nothing else

237 9 0
                                        

Hi reader saya yang disayangi. author sebenarnya takut nak ceritakan tau tapi takpe la.. i harap you tak baca part ni 😭









By:Kayraliana17
AKU DAN DIA [2]












Pada satu hari hihi 🤭

Sarah ingin keluar pergi ke pasaraya untuk beli barang basah disebabkan banyak sangat barang-barang kat rumah dah habis nak ajak Diana pula kerja.Jadi Sarah decide untuk keluar seorang diri..

Selalunya Sarah akan pergi bersama Diana. Sarah jarang sangat keluar sorang tapi ada jee sorang cuma selalu berdua. kalau seorang diri akan kena marah bila keluar tanpanya..

Tapi Sarah malas nak menunggu apa salahnya kalau seorang diri pun yang penting pandai jaga diri. "apa- apa boleh jee call Diana kan"

Ni pasaraya paling dekat Sarah akan pergi jauh-jauh tak berani takut sesat walaupun dah 2 tahun duduk kl masih lagi tengok waze tau.Sarah ingat jalan tapi nak kepastian lagi buka la waze lagi selamat ..Haha 🤣

Bila sampai je dekat pasaraya, Sarah dah nampak parking penuh sampai ke bahu jalan. ramai betul orang hari ni, mungkin sebab ada promosi besar-besaran. Sarah terpaksa pusing beberapa kali, dari hujung ke hujung yang lain, baru jumpa satu petak kosong itu pun agak jauh dari pintu masuk.

Masuk je dalam pasaraya, terus rasa sesak. Orang berpusu-pusu tolak troli, ada yang datang satu keluarga, siap bawa anak-anak kecil. Bunyi hiruk-pikuk kedengaran dari semua arah, dengan suara pelanggan bertanya harga, staf yang mengumumkan promosi, dan muzik latar yang sayup-sayup kedengaran. Sarah ambil troli dan terus ke bahagian barang dapur sayur, lauk, beras, minyak, semua Sarah ambil cepat-cepat sebab tak tahan dengan suasana yang sesak dan panas walaupun dalam bangunan berhawa dingin.

Waktu nak bayar pun satu hal. Semua kaunter ada barisan panjang. Sarah beratur hampir dua puluh minit sebelum tiba giliran. Mujur staf cashier cekap dan mesra, jadi taklah rasa terlalu tertekan walaupun penat. Lepas bayar, Sarah terus keluar dengan troli, berpeluh-peluh juga walaupun baru sejam lebih je dalam pasaraya. Memang mencabar kalau beli barang dapur waktu ramai orang macam ni, tapi nak buat macam mana, keperluan tetap kena utamakan.

Sampai saja Sarah diparking kereta aku terus masukkan barang-barang yang di beli tadi ke dalam bonet kereta. Lalu enjin kereta dihidupkan tanpa menunggu lama Sarah reverse kereta perlahan-lahan sebab kawasan parking agak sempit dan ramai orang lalu-lalang. Masa tu Sarah memang dah tengok cermin sisi dan belakang, tapi tiba-tiba Sarah dengar bunyi kuat macam sesuatu terlanggar. Terkejut, Sarah terus tekan brek dan keluar dari kereta untuk tengok apa yang berjadi.

Rupa-rupanya, Sarah tak perasan ada seorang perempuan sedang tolak troli di belakang kereta Sarah. Dia terjatuh ke belakang sebab troli yang ditolaknya tersangkut pada bampar kereta Sarah dan menghentak kakinya. Sarah cepat-cepat pergi dekat dia untuk tengok keadaan. Waktu tu, jantung Sarah dah berdegup laju sebab risau sangat.🤍😥

Perempuan tu memang cantik sangat berambut panjang,kulitnya putih bersih, dan berpakaian seksi

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.


Perempuan tu memang cantik sangat berambut panjang,kulitnya putih bersih, dan berpakaian seksi .Tapi Sarah terus fokus pada keadaannya, bukan rupa dia.Sarah nampak ada kesan luka kecil pada bahagian kakinya, mungkin sebab terkena besi troli tadi. Dia cuba bangun perlahan-lahan sambil tahan sakit, tapi masih lagi tenang dan tak marah pun. Sarah rasa sangat bersalah dan terus minta maaf sambil tawarkan nak tolong bawa dia ke klinik..

