=23=

66 4 0
                                        

"Wah! Cantiknya!" Senyuman terukir membuatkan Minho menoleh memandang Jisung. Dia ketawa kecil dengan perlahan.

Senyuman dia tak pernah gagal buat aku terpikat.

Minho menggelengkan kepala dengan perlahan, dia menghampiri Jisung yang masih takjub dengan kecantikkan kota Venice ini.

"Cantiknya hyung!" Minho menganggukan kepala, "memang cantik. Cantik sangat." Minho memuji tetapi dia tetap dengan memandang Jisung. Senyuman terukir manis melihat Jisung nampak kagum.

Minho menarik tangan Jisung untuk berjalan ke depan. Jisung masih sibuk dengan kecantikan Venice. 

"Grazie. Jisung jom naik." Minho menarik Jisung untuk naik ke gondola. Pemandu gondola mula menyanyikan lagu tradisional Italy untuk menghiburkan penumpangnya. 

Pemandangan sangat cantik, semuanya nampak sangat indah di mata Jisung. Keindahan Minho adalah Jisung yang sedang menikmati keindahan Tuhan.

"Your's?" Minho menoleh ke arah pemandu gondola itu lalu menganggukan kepala, "honeymoon?" sekali lagi Minho menganggukan kepala.

Pemandu gondola itu menyanyikan lagu cinta Italy membuatkan Minho tersenyum kecil. Sebelum dia ke sini, dia memang sudah kaji semuanya.

Jisung meletakkan handphone yang merakam tadi, perlahan dia melirik ke arah Minho yang sedang berbual dengan pemandu gondola itu.

"Apa sebenarnya tujuan dia?" Gumam Jisung dan kembali dengan handphone. Dia semalaman berhubungan dengan Felix. Lelaki itu memang betul-betul excited untuk memberitahu semuanya membuatkan Jisung pelik sikit.

Pemandu gondola itu tiba-tiba bercerita membuatkan Jisung dan Minho memandang ke belakang, hanya Minho saja mengangguk faham sedangkan Jisung terdiam tidak mengerti.

"Apa maksud dia?"

"Dia cakap, Venice ni salah satu kota yang romantik dalam dunia ni. Sebab keindahan Venice ni, semua pasangan dapat rasakan romantik tidak berpenghujung."

Jisung menganggukan kepala dengan perlahan, "ada satu restaurant yang dia cadangkan. Nak ke sana?"

"Nak nak nak!" Minho menganggukan kepala dengan perlahan.

📌📌📌📌📌

"Grazie." Minho tersenyum selepas pelayan itu memberikan makanan yang mereka pesan. Restaurant berdekatan dengan Canal memang nampak sangat cantik dan indah. Pasta yang dipesan mereka dinikmati bersama. 

Minho mengenakan pasta dengan wain sedangkan Jisung dengan minuman jus oren saja. Mereka menikmati makanan itu dengan cerita kecil dan perbualan ringan.

"Hyung...sebenarnya semua ni apa?"

"Apa?" Minho memandang Jisung dengan pandangan yang masih tertanya, "semuanya. Venice, Canal dan semua benda ni?" Minho tersenyum kecil dengan perlahan.

Dia meletak kembali garpu dan sudu lalu memandang Jisung, "semua ni untuk kita."

"Untuk kita?"

"Ya. Hubungan kita bermula dengan sangat tidak baik. Hyung tak kenal Jisung dan Jisung tak kenal hyung. Tapi dalam masa yang sama kita kena hidup macam orang normal. Apa salahnya kalau kita mulakan semuanya?"

"Maaf tapi Jis masih tak-" Jisung terdiam saat melihat Minho mengeluarkan kotak cincin yang di reka bentuk sendiri oleh Minho. "Bi-bila hyung buat semua ni?"

"Dah lama dah. Jisung nak mulakan?" Jisung tersenyum kecil, dia menganggukan kepala dengan perlahan. Namun tiba-tiba senyuman itu sedikit mati.

"Macam mana dengan..."

"Qiyya? She just my past." Jisung menganggukan kepala dengan perlahan, dia menerima cincin itu dengan senyuman kecil. "Terima kasih hyung."

"Terima kasih sebab terima hyung." Jisung menganggukan kepala dengan perlahan. Mereka menghabiskan makan malam dengan sangat tenang. Malam ini satu kebahagiaan untuk mereka berdua.

Setelah habis makan malam bersama, keduanya berjalan di tepian dengan tangan yang digenggam satu sama lain. Jisung masih malu tetapi dia merasakan bahagia yang tidak dapat dijelaskan.

📌📌📌📌📌

Jisung dan Minho menaiki jambatan Rialto. Mereka berdua menikmati semuanya dengan bahagia. Jisung dan Minho semakin rapat, mereka lebih terbuka dengan percakapan dan perbualan yang ringan.

Sesekali mereka berdua juga akan bergurau bersama. Mereka sampai di puncak lalu saling mengambil gambar satu sama lain.

"Hyung, cantiknya Venice! Patutlah Beomgyu selalu sangta nak ke sini."

"Kan? Kalau kita ada masa, kita boleh pergi sama-sama lagi." Jisung memandang Minho lalu menganggukan kepala dengan perlahan.

Minho memeluk pinggang Jisung dengan perlahan. Dia menikmati udara dan pemandangan bersama.

"Hyung rasa macam nak bagitahu satu dunia lah yang hyung bahagia!"

"Bagitahu lah! Jerit dekat satu dunia." Dia memandang ke arah Jisung lalu membisikkan di telinga Jisung, "aku bahagia."

"Kata satu dunia?" Minho menganggukan kepala, "Han Jisung cuma ada satu, dan dunia hyung. Jadi satu dunia. Samakan?"

Muka Jisung merah menahan malu. Dia melepaskan tangan Jisung lalu berjalan pergi meninggalkan lelaki itu. Minho hanya tertawa saja.

Dia mengikuti Jisung daripada belakang. Mereka kembali berjalan bersama-sama. Minho banyak ambil gambar Jisung.

Percutian mereka memang hanya mereka saja. Minho memang sengaja mematikan handphone supaya tidak di ganggu oleh orang lain. Dia bahkan tidak mahu difikirkan dengan kerja.

Minho memperhatikan saja Jisung yang menikmati semuanya. Dia rasa bahagia. Inilah yang dia inginkan, namun semuanya tidak tercapai selepas Qiyya pergi.

Namun Jisung mengembalikan hal itu.

📌📌📌📌📌

Extraordinary Love || Minsung [HOLD]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang