''Ya Allah kau tolonglah pertahankan mahligai cinta kami ini Ya Allah .'' Kata hati Tengku Izra Eqal.Dia sangat takut jikalau isterinya ini pergi tinggalkan dirinya akibat dengan salah faham ini.
Tengku Izra Eqal mencempung tubuh kecil isterinya dan dibawa ke bilik mereka .Selepas dia meletakkan Aireen di atas katil ,dia pergi ke bilik air untuk membersihkan dirinya setelah itu dia mengambil sejadah dan menunaikan kewajipan .
''Ya Allah ,berikanlah aku kekuatan untuk membersihkan kekeliruan ini dan kau lembutkanlah hatinya untuk menerima dan percayakan aku ,Ya Allah.'' Doanya air mata mula bergenang di tubir mata.Dia tahu dia perlu bertindak sebelum semuanya menjadi lebih parah .
Dia melipat sejadah dan dia menyangkutkan pada ampaian .Dia merebahkan badannya pada sebelah isterinya.Dia menarik tubuh Aireen kedalam pelukkannya .Matanya merenung wajah kemerahan isterinya ,dia mengeratkan pelukkan itu dan terlelap.
''Abang ....'' Hana mengejutkan Aryan yang masih dalam dibuai mimpi .Namun Aryan langsung tak terjaga ,Hana mengetap bibir pada malam ini dia teringin makan timun jeruk dengan mayonaise.
''Abang ...bangunlah .''Hana menggoncangkan badan Aryan tetapi suaminya masih lagi tidak terjaga .Hana hanya menggelengkan dan turun dari katil dan pergi ke dapur .
Aryan yang tersedar dari lenanya apabila dia meraba tempat disebelahnya itu kosong .Dengan segera dia keluar dari bilik dan terlihat isterinya duduk di depan sofa sambil melihat movie dengan sepotong timun jeruk dan mayonaise.
''Baby buat apa kat bawah ni ?'' Tanya Aryan sambil mengambil tempat disebelah isterinya .Tanganya naik mengosok-gosok matanya.
''Saya teringin nak makan timun jeruk dengan mayonaise.'' Balas Hana matanya ralit melihat movie yang ditayangkan di television.
''Ewww baby tak sedap ,baby biar betul teringin nak makan makanan macam tu ,takde makanan lain ke ?''
''Baby tahu tak makan makanan yang berasid macam ni tak elok untuk mummy mengandung plus dengan baby dalam perut tu.'' Tegur Aryan dengan nada lembut ,sambil mengusap perut Hana yang mula menampakkan bentuk.Hana menjeling suaminya sambil mencebik .
''Bukan saya yang nak tapi baby dalam perut ni ,abang jangan nak salahkan saya.'' Aryan mencebik apabila mendengar ayat itu .Ayat yang selalu dilontarkan oleh ibu mengandung.keluhan kecil terbit dari bibir Aryan .
''Iyalah abang tak salahkan baby pun ,tapi timun jeruk dengan mayonaise ?seriously Hana Mikayla?''Hana sudah mengetap bibir air matanya mula bergenang di tubir matanya tunggu masa jatuh sahaja cecair jernih itu . Dia tahu apabila Aryan sudah menyebut nama penuhnya maknanya itu bermakna suaminya dalam situasi yang serious. Tapi Aryan Firash ni pernah serious ke ?
''Eh abang ni jangan banyak bunyi .Baby ni kan masih dalam perut saya ,jadi mestilah dia ikut selera saya.'' Ujarnya walaupun dia hampir menangis tadi .Sempat dia menjeling manja ke arah suaminya itu.
Aryan hanya menggelengkan kepalanya sambil melepaskan ketawa kecil ,Dia menyandarkan kepalanya di bahu isterinya.
''Kalau macam tu ini last eh.Lepasni makan yang berkhasiat okay ? Abang cuma risaukan baby dengan anak dalam perut ni .''Hana hanya mengangguk sambil tersenyum manis .
''Lepasni saya nak aiskrim pulak ! boleh ?'' Aryan terus mengangkat kepalanya yang tadinya bersandar di bahu isterinya .Dia mengeluh perlahan terus menggelengkan kepalanya .Hana yang mengusik suaminya mengetap bibir menahan ketawa .
''Seriouslah nak aiskrim pukul 2 pagi macam ni ?'' Tanyanya dengan riak terkejut .Hana mula menghemburkan ketawanya suka lihat ekspresi suaminya .Comel.
''Takdelah saya gurau je abang .''Aryan memincingkan matanya .
''Sabar sikit ya sayang ,baru berapa bulan saya macam ni ada lagi berapa bulan lagi awak kena hadap perangai saya ni.''Ujar Hana sambil mengusap tepi rahang Aryan.Dia hanya memandang isterinya dengan tatapan yang penuh dengan kasih sayang .
