Outer Worldline: Special chapter (Raya edition)

13 0 0
                                        

!Warning!

This chapter only contain Malay language. I'm really sorry if any of you can't read it. You can skip it if you want

However, please enjoy

Selamat membaca~

Sudut pandang Kim Dokja

Hari yang tenang, tiada senario hari ni. Semua orang membuat kerja mereka masing-masing

Saluran Star Stream sekarang tutup, terima kasih pada Biyoo

"Baat!"

Aku mengusap Biyoo dan dia merasa geli akan usapan tu. Dia kemudian beralih ke kepala aku, ia merupakan sarang dia kalau dia rasa penat atau hendak tidur

Aku berjalan keluar dari bilik dan melihat Yoo Joonghyuk sedang memasak sarapan untuk kami semua

Tak, tak semua memakan sarapan pada hari ni, ada dua buah kerusi yang kosong sebab mereka berdua sedang berpuasa

Kini sudah hampir sebulan mereka berpuasa. Dan sepanjang itu juga mereka berlawan dan berjuang bersama kami walaupun dalam keadaan lapar

Mereka telah mendapatkan koin dari para buruj kerana kasihan melihat mereka macam tu tapi ada beberapa dari kalangan mereka yang suka

Tak semua buruj sukakan mereka, begitu juga dengan buruj yang tak suka aku

"Hyung!"

"Ahjussi!"

Kedua budak yang sama umur memeluk aku selepas saja mereka mandi tadi

Aku mengusap kedua-dua kepala Lee Gilyoung dan Shin Yoosoung, lalu menuntut mereka ke dapur untuk makan bersama

Kemudian Jung Heewon, Lee Hyunsung dam Yoo Sangah masuk ke dapur lalu diikuti dengan Kim Namwoon, Lee Jihye dan Han Sooyoung

Lalu beberapa minit kemudian Lee Seolhwa datang bersama dengan adik Yoo Joonghyuk, Yoo Mia

Selepas saja semua orang duduk di meja makan, Yoo Joonghyuk meletakkan nasi goreng kimchi telur dadar di atas meja kepada setiap orang kecuali dua kerusi yang kosong

"Mereka tak makan bersama kita hari ni juga?" Lee Hyunsung membuat wajah risau

"Hyunsung-ssi, kau harus tahu mereka terikat dengan agama mereka dan kita tak boleh buat apa-apa selain terima saja" Jung Heewon memberi semangat kepada Lee Hyunsung

Kami berbual tapi ia jarang-jarang sebab takut akan amarah dari sang protagonis

[Saluran #BI-7623 dibuka!]

[Buruj 'Demon-Like Judge of Fire' memberi salam kepada rakan-rakan buruj mereka]

[Buruj 'Prisoner of Golden Headband' membalas salam dari buruj 'Demon-Like Judge of Fire']

[Buruj 'Secretive Plotter' memberi salam ringkas]

Para buruj sudah masuk, walaupun tiada senario buat hari ni tapi mereka ingin masuk kerana tiada kerja lain

"Oh ya!"

Yoo Sangah membuka mulutnya selepas saja dia menghabiskan sarapan dia

"Kini sudah hampir sebulan mereka berpuasa, adakah selepas ni mereka akan beraya?"

"Beraya?"

Yoo Sangah mengangguk pada soalan tersebut

"Seingat saya, selepas umat Islam selesai berpuasa mereka akan beraya yang menandakan mereka sudah menang dalam berpuasa selama sebulan"

✧Full Of Randomness Book✧ Where stories live. Discover now