BAB 20

60 4 16
                                    

Pada pagi yang cerah ,sinar matahari menembusi celah -celah langsir putih di dalam bilik tidur mereka.Aireen mencelikkan kelopak matanya ,kelihatan wajah kacak suaminya yang masih nyenyak diulit mimpi.Wajah suaminya itu ditilik satu-persatu.Aireen melepaskan pelukan pada pinggangnya dengan perlahan dan berjalan ke arah bilik air untuk membersihkan dirinya.

Hanya mengambil masa 20 minit sahaja untuk Aireen membersihkan dirinya dan berlalu keluar dari bilik air kelihatan Tengku Izra Eqal masih lagi nyenyak diulit mimpi.Dia menuruni anak tangga satu persatu dan berlalu ke dapur untuk membantu ibu mertuanya.

''Selamat pagi ibu.''Sapa Aireen kepada ibu mertuanya.

''Selamat pagi menantu ibu yang manis ni ,mana Qal?''Wanita yang sedikit berusia itu menghadiahkan senyum kepada menantunya ini,matanya melilau mencari kelibat anaknya .

''Tidur lagi ke?"Aireen hanya tersenyum sambil mengangguk sahaja.

''Morning.''Suara Tengku Izra Eqal menyentakkan mereka berdua yang sedang menyediakan sarapan.Dia mendekati isterinya yang sedang mengacau air teh yang dibuatnya.Pinggang ramping isterinya itu dipeluk dari belakang tanpa menghiraukan ibunya yang sedang membakar roti buatannya sendiri.

''Abang lepaslah malu ni kalau ibu dengan ayah nampak.''Aireen menampar sedikit lengan kekar suaminya.Tengku Izra Eqal hanya buat tak tahu sahaja.

''Ya Allah kamu ni Qal tak menyempat eh?''Tegur Dato Tengku Isyraq yang baru sahaja memasuki ruangan dapur itu.Pagi -pagi lagi sudah ada adegan bergula.

Langkahnya diatur kepada isterinya sedang ralit membakar roti,pinggang isterinya dipeluk dari belakang.Naik melatah isterinya itu dan serta-merta pipi Dato Tengku Isyraq dikucup sekilas.Tercengang anak dan menantunya apabila melihat adegan itu.

''Amboi ibu ayah ni siap ada morning kiss lagi,lebih sweet dari Qal.''

''Eh biarlah,takkan kamu je yang boleh buat adegan bergula dekat dapur.Ini Tengku Isyraq lah setakat bergula je ayah boleh buat lebih tau siap bersemut lagi,jangan terkejut.''Ujar Dato Tengku Isyraq dengan megah sambil menepuk -nepuk dadanya.Manakala tangan sebelahnya lagi memeluk pinggang isterinya.

''Eh ayah ni,kalau Qal jangankan semut je tak silap kerengga -kerengga sekali datang tau.Questo è Tengku Izra Eqal.(Ini Tengku Izra Eqal lah.)''Aireen tergelak kecil apabila suaminya melontarkan kata-kata itu.Ibu mertuanya hanya menggelengkan kepalanya sahaja apabila mendengar perbalahan kecil tersebut.Baginya sama sahaja mereka berdua itu.Bagaimana rupa ,begitulah bayangnya.

6 bulan kemudian........

''Abang!''Laung Aireen dari ruang tamu.Jeritan Aireen menyebabkan Tengku Izra Eqal yang berada di bilik kerjanya itu terus sahaja berlari turun ke ruang tamu.

''Apa sayang?sakit ke? dah nak keluar ke?''Tanya Tengku Izra Eqal sambil mencari-cari nafas akibat berlari untuk mendapatkan isterinya itu.

''Tolong ambilkan remote tv dekat meja tu boleh?''Jari telunjuk Aireen menunjuk remote tv yang berada dihadapnya di atas meja.Rahang Tengku Izra Eqal bergerak-gerak menahan sabar.Sejak isterinya berbadan dua ada saja kerenahnya jika tidak diikutkan mulalah isterinya menarik muncung itik.

''Haih sabar jelah.''Remote tv yang berada di hadapan isterinya itu diambil dan diletakkan disebelah Aireen.

''Thank you abang!''Tengku Izra Eqal hanya menggelengkan sahaja kepalanya.

Ting!

Aireen mengambil telefonnya apabila mendengar notifikasi dari ikon hijau.

'Group Gila'

Jodoh Dari Kecik  (Complete)Where stories live. Discover now