Part 4

68 4 0
                                    

Usai bersolat Subuh, aku menadah tangan memohon seribu keampunan daripada Yang Maha Esa. Aku turut memohon agar dipermudahkan perjalanan aku sebentar lagi. Aku telahpun mengirim pesanan ringkas buat Mak Cik Kalsom. Walaupun tidak berbalas, aku yakin dia telah membacanya. Hanya itu yang mampu kulakukan. Sekarang, satu sen pun aku tak ada. Dalam telefon pun cuma tinggal kredit sebanyak 50 sen.

Sebelum keluar daripada klinik tersebut, aku sempat bersalaman dengan Doktor Humaira. Kamal pula awal-awal lagi sudah membeli beberapa keping roti dari bakeri berdekatan. Untuk alas perut katanya.

"Are you going, Humaira?" Tanya Kamal. Roti sosej yang berada dalam genggamannya disiat-siat sebelum dimasukkan kedalam mulut. Aku pula hanya duduk membatu di atas kerusi kayu sambil memegang bungkusan roti tersebut. Tak ada selera rasanya untuk menjamahnya.

"Nope. I'm tired." Ujar Doktor Humaira bersahaja. Berdasarkan rupa serta kefasihan Doktor Humaira berbahasa Inggeris, aku kira dia lepasan universiti luar negara. Mungkin dia mengambil ijazah kedoktorannya di Ireland, seperti beberapa orang rakanku yang pintar dari sekolah lama.

Tanpa membuang masa, kami bertolak ke rumah Mak Cik Kalsom. Perjalanan ke sana tidak sepatutnya mengambil masa yang lama. Cuma 20 minit sahaja daripada klinik tersebut.

Hati aku tiba-tiba rasa lapang. Ya Allah, permudahkanlah!

******************************

Keadaan sunyi dalam kereta. Kadang-kadang, Kamal ada juga memulakan bicara, namun aku terasa terlalu letih untuk berbual dengannya lebih lama. Kamal juga mungkin mengerti, jadi dia juga tidak banyak bercakap denganku.

Aku rasa amat lega apabila kereta Kamal sudah memasuki simpang ke rumah Mak Cik Kalsom. Tanpa sedar, bibirku mengukir senyuman. Ya, sekarang aku rasa amat lega kerana dapat pulang kepangkuan insan tersayang. Insan yang boleh aku panggil sebagai keluarga. Mak Cik Kalsom, tunggulah Mahsuri... Mahsuri pulang!

Namun, entah mengapa Kamal memberhentikan keretanya secara tiba-tiba. Tubuhku terlontar sedikit kehadapan. Cepat-cepat aku betulkan duduk lalu menoleh kearah Kamal yang berada di sebelah.

"Kenapa break?" Tanyaku kasar.

"Mahsuri, abang tak rasa Mahsuri selamat dekat sini." Ujarnya perlahan. Dia meraupkan tangan kanannya pada muka sebelum bertindak memusingkan kereta.

"Kenapa, abang! Rumah Mak Cik Kalsom kat sana!" Teriakku dengan suara yang bergetaran. Kugenggam lengan Kamal erat, memaksanya supaya tidak berpatah balik. Sekali lagi jejaka tersebut memberhentikan keretanya. Aku lihat wajahnya merah. Peluh juga telah membasahi dahinya.

"Tengok tu!" Kata Kamal kasar sambil menunding kearah semak yang berdekatan dengan rumah Mak Cik Kalsom. Aku terus menoleh, mencari apa yang cuba Kamal tunjukkan.

Rupanya, kereta Land Rover milik ayah terparkir elok di tepi jalan, sedikit jauh dari rumah Mak Cik Kalsom. Kereta itu bagaikan sengaja mahu disorok ayah. Jantung aku