Part [17]

282 10 0
                                        

Chapter kali ni agak special sikit sebabnya Sarah nak happykan Diana. nak beli semua makanan yang Diana suka.. 💋









By:Kayraliana17
AKU DAN DIA [2]









Sarah tahu kebelakangan ni hubungan kami agak kurang baik. jadi sarah nak betulkan apa dah mula berkurang.Sarah tak sabar nak tengok senyum paling manis oleh Diana nanti.

First of all Sarah akan pergi ke Pavilion kl terlebih dahulu.langkahku terhenti sejenak di hadapan pintu masuk Pavilion Kuala Lumpur. Udara sejuk dari dalam menyambutku sebaik pintu terbuka, berbeza benar dari bahang panas kota yang kutinggalkan di luar tadi. Sarah tarik nafas perlahan, cuba menyusun langkah. Hari ini, Sarah datang bukan untuk diri sendiri tapi untuk seseorang yang cukup bermakna dalam hidup sarah.Diana.

Diana tak tahu Sarah ke sini

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Diana tak tahu Sarah ke sini. Mungkin Diana sangka Sarah masih dikedai untuk memeriksa stock dan barang-barang yang dah berkurang , seperti biasa rutin harian yang tak pernah habis. Tapi dalam diam,Sarah rancang semuanya sebab Sarah tahu, Diana layak untuk rasa dihargai.

Sarah teruskan langkah ke butik Polo. Mata Sarah terus tertumpu pada satu beg yang ringkas, tapi ada sentuhan elegan yang Sarah tahu Diana akan suka. Warna tanah lembut, kemas rekaannya, dan paling penting cukup praktikal untuk kegunaan harian. Sarah bayangkan senyumannya bila Diana buka bungkusan nanti. Wajahnya yang selalu tenang itu, Sarah mahu lihat bersinar dengan rasa dihargai.

Selesai di Polo, Sarah naik ke Parkson. Deretan baju tersusun kemas, lampu terang dan muzik lembut di latar membuatkan Sarah rasa tenang seperti diberi masa untuk memilih dengan hati. Tanganku menyentuh satu persatu helaian. Fabrik yang lembut, potongan yang sopan, dan warna pastel yang pasti menyerlahkan sisi lembut Diana. Akhirnya Sarah jumpa satu. Sarah tahu, Diana akan nampak cantik memakainya.

Ketika Sarah berdiri di kaunter pembayaran, beg kertas di tangan terasa lebih berat dari biasa. Ini bukan sekadar hadiah. Ini tentang menghargai seseorang yang tak pernah putus mencintai Sarah, Sentiasa memberi semangat dengan apa jua keadaan..

Untuk Diana, Sarah mahu dia tahu.Sarah lihat setiap usahanya. Sarah rasa.Dan Sarah sedang belajar untuk mencintai dengan cara dia mahukan.

Setelah selesai membeli beg dan baju, Sarah teruskan langkah ke satu destinasi yang sangat disukai Diana. Baker's Cottage. Ayam panggang yang sangat sedap.sesuai dimakan bila tengah diet.. haha 🤭

Sarah tersenyum sendiri bila ternampak kedai tu dari jauh. Aroma ayam panggang yang sedang dibakar menyapa hidung sebaik Sarah masuk. Sarah pesan satu set Ayam panggang perisa blackpepper, pastikan semuanya cukup sebab Sarah tahu, Diana suka makan sambil cicah dengan sos yang dia selalu puji-puji tu.

Selesai urusan di situ, Sarah menuju pula ke Secret Recipe. Kali ni, misi Sarah cuma satu kek red velvet. Kek kegemaran Diana. Lembut, moist, dengan cream cheese yang cukup balance. Sarah tahu betapa Diana sukakannya..

Aku Dan Dia [2]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang