>> Part 8 <<

738 52 0
                                    

Kai tidak berputus asa . Dia sentiasa datang ke kedai cake untuk berjumpa dengan Ji Hyo . Bukan hanya setiap hari , malah setiap saat dia berada di kedai itu . Ji Hyo makin muak melihat Kai di kedai setiap hari .

''Kau boleh blah tak?''Tanya Ji Hyo . Kai cuma tersenyum sambil menikmati coffe di kedai cake itu . ''Ini bukan kedai awak .''Kata Kai selamba . ''Haishh jinjaa!!''Ji Hyo mengetuk kepala Kai . Kai cuma mengosok kepalanya .

''Kau ni degil kan ?! Kalau aku lah tauke kedai ni , dah lama aku halau kau betul betul !!''Kata Ji Hyo lalu terus ke dapur kedai itu , malas mahu melayan Kai . Kai cuma tertawa kecil .

Baekhyun singgah ke dapur dan berdiri disebelah Ji Hyo . ''Waeyo Hyo??''Tanya Baekhyun . ''Tak ada apalah..''Kata Ji Hyo . Baekhyun cuma senyum . ''Petang ni , free tak??''Tanya Baekhyun . ''Hmm.. Free je . Wae??''

''Saya nak ajak awak pergi satu tempat .''Kata Baekhyun . ''Dae? Pergi mana?''Kata Ji Hyo . ''Adalah.. Awak ikut je nae? Balik kerja , kita terus pergi okay?''Kata Baekhyun lalu beredar dari situ . Ji Hyo cuma tercenggang .

Kai curi curi mendengar perbualan mereka berdua . Kai tersenyum sinis macam syaitan . Adalah benda dia nak buat tu .

----------------

Baekhyun membawa Ji Hyo menaiki motosikalnya selepas tamat waktu kerja . Kai mengekori mereka berdua secara senyap senyap tanpa disedari oleh Ji Hyo dan Baekhyun .

Sampai di pantai bandar Seoul . Baekhyun menarik tangan Ji Hyo dan menuju ke satu tempat berdekatan pantai itu . ''Awak nak pergi mana ni??''Tanya Ji Hyo . Baekhyun cuma mengangkat kening tanpa menjawap soalan Ji Hyo .

Kai cuma mengikuti jejak mereka . ''Apa si dorang ni nak buat haaa?''Monolog Kai .

Baekhyun dan Ji Hyo sampai di satu meja yang disediakan tepi pantai . Meja yang dihias dengan lilin berwarna merah jambu dan bunga ros . Ji Hyo ternganga . ''Tutup sikit mulut tu , nanti masuk lalat .''Kata Baekhyun seraya tertawa kecil .

Kai mengenggam penumbuk . ''Berani dia ?! Hishh.''Kai sakit hati melihat Baekhyun yang seakan cuba rampas Ji Hyo darinya . ''Memang cari nahas !''Desis Kai .

''Duduklah .''Baekhyun menarik kerusi yang disediakan dimeja itu lalu membiarkan Ji Hyo duduk dikerusi itu . Ji Hyo cuma akur . ''Apa semua ni Baek...''Belum sempat Ji Hyo menghabiskan kata katanya , datanglah beberapa pekerja di restoran tepi pantai itu sambil membawa kotak muzik bersama .

Lalu pekerja - pekerja lelaki muda itu memainkan muzik romantik ditepi Ji Hyo . Ji Hyo terharu . ''Gomawoyo Baek ahh ~~''Kata Ji Hyo . ''Hyo . nak tahu something??''Tanya Baekhyun sambil duduk berhadapan Ji Hyo .

Ji Hyo cuma mengangguk sambil tersenyum . ''Saranghae .''Kata - kata Baekhyun membuatkan senyuman Ji Hyo terus pudar , mata terbeliak dan tiada langsung secelit senyuman dibibir Ji Hyo .

''Mwoya??''Ji Hyo terkejut , dia langsung tidak menyangkakan Baekhyun menyukainya . ''Saya cintakan awak .''Baekhyun mengulangi lagi kata katanya kerana menyangka Ji Hyo sengaja mahu dia mengulangi kata katanya .

Ji Hyo terdiam seketika . Muzik masih dimainkan , mereka berdua terdiam tanpa berkata . Beberapa minit kemudian , Ji Hyo cuba bersuara .

[[ BERSAMBUNG ]]

I Do Not Believe In LoveWhere stories live. Discover now