Tapi pada mulanya dia menolak dengan lembut. Katanya tak perlu risau, luka tu kecil saja dan dia boleh uruskan sendiri. Tapi Sarah tetap rasa bertanggungjawab Sarah yang cuai, dan dia pula yang kena tanggung akibatnya. Jadi Sarah tak putus asa, Sarah pujuk dia perlahan-lahan, cakap yang Sarah takkan tenang selagi tak pastikan dia betul-betul okay. 🫠

Lepas beberapa kali Sarah yakinkan dia, akhirnya dia setuju juga. Sarah bantu dia bangun perlahan-lahan dan tolong bawa troli dia ke tepi. Kemudian, Sarah pimpin dia ke kereta dengan hati-hati, takut dia rasa sakit bila berjalan. Dalam perjalanan ke klinik, suasana agak sunyi pada mulanya. Tapi lepas beberapa minit, dia mula buka mulut, cakap terima kasih sebab bersungguh nak tolong. Sarah senyum saja, lega sebab dia nampak tenang dan tak marah.

Sepanjang perjalanan, Sarah curi-curi juga pandang dia. Wajah dia masih tenang walaupun ada kesan luka di kakinya.Sarah tak sangka pertemuan yang bermula dengan satu insiden kecil macam ni boleh buat Sarah rasa sesuatu yang lain. Tapi Sarah cepat-cepat buang rasa tu yang penting sekarang, Sarah pastikan dia selamat dan dapat rawatan yang sepatutnya.

Sampai je di klinik, Sarah terus parking betul-betul dekat dengan pintu masuk supaya dia tak perlu jalan jauh. Sarah keluar dulu dan bukakan pintu untuk dia, kemudian bantu dia turun perlahan-lahan. Walaupun dia nampak masih boleh berjalan, Sarah tetap rasa bertanggungjawab nak pastikan dia tak tanggung sakit lebih dari yang sepatutnya.

Kami masuk ke dalam klinik, dan suasana agak lengang mungkin sebab bukan waktu puncak. Petugas kaunter pandang kami dengan sedikit hairan, mungkin tertanya-tanya kenapa gadis secantik dia dipapah apa berlaku.Sarah terus daftarkan nama dia dan duduk bersama sementara tunggu giliran.

Dia duduk sebelah Sarah, diam dan nampak sedikit kekok. Sarah pun cuba ringankan suasana.

"Saya betul-betul minta maaf pasal tadi. Kalau saya lebih berhati-hati, awak takkan cedera," Sarah cakap slow jee haha.😥

Dia pandang Sarah sekejap, senyum nipis.
"Tak apa... benda dah jadi. Awak pun dah tolong banyak. Terima kasih sebab ambil berat." ☺️

Ada satu rasa lega muncul dalam hati bila dengar suara dia yang tenang tu. Suara dia lembut, dan mata dia lawa walaupun nampak macam cuba sembunyikan rasa sakit tapi tetap bersinar. Dalam kepala Sarah, sempat terlintas satu soalan bodoh: Dari mana dia muncul? 😭

Tak lama kemudian, nombor giliran dipanggil. Sarah bantu dia bangun dan ikut sama masuk ke bilik rawatan. Doktor periksa luka di kakinya dan sahkan tak serius, cuma calar dan lebam sedikit. Tapi doktor tetap bersihkan luka, sapu ubat dan balut dengan kain bersih. Masa doktor rawat dia, Sarah duduk di sisi, perhati dengan rasa bersalah yang masih belum hilang.😌

Lepas semuanya selesai, kami keluar semula ke ruang menunggu. Sarah tanya sama ada dia nak Sarah hantar balik ke kereta atau ke rumah. Dia senyum, tapi kali ni senyuman dia lebih mesra. 😝

"Boleh tak... awak temankan saya minum kejap? Saya rasa macam nak tenangkan diri dulu.

"tapi kalau awak ada urusan lain takpe saya faham.

Sarah terkebil-kebil sekejap bila dia ajak minum. Tak sangka pula dia akan cakap macam tu. Tadi masa dia jatuh, Sarah ingat dia akan marah atau paling kurang pun tak nak tengok muka Sarah dah. Tapi sekarang, dia sendiri ajak Sarah lepak minum. Sarah tak berani menolak takut dia terasa jadi Sarah senyum kecil sambil angguk.

"Boleh je. Awak nak minum kat mana?" tanya Sarah, cuba sembunyikan rasa berdebar dalam dada. haha 😭

"Ada satu kafe dekat-dekat sini. Saya pernah pergi sekali. Suasana dia tenang, sesuai kalau nak... hilangkan rasa cemas," katanya sambil senyum nipis. Walaupun dia cuba bersikap tenang, Sarah tahu kaki dia masih sakit. Jadi Sarah tawarkan tangan Sarah untuk dia berpaut.

 Jadi Sarah tawarkan tangan Sarah untuk dia berpaut

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Aku Dan Dia [2]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang