!Warning!
This chapter wrote in Malay language. I'm really sorry if none of you understand it
However, who want to read can enjoy it now
Selamat membaca!
•
Sudut pandang Kim Dokja
Aku membuka mata kerana bunyi dari luar pintu
Siapa yang buat bising kat pagi macam ni?
Aku mencapai telefon aku yang berada diatas meja dan melihat waktu sekarang
5:24 a.m.
Terlalu awal untuk membuat bising pada waktu macam ni. Tapi bunyi ni datang dari dapur, berkemungkinan Yoo Joonghyuk masak sesuatu...
...Tunggu. Bukan ke dia pergi keluar malam semalam? Kebarangkalian Yoo Joonghyuk sudah balik pada pagi macam ni sangat kecil
Aku boleh simpulkan sesuatu, ada seseorang di dapur pada waktu macam ni
Mereka pencuri ke?
Entahlah, tapi mereka tak akan lama disini
Aku mengambil Unbroken Faith dan perlahan-lahan pergi ke dapur selangkah demi selangkah
Lampu dari dapur menyinari sebahagian bangunan ni dan bila aku curi pandang, aku bukannya menemukan pencuri melainkan dua budak yang makan pada waktu macam ni
Aku menurunkan Unbroken Faith ke lantai, "Boboiboy? Reverse? Apa kamu berdua buat pagi-pagi macam ni?"
Boboiboy yang sedang makan nasi dengan lauk kari daging melihat kearah aku, "Oh, hi encik Dokja"
"Hi, kamu berdua. Kamu berdua buat apa kat pagi macam ni?"
Aku kembali memberi soalan yang sama
"Oh, kami tengah sahur"
Sahur?
"...Apa?"
"Encik tak tau ke?"
Aku yang senyap, tidak menjawab
"Sahur tu adalah makan dan minum sebelum naik fajar bagi umat Islam menunaikan ibadah puasa"
Reverse tolong menjelaskan untuk aku dan aku mengangguk pada maklumat baru yang aku dapat
"... Seingat aku, umat Islam kena berpuasa dari fajar hingga terbenam matahari, kan?"
"Betul tu. Kami kena berpuasa selama 30 hari"
...30 hari. Berpuasa tapi di dunia hancur macam ni?
"Kamu berdua pasti ke boleh bertahan dari fajar ke matahari terbenam pada masa macam ni? Siapa tahu kalau-kalau ada senario yang berbahaya nanti?"
"Jangan risau. Kami tak akan memaksa diri kami untuk berlawan sampai pada had kami"
"....Kalau kamu kata macam tu?"
Aku hanya bersetuju. Di dunia yang hancur ni, skill, stigma dan statistik memerlukan tenaga untuk berlawan dan bertahan hidup
Aku hanya berharap mereka tak apa-apa selama mereka menahan lapar dan dahaga
★★★
Pada waktu tengah hari, kami mendapatkan senario yang sedikit susah untuk diselesaikan
Tapi kami sudah pun selesai dengan senario tersebut dengan kedatangan Yoo Joonghyuk
"Ah, Joonghyuk-ah..."
"Senyap, Kim Dokja"
Sunfish bangsat ni...
YOU ARE READING
✧Full Of Randomness Book✧
RandomThere a random story in this book and maybe there a possiblity to have a new story book.....who now¯\_(ツ)_/¯. However this book maybe have connection with a books I have made, so who find this book hope enjoy and have fun~~ . . . . . . . Ple...
