2015
Malam ini aku tidak dapat tidur awal seperti biasa. Bagaikan ada sesuatu yang mengacau fikiran dan kepala hotak aku. Kejap mengiring sebelah kiri. Sekejap ke kanan. Aaaah...syaitan mana pula yang hasut aku suruh bangkit bangun dan buka komputer malam malam macam ni?
Dari posisi baring, aku duduk di birai katil. Pinggang aku patahkan ke kanan dan kiri. Sedap dan melegakan dengan iringan letupan kecil seperti mercun pop pop.
Kakiku melangkah perlahan menuju ke dapur. Satu paket susu kambing aku buka dan dibancuhkan bersama air panas. Aromanya sedikit hapak. Tapi ia bagus untuk tumbesaran tulang kerana ia membekalkan kalsium kepada kita.
Duduk sahaja dihadapan komputer aku terus memasang koleksi lagu-lagu lama yang aku copy dari cakera padat yang aku beli disekitar Jalan Chow Kitt kira-kira 15 tahun yang lalu. Aku merasa rileks apabila lagu Teenager In Love dendangan RHCP berkumandang. Lirik dia sedap. Rentaknya nyaman dan catchy membuatkan kepala terangguk-angguk kecil.Hah! Kebetulan pulak. Lagu ini secara tiba-tiba mengimbau kenangan semasa zaman persekolahan aku dahulu. Semasa kumis aku belum berapa nak tebal. Semasa bibir aku masih merah remaja.
Seorang sahabat aku bernama Rusdi Alam merupakan anak muda yang boleh tahan kacak dia punya rupa. Sekali imbas iras Rusdi Ramli dalam drama Hati Waja. Cuma dia takde ilmu persilatan sahaja.
Nak dijadikam cerita dia ni ada dua orang makwe serentak. Seorang tu bernama Raja Kartini. Seorang lagi Suhana Rose. Entah ilmu apa yang dia pakai pun aku kurang pasti. Sebabnya boleh tahan denyut jugak makwe dua orang ni.
Pada satu hari sudah kantoilah si Rusdi ni. Apa lagi berperanglah dua orang makwe ni dengan penuh dedikasinya. Raja Kartini mengata Suhana Rose itam legam. Suhana Rose hanya mampu menangis. Beberapa hari selepas itu Rusdi bagi tahu aku dia sudah tiada apa-apa hubungan dengan Suhana Rose lagi.
Selang beberapa bulan pula, Rusdi mengatakan kepada aku yang Raja Kartini pun dia sudah tinggalkan. Dek kerana dia sedang cuba mengorat Rashida, Liyana, Marziah dan bla..bla..bla..
Aku hanya mampu menyumpah di dalam hati. Cilake Rusdi Alam ni.
Hari raya yang baru lepas aku terjumpa Rusdi Alam. Panjang lebar kami berbual sehingga terbuka kembali cerita Raja Kartini dan Suhana Rose.
"Kau tahu berapa anak Raja Kartini? Tiga orang nak masuk empat woih!" Terbeliak mata si Rusdi menerangkan kepada aku sambil dia menunjukkan profil facebook milik Raja Kartini.
"Suami dia askar ke Rusdi? Kemain tegap badan dia. Body katang ni." Telefon pintar milik Rusdi kini berpindah ke tangan aku.
"Begitulah gamaknya kalau dapat suami askar ni. Jarang jumpa beb. Kahkahkah. Ini pula Suhana Rose. Aku dapat info dia dah janda sekarang ni." Sekali lagi telefon Rusdi berada di tapak tangan aku.
Aku tatap wajah Suhana Rose secara mendalam. Dulu hitam makwe ni. Sekarang bukan main putih melepak. Gebu. Body solid. Janda anak satu.
"Kau bagi aku contact Suhana Rose ni. Kau bagi sekarang!!!!" Aku meminta secara tegas dan kurang ajar.
Sambil berdekah-dekah Rusdi Alam menekan-nekan telefonnya menghantar sesuatu informasi ke telefon milik aku.
KAMU SEDANG MEMBACA
Nasi Goreng Belacan
Novela JuvenilAku dalam Nasi Goreng Belacan boleh jadi aku sendiri. Aku juga mungkin kisah perjalanan hidup seorang angkasawan yang gagal dalam percintaannya dengan pengacara televisyen. Aku juga boleh jadi siapa-siapa sahaja. Nasi Goreng Belacan menghimpunkan ki...