>> Part 6 <<

859 55 0
                                    


Flashback -------

3 tahun lalu .

Ji Hyo menetap di Seoul ketika itu . Ji Ha tinggal di kampungnya , Incheon kerana ada sedikit masalah . Ji Hyo waktu itu sedang hangat bercinta dengan seorang lelaki . Ya , lelaki yang agak mirip dengan Kai .

Ji Hyo sedang menunggu lelaki tersebut di taman . Sudah 2 jam Ji Hyo menunggu namun lelaki itu masih belum sampai . Lelaki itu janjikan akan datang pukul 2 petang .

Ji Hyo ternampak seseorang yang sangat dia kenal . Ji Hyo ternampak kekasihnya sedang bermesra dengan gadis lain . Hati Ji HYo bagaikan ditusuk pisau tajam , airmatanya mengalir dengan laju . Kakinya pantas berjalan kearah lelaki itu .

''Kim ! Sampai hati awak buat saya macam ni??''Ji Hyo menampar pipi lelaki yang bernama Kim itu . ( Tak tahu nak letak nama apa lelaki tu xD )

Kim terkejut . Dia menampar pipi Ji Hyo pula. ''Suka hati aku lah ! Peduli apa aku ! Blah ! Kita putus!!''Tengking Kim lalu beredar bersama gadis tadi . Ji HYo terduduk . ''Aku benci dia!! Aku benci!!''Jerit Ji Hyo . Sejak itu , Ji Hyo tidak mudah percaya atau jatuh cinta pada lelaki .

Namun disebabkan Kai mempunyai wajah yang agak mirip dengan Kim , Ji Hyo membenci Kai . Dia sendiri tak tahu kenapa dia sakit hati bila nampak Kai atau bila Kai mendekati dia .

--- Stop Flashback ---

Hari sudah pagi . Ji Hyo dan Ji Ha sudah bersiap siap untuk pergi ke tempat kerja masing masing . Mereka berdua bertolak bersama di waktu yang sama .

---------------

''Awal harini awak datang .''Kata Baekhyun sebaik Ji Hyo masuk ke dalam kedai . ''Hehe.. Ji Ha yang kejutkan saya .''Jawap Ji Hyo . Baekhyun tergelak kecil . ''Yalah . Ni , awak tolong bungkuskan kek ni .''Baekhyun menyerahkan sebuah kek kepada Ji Hyo untuk dibungkus . Itu Kek yang dipesan oleh pelanggan .

------------

Kai berjalan perlahan menuju ke kedai XOXO Cake . Dia berhenti di depan kedai itu sebelum menarik nafas dan terus masuk ke dalam kedai tersebut . Ji Hyo terkejut apabila ternampak Kai sedang berdiri betul betul dihadapannya . Kai menghulurkan sejambak bunga ros pada Ji Hyo sambil tersenyum . Ji Hyo terkedu .

Ji Hyo berasa malu . Orang ramai yang datang untuk membeli kek di kedai itu memerhatikan gelagat Kai dan bunga yang berada didalam genggaman Kai . Sambil melutut Kai menghulurkan bunga itu .

Baekhyun keluar dari dapur kek . Terkejut Baekhyun melihat keadaan tersebut . ''Terimalah hati saya yang ikhlas lagi suci ni .''Kata Kai sambil tersengih . Ji Hyo bengang . Dia rampas bunga ditangan Kai lalu tersenyum . ''Sweetnya ~ Yahh!! Kau blah sekarang!!''Kata Ji Hyo lalu mencampakkan bunga ros itu ke muka Kai .

Kai tersentap . Tak sangka Ji Hyo begitu bencikan dirinya , fikir Kai kesalahannya hanyalah pekara kecil kerana melanggar Ji Hyo namun dia tidak tahu Ji Hyo bukan membencinya kerana satu perlanggaran hari itu .

''Saya cuma..''Belum sempat Kai menghabiskan butir bicaranya , Ji Hyo mencelah . ''Kau blah!! Sebelum muka kau jadi kek!!''Ji Hyo naik angin . Bukan sekali Kai mempermalukannya , tapi dua kali . Baekhyun datang ke Ji Hyo dan memegang baju Ji Hyo .

Ji Hyo lari ke dapur . ''Apa hal kau buat dia naik angin?''Tanya Baekhyun . Kai cuma mengeluh lemah . Dia cintakan Ji Hyo . Benar benar cintakan Ji Hyo .

----------------

''Whatttt ?! Seriously? Haihh . Yang kau pergi malukan dia tu buat apa . Of course lah dia tension and naik angin dohh .''Ji Ha menepuk dahi sebaik Kai berterus terang tentang kejadian yang berlaku di Kedai Cake .

Sehun buat tak tahu . Dia cuma sibuk makan apple dengan sikap bersahaja sambil meletakkan kakinya diatas meja dan mengoyangkan kakinya didalam Restoran tempat Ji Ha bekerja .

''Wehh Sehun . Kau fikir ni tempat bapa kau punya ke?''Tanya Ji Ha . Sehun buat tak dengar apa Ji Ha cakap . Kai cuma terdiam dan mengeluh saja . ''Kau sabar Kai . Aku pasti bantu kau , cuma tak tahu lambat atau cepat .''Kata Ji Ha . Kai mengangguk faham .

Ji Ha mengambil sebiji apple kemudian.. Dia membaling tepat kearah Sehun dan terkena kepala Sehun . ''Aduhh!''Jerit Sehun kuat . Nasib baik tiada pelanggan di restoran tersebut waktu sebegini . Ji Ha cuma tertawa sinis .

---------------

Omma Kai singgah ke bilik Kai . Sebaik membuka pintu bilik Kai , kelihatan Kai sibuk termenung di tingkap biliknya . ''Kai ahh..''Panggil Omma Kai . Kai menoleh ke belakang . Kai tersenyum lemah . ''Wae Kai shii? Any problem?''Tanya Omma Kai sambil mengambil posisi disebelah Kai .

''Annyi.. Tak ada apa .''Ujar Kai menafikan masalahnya . ''Kai kalau ada masalah . Ceritalah dekat Omma .''Kata Omma Kai . Kai mengeleng . Omma Kai bangun dan keluar dari bilik itu . Omma Kai tidak mahu menganggu Kai buat seketika ini . Omma Kai tahu , apa jadi pada Kai kerana Sehun sudah bagitahu pada Omma Kai .

''Kai ahh.. Kamu kena bersabar .''Kata Omma Kai dipintu Kai sendirian .

[[ BERSAMBUNG ]]

I Do Not Believe In LoveWhere stories live. Discover now