Again

318 9 36
                                        










By:Kayraliana17
AKU DAN DIA [2]









Pagi itu cuacanya nyaman.Matahari hujung minggu menyimbah lembut ke seluruh kawasan perumahan tempat Sarah tinggal. Hari ini hari cuti Diana hari yang selalu ditunggu-tunggu kerana waktu inilah Sarah boleh manjakan girlfriend dengan makanan kegemaran, popia carbonara.

Setiap kali Sarah buat, pasti Diana makan dengan begitu berselera. Sampai menjilat jari. Senyuman manis di wajah Diana waktu itu selalu membuat hati Sarah hangat puas rasanya bila orang yang kita sayang suka dengan masakan kita. 😋

Jadi seperti biasa, sebelum boleh mula menggulung popia satu demi satu, Sarah perlu lengkapkan dulu bahan-bahannya. Di rumah masih ada kulit popia dan sedikit cheese, tapi sos carbonara, carrot, sosej, daging cincang, dan susu full cream sudah habis. Jadi, Sarah buat keputusan untuk ke pasar raya berdekatan, sendirian sahaja. Diana masih lena di bilik, berbalut selimut tebal. Sarah hanya tersenyum kecil melihat wajah tenang itu sebelum menutup pintu perlahan-lahan dan beredar.

Di pasar raya, suasananya seperti biasa. Orang tak terlalu ramai tapi cukup meriah. Muzik latar instrumental perlahan bermain dari speaker atas siling. Bau roti baru dibakar dari bahagian bakeri menyambut hidung, membuat Sarah sedikit lapar.

Troli ditolak perlahan. Sarah ke bahagian sayur dahulu, memilih carrot yang rangup dan manis warnanya. Kemudian dia bergerak ke bahagian daging beku, memilih sosej ayam dan sebungkus kecil daging cincang. Susu full cream pula diambil dari peti sejuk panjang, dan akhir sekali sos carbonara yang tersusun di rak-rak tinggi. Sarah belek satu persatu botol sos, memilih jenama prego yang biasa digunakan. sarah tak mahu ambil risiko Diana suka yang itu, tak nak lain.

Sebaik selesai semua, Sarah sempat singgah ke kaunter promosi berhampiran pintu keluar. Ada jualan cheese dengan harga promosi. Sambil tangannya mencapai pek cheese itu, tiba-tiba satu suara yang tidak dikenali menyapa dari belakang.

"Sarah?"

Jantung Sarah berdegup kencang. Dia berpaling perlahan, dan di hadapannya berdiri seorang perempuan dengan senyuman yang paling manis.

Perempuan itu adalah Marsya orang yang Sarah tidak sengaja melanggarnya tempoh hari.

"ehh Marsya " awak buat apa sini? soalku

"Saya ada beli barang sikit kat sini.. tak sangka kita berjumpa lagi kan!! jawap Marsya

" Tula kecil jee bumi ni pusing-pusing jumpa haha🤣

"Awak memang duduk area sini ke sarah? soal marsya

"iyee saya memang duduk area sini jee jawap ku

"ohh patulah. saya pun area sini jee. Awak macam mana sihat?

"Alhmdulilah saya sihat "awak mcam mana kaki dah okay?

"Marsya sihat" kaki saya dah sembuh sejak awak bawakan ke klinik.. syukur dah makin baik..

"Saya dah boleh berlompat berlari tau sekarang. hahaha🤣🤣

"Amboii bagus la .. syukur sangat awak dh sihat..

"Ni awak sorang je ke? soal marsya ingin tahu.

"saya sorang jee. kenapa tu? tanyaku

"Mana la tahu datang dengan kekasih hati awak kan..

Sarah hanya tersenyum tidak tahu ingin berkata apa..

"Sarah boleh saya tanya something ? saya cuma nak tahu..

" Boleh je tapi jangan tanya soalan pelik-pelik ok

"Apa yang awak akan buat bila kita sukakan seseorang tu?

Aku Dan Dia [2]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang