"Macam mana honeymoon?" Minho mengangkat kepala saat Chan masuk ke dalam biliknya. Chan memberikan senyuman kecil lalu mendudukan dirinya.
"Kenapa kau dekat sini?"
"Saja, aku ada kerja dekat kawasan ni. Tak ada apa-apa untuk aku?" Minho menggelengkan kepala malas, dia memusingkan kerusi lalu mengambil salah satu paper bag lalu diberikan kepada Chan.
"Ikutkan aku, aku tak nak belikan untuk kau. Tapi Jisung suruh aku belikan untuk abang kesayangan untuk kau."
"Venetian glass? Wah, kau memang sayangkan aku ke Minho? Lebih daripada Jisung?" Minho memandang Chan sambil menggelengkan kepala, "kau nak rasa kaki aku?"
Chan tergelak besar, dia meletakkan paper bag itu di atas meja lalu mengeluarkan handphone.
"Aku nak cakap pasal Qiyya."
"Haa, ada apa lagi ni?" Chan membetulkan posisi duduknya lalu memandang Minho, "aku rasa baik kau teruskan bersembunyi tentang hubungan kau dengan Jisung. Qiyya makin gila kalau dia tahu Jisung yang jadi isteri kau."
Minho terdiam lalu menganggukan kepala dengan perlahan. Dia bersetuju dengan apa yang dikatakan Chan. "By the way Min, aku rasa macam aku nak minta tolong something."
"Tolong apa?" Chan membetulkan duduknya lalu menceritakan sesuatu kepada Minho. Minho hanya mendengarkan dengan teliti sambil menganggukan kepala.
Dia sesekali akan memberikan pandangan dan pendapat kepada Chan. Chan menganggukan kepala sesekali akan bersetuju. Dia membuang nafas dalam dengan perlahan.
"So macam mana?"
"Kau tahukan aku kahwin dengan Jisung bukan sebab aku cintakan dia dan dia cintakan aku."
"Iesh! Aku tahu, tapi takkan sikit pun kau tak boleh tolong aku?" Minho mengeluh perlahan. "Aku cuba, kalau ada apa-apa aku bagitahu kau."
"Okay, kalau macam tu aku nak pergi balik dulu." Chan bangun daripada duduknya, paper bag di capai lalu dia berjalan pergi meninggalkan bilik Minho.
Selepas Chan keluar, dia tersenyum kecil mengingatkan kes Chan.
Perlahan dia membuang nafas dalam dengan perlahan. Tak akan ada sesiapa ganggu dia lagi?
Kan?
📌📌📌📌📌
"Jom makan," Minho meletakkan makanan terakhir di atas meja sambil tersenyum. Jisung mendudukan diri lalu memandang ke arah Minho yang baru saja melepaskan apron.
"Esok ada meeting, hyung masuk office lambat. Kalau Jis pergi dengan Beomgyu boleh?" Minho memandang ke arah Jisung lalu menggelengkan kepala, "biar lah hyung yang hantar. Bukan lambat sangat pun."
Jisung hanya menganggukan kepala dengan perlahan. Mereka menikmati makanan dengan tenang. Tidak lama itu Felix masuk ke dalam rumah lalu mendudukan diri di sofa sambil memicit kepalanya perlahan.
"Kau mabuk ke Felix?" Felix memandang Minho lalu menggelengkan kepala laju. Dia hanya mengeluh dengan perlahan, "kenapa balik lambat?"
Felix hanya menggelengkan kepala, dia ambil beg lalu berjalan pergi meninggalkan tempat itu. Minho memandang Jisung lalu memberi isyarat untuk Jisung.
"Nanti Jis cakap dengan dia." Minho tersenyum sambil menganggukan kepala. Selepas menghabiskan makanan, Jisung membersihkan semuanya lalu berjalan ke bilik Felix.
"Lix...kau okay tak?" Perlahan dia mengetuk pintu namun tidak ada jawapan. Perlahan dia memulas tombol pintu lalu tersenyum kecil, "Lix, kau okay? Kalau kau nak bercerita dengan aku boleh? Lagipu kit-"
"Nak peluk boleh?" Jisung tersenyum lalu menghampiri Felix. Memeluk dengan sangat erat, Felix memang suka memeluk orang jika dalam keadaan yang buruk.
Minho di luar hanya tersenyum kecil, dia tahu Jisung ada soft sport untuk semua orang.
Dia berjalan masuk ke dalam biliknya dengan malas. Dia membuang nafas dalam dengan perlahan, tidak lama itu Jisung juga masuk ke dalam bilik.
Dia mengeluh dengan perlahan dan memberikan senyuman kepada Jisung, "hyung nak tahu sesuatu?" Minho menganggukan kepala.
Jisung mula menceritakan beberapa cerita kepada Minho. Ini salah satu kebaikkan selepas percutian mereka. Jisung lebih terbuka berbanding daripada yang lama.
Minho suka dan Minho sangat merasakan dia orang penting untuk Jisung.
📌📌📌📌📌
"Qiyya! Lepas! Jangan macam ni boleh?"
"Kenapa? Minho I tunang you!" Minho melepaskan tangan Qiyya dengan kasar, "dulu! Dengar Qiyya, aku dah kahwin dan aku cintakan isteri aku! Kenapa kau macam orang gila ni?!"
Marah Minho dengan tegas. Satu pejabat melihat itu termasuklah dengan Jisung. Beomgyu sudah bersiap nak menyerang namun Jisung menahan.
Tidak lama itu Chan masuk ke dalam dan melihat drama itu. Dia menghampiri Minho dan Qiyya, "you ni dah tak laku sangat ke Qiyya?"
Qiyya memandang Chan tajam, Chan hanya bersantai saja sambil tersenyum mengejek. Minho mengeluh perlahan, "sudahlah! Pergi balik."
"Minho I-"
"Minho, jangan lupa lunch ni kita ada meeting." Minho menganggukan kepala dan berjalan untuk masuk ke dalam bilik, Chan juga ingin ke sana namun dia berhenti lalu memusingkan badanya. "Jisung buatkan kopi lepastu bawa masuk dalam bilik Tuan Minho."
Jisung menganggukan kepala, dia menuju ke pantry dan mula membuatkan air panas untuk dua orang minum. Saat dia masuk, Chan dan Minho ada di sofa sambil mengeluh dengan perlahan.
"Hyung..." kopi diletakkan di atas meja, sebelum Jisung keluar Minho tarik Jisung sehingga terduduk di sebelahnya.
"Kenapa?"
"Ni orang tua ni minta tolong kita."
"Hey! Umur kita cuma setahun beza je!" Jisung tergelak kecil, dia melihat ke arah Chan, "ada apa hyung?"
Chan mula bercerita semuanya. Mendengarkan itu Jisung tergelak mendengarkan perkara itu membuatkan Chan diam memandang Jisung dengan malas. Minho hanya tersenyum kecil.
"Okay sorry, tapi kalau hyung nak Ji boleh tolong."
"Kena tolong! So bila boleh mulakan?" Jisung memandang Minho lalu Chan, "hyung serious? Hyung tak nak mula perlahan-lahan?"
Chan menggelengkan kepala dengan perlahan, "aku ni nak semua benda cepat."
"Tak semua yang cepat baik Chan. Aku rasa baik kau mulakan perlahan-lahan. Aku dengan Hannie boleh tolong." Akhirnya Chan menganggukan kepala bersetuju.
📌📌📌📌📌
ANDA SEDANG MEMBACA
Extraordinary Love || Minsung [HOLD]
RandomAku atau dia sebenarnya pilihan kau??
![Extraordinary Love || Minsung [HOLD]](https://img.wattpad.com/cover/363139480-64-k161176.jpg)