Bella menepuk dahi. Apa lah nasib dia dapat kawan sebegini rupa .
Bunga memandang Bella dengan riak terkejut.
" pehal kau ni? " Tanya Bella.
" Hazrael call. "
" Hah? "
" Nak angkat ke? "
" Angkat ajelah "
Terketar-ketar tangan Bunga menjawab panggilan telefon itu.
" Hello Assalamualaikum..." terdengar suara Hazrael memberi salam di corong telefon.
" W-waalaikumsalam " Jawab Bunga seraya menoleh ke arah Bella yang sedang melihatnya. Terangkat-angkat kening rakannya itu.
" Sibuk ke? " Tanya Hazrael.
" Erm.. tak pun. Kenapa? "
" Keluar nak? "
" Ermm, sekejap eh. " Bunga melekapkan corong telefonnya menggunakan tangan lantas memandang Bunga seraya memberikan isyarat ' Hazrael ajak keluar '
Bella melibas-libaskan tangannya seolah -olah memberikan maksud ' pergi, pergi. '
" Oh, okey " Kata Bunga.
Hazrael tertawa kecil.
"siap-siaplah, nanti bagi location. "
" Baik awak. "
Usai Bunga menghantar location kepada lelaki itu. Terus dia bergegas untuk bersiap-siap.
Sedang dia melilit tudung shawl berwarna sace green. Muncul kelibat Bella di hadapan pintu biliknya.
"ceyy... siap lawa-lawa ni, nak jumpa pakwe ke?, " Sakat Bella yang tersandar di pintu dinding itu.
Bunga menjeling Bella. " Pakwe kebenda nya? "
" Tak apalah, aku doakan korang menjadi lah eh? kau kata dia bidadara kan?Tuhan hantar jodoh untuk kau kan? Insyaallah one day will, haaa gituuu . " Sakatnya lagi.
Bunga mendengus geram. seminit berlalu, telefonnya berdering. Bunga mencapai Iphone 13 pro max miliknya yang berada di atas katil itu.
" Assalamualaikum, dah siap ke? " Kedengaran suara Hazrael di hujung telefonnya .
" Waalaikumussalam, sudah. " Balas Bunga.
" Saya dah sampai, keluar lah. " Kata Hazrael.
" Okey awak. "
" Ceyy... sejak bila ber 'awak - saya' ni? . Bukan 'kau - aku' ke? . Wahh, ada peningkatan. "
" ish! sudahlah kau ni, melalut aje kerja. Aku gerak dulu. " Kata Bunga.
" Okey awak. " Ejek Bella.
" Tataaaa " lambai Bella
YOU ARE READING
HIS FLOWER : Let the fate decide.
RomanceApabila Tuhan yang maha menentukan setiap takdir,tidak akan ada suatu makhluk yang mampu menepisnya. Bunga Indah,perangai tidaklah seindah nama.Gadis yang angkuh dan biadab.Dia bagaikan setitis cecair racun yang mampu menghancurkan setiap genap h...