!Warning!
This chapter wrote in Malay language. You guys can skip if you don't understand but if you want to read it, I won't force you
Note: Boboiboy and Reverse's birthday are at the same day because I says so
Enjoy~ Selamat membaca
•
Sudut pandang Kim Dokja
Sekarang hari sudah berlalu selepas sub senario puasa yang kami jalani
Harus akui, sub senario tu tak sesusah senario yang lain
Buruj misteri yang bernama 'Memorable Reverie' tidak pernah kelihatan sejak saat itu
Siapa tahu kemana mereka sekarang ni
Kini, kami berehat di bangunan milik kami selepas saja selesai senario semalam
Di ruang tamu hanya ada orang dewasa bersama dengan Lee Jihye dan Kim Namwoon. Budak-budak sekarang ada diluar bersama Boboiboy dan Reverse, berkata hendak main kata mereka
"Hei, rasanya senario yang seterusnya akan bermula bila?"
Jung Heewon bersuara sambil melihat kearah yang lain
"Jangan tanya aku. Hei, sotong hodoh bila senario seterusnya bermula?"
Han Sooyoung menoleh kearah aku sambil memegang lolipop yang dia hisap sebentar tadi
Aku hanya memberi dia muka malas dan menjawab
"Tak pasti, mungkin tiga atau empat hari kedepannya. Siapa tahu"
"Ah"
Kemudian Yoo Sangah bersuara
"Ia mengingatkan saya tentang sesuatu. Setiap kali kita menjalani senario bersama, saya sudah terlupa dengan tarikh"
"Apa yang Yoo Sangah-ssi katakan betul juga tu"
Lee Hyunsung bersetuju
"Jadi, sotong hodoh sekarang hari ni hari apa?"
Han Sooyoung melihat kearah aku begitu juga dengan yang lain
"Mentang-mentang aku ada telefon, kau suruh aku tengok tarikh, ya?"
"Aku suruh kau tengok tarikh hari ni je, bukannya aku suruh kau buat benda bodoh pun"
Aku memusingkan mata aku pada kata-kata Han Sooyoung dan membuat apa yang dia minta
"Hari ni 12 hari bulan 3"
"Apa?!"
Kim Namwoon menjerit dengan lantang membuat yang lain terkejut dan dengan cepat mereka tengok kearah dia
Sebelum yang lain hendak bersuara, Kim Namwoon bertanya pada aku dulu
"Ahjussi, tadi ahjussi kata apa?"
"Uh… 12 hari bulan 3?"
"Habislah..."
Lee Jihye yang tengok kelakuan Kim Namwoon yang pelik mula bertanya
"Apa masalah dengan kau ni?"
"Kau tak faham! Hari jadi-"
"Siapa yang menjerit tadi?"
Tiba-tiba pintu dibuka dan melihat Boboiboy bersama dengan Reverse berserta Lee Gilyoung dan Shin Yoosoung sedang berdiri dihadapan pintu depan dengan muka risau
"Uh… tak ada apa-apapun"
Yoo Sangah yang mula menjawab
"Ya ke? Tadi kami dengan seseorang menjerit tadi?"
YOU ARE READING
✧Full Of Randomness Book✧
RandomThere a random story in this book and maybe there a possiblity to have a new story book.....who now¯\_(ツ)_/¯. However this book maybe have connection with a books I have made, so who find this book hope enjoy and have fun~~ . . . . . . . Ple...