''Baby ni memang pandai cari alasan kan?''Ujar Aryan sambil mengusap tepi kepala isterinya itu.
''Tapi kalau baby suka sangat makan timun jeruk dengan mayonaise ,abang ikutkan ajelah.'' Hana tersenyum manis wajah kacak suaminya itu.
''Abang jangan risau sangat .''Aryan hanya tersenyum ,sebelum dahi isterinya dikucup lama.
Cahaya memenuhi ruang bilik yang didiami oleh Awin Elisha itu membuatkannya terbangun dari lenanya .Dia menuju ke bilik air untuk membersihkan dirinya hanaya mengambil masa 30 minit sahaja .Dia menuju ke luggagenya yang berwarna brown dia mengambil baju blouse lengan panjang yang berwarna hitam disatukan dengan seluar Flare jeans tudung shawl diambil dan dia hanya selempang sahaja tudungnya dengan satu pin dileher.
Dia menurun anak tangga dengan biasa dan kini pemandangannya dihiasi dengan sosok tubuh yang tegap dan tinggi semestinya Dani Mikael .Dia hanya memandang sahaja gerak geri sosok tubuh itu yang sedang lincah membuat sarapan.
''Kau memang nak jadi kejung kat situ ke ?''Sapaan Mikael menyentakkan lamunannya ,dengan segera dia membuka langkah bergerak ke meja makan dan punggungnya dihenyakkan di kerusi dining table itu.Empuk tu tak payah cakaplah dah serupa sofa .
''Nah makan tu ,nanti perut kau masuk angin.''Awin mengangkat pandangannya memandang mata milik Dani Mikael itu .
''Kenapa awak buat semua ni ?'' Dani Mikael hanya mengangkat bahu menandakan dia tidak tahu .Dia menghalakan pinggan yang berisi dengan tortilla yang terisi dengan ayam perap ,salad dan scrambled eggs .Awin memandang Dani Mikael sekali lagi tak percaya.
''Makanlah nanti perut kau masuk angin,kenapa dah kenyang ke tengok muka aku yang handsome ni.''Tanpa bertangguh Awin terus mengambil makanan itu dan menyuapkan ke dalam mulutnya,matanya memandang mata Dani Mikael yang tadinya memerhatikannya.
''Sedapkan aku tahu tak payah bagitahu.''
''Harini kau cutikan ,kau nanti ikut aku .'' Ujar Mikael tanpa memandang ke arah Awin dia.Awin yang mendengarnya tadi terus mengerutkan dahi licinnya.
''Nak pergi mana?'' Soalnya dengan rasa ingin tahu .
''Balik umah mummy .'' Balasnya selamba .Awin keliru mummy mana pulak ni ,mak aku je dah takde .
''Errr mummy siapa?''Dani Mikael menggelengkan kepalanya polos betul Awin Elisha ni .
''Mummy akulah .''Awin hanya mengganguk sahaja.
''Ehm boleh je.'' Mendengar kata persetujuan dari Awin ,bibirnya mengukir senyum.
Awin hanya diam ditempat penumpang .Alasanya kerana tidak mahub mengganggu pemanduan Dani Mikael .Apabila masing -masing diam membisu Awin memecahkan kesunyian dengan sesi soal jawab.
''Err awak ...jauh ke rumah mummy awak tu ?''Awin memalingkan kepalanya menghadap Dani Mikael.
''Tak sekejap lagi sampai kalau aku bawak laju .''Awin hanya mengangguk sahaja.Tak lama kemudian Dani Mikael menekan padle minyak menyebabkan kereta mewah miliknya meluncur laju di jalan raya .Naik terjerit Awin akibat kereta itu meluncur laju .
''Awak! perlahankan kereta ni!'' Marah Awin .Dani Mikael hanya membuat muka tidak bersalah malah makin memecutkan kereta dengan kadar laju .Dia tergelak kecil apabila melihat reaksi Awin sudah ketakutan .
''Awak ni nak mati sorang -sorang pergilah ,saya tak nak saya masih sayang dengan nyawa saya sekarang ni .'' Nak tercabut jantungnya.Dani Mikael tergelak menunjukkan gigi putihnya yang tersusun rapi .Handsome!
''Non voglio morire con te'.'
TO BE CONTINEUD
![](https://img.wattpad.com/cover/326749442-288-k543275.jpg)
YOU ARE READING
Jodoh Dari Kecik (Complete)
AcakAireen Jaznieza , seorang gadis yang berumur 23 tahun. Sikap nya yang ceria, periang, manja dengan keluarga dan kawannya tetapi tidak kepada orang lain. Tengku Izra Eqal ialah seorang jejaka berumur 25 tahun yang berdarah Malay+ Italy. Dia seorang...