Bab 18

69 3 10
                                    

''Non, voglio morire con te.(Tak,aku nak mati dengan kau.)''Awin mengerutkan dahinya ,tidak faham dengan bahasa asing yang dituturkan oleh Mikael.

Perjalanan untuk ke rumah mummynya hanya mengambil masa selama 1jam 45minit sahaja.Dia memandang Awin sekilas sebelum memberhentikan kereta mewah miliknya di hadapan perkarangan rumah agam itu.

''Dah sampai ke?''Soal Awin ,Mikael hanya mengangguk sebelum keluar dari perut kereta .Awin berdiri disebelah tubuh tegap milik Mikael.Dia memandang wajah kacak Mikael mata mereka saling bertaut.

''Kau dah kenapa?pucat semacam je.''Keningnya dijungkitkan apabila dia melihat wajah Awin yang tadinya merah bak tomato kini pucat.

''Err saya takut lah .'' Ujar Awin sambil mengetap bibirnya.Mikael yang mendengar kata -kata itu hanya tersenyum nipis dan segera dia berjalan ke arah daun pintu diikuti dengan Awin yang berjalan disebelahnya. Berdebar -debar macam nak jumpa mak mertua.

''Macam mana kalau mummy awak fikir pelik -pelik?aish saya nak baliklah .''

''Kau ni janganlah fikir negatif sangat .Trust me mummy aku tu dia okay je.''Ujar Mikael.Cuba meyakinkan Awin yang berada disebelahnya.

''Aku takut kau yang tak terlayan mummy aku nanti dah jom masuk.''Mikael menarik lengan kecil Awin untuk mengikuti langkahnya.

''Assalamualaikum mummy.'' Dani Mikael lekas memeluk tubuh mummynya yang sedikit berusia itu.

''Waalaikumusalamusalam datang pun anak mummy sorang ni.''

Awin hanya memandang sahaja drama pelukan ibu dan anak itu ,bibirnya melakar senyum.Mata mummynya tertumpu pada tubuh kecil Awin yang berdiri disebelah tubuh tegap Dani Mikael.

''Mik... ini siapa? bakal menantu mummy ya?''Awin menyalami tangan yang sedikit berkedut itu.Mikael hanya mengangkat kedua -dua belah bahunya menandakan dia tidak tahu.

''Jom masuk!''Ujar mummynya sambil menarik tubuh Awin dan meninggalkan anak terunanya di luar .Dani Mikael hanya menggelengkan kepalanya.Mana satu anaknya ini.






Tengku Izra Eqal memerhatikan sahaja gerak -geri isterinya yang sedang lincah mengangkat kain. Dia membuka langkah ke arah isterinya dan memeluk pinggang ramping isterinya.

''Abang lepaslah ,saya susah nak bergerak ni.''Ujarnya sambil menolak sedikit lengan kekar suaminya.

''Abang mintak maaf...'' Tengku Izra Eqal menyembamkan mukanya di ceruk leher Aireen.Dirinya diharungi dengan rasa bersalah kerana tidak memberitahu isterinya pasal dirinya dengan Caroline.Dia memalingkan tubuh isterinya menghadapnya.

''Sayang ..abang tak tahu nak mula dari mana.''Tengku Izra Eqal bersuara perlahan ,tangan kekarnya masih berada di bahu isterinya.Dia tahu ,dia perlu jujur ,tetapi ketakutan itu menghantui dirinya.

''Caroline tu siapa sebenarnya,abang?''Suara Aireen sedikit lirih,tetapi penuh dengan rasa ingin tahu.Dia cuba menahan rasa sebak ,tetapi hati seorang isteri mana je yang tak sebak bila mahligainya diuji dengan orang ketiga. 

''Caroline ...dia cuma kawan lama abang masa abang study dekat Italy dulu.''Tengku Izra Eqal menghela nafas berat.

''Habis kenapa masa dia datang tu dia cakap jangan ingat abang boleh lari dari masa lalu abang?''Soal Aireen air mata yang tadinya dia cuba tahan kini jatuh membasahi pipinya.Tengku Izra Eqal menghela nafas berat dan menggenggam lembut tangan isterinya.

''Time tu abang dah habis study dekat Italy manakala dia masih ada satu tahun lagi dekat sana,nak dijadikan cerita dia cakap yang kalau dia balik sini dia akan kahwin dengan abang.''Tengku izra Eqal menghela nafas berat sebelum menyambung kata -katanya.

Jodoh Dari Kecik  (Complete)Where stories live. Discover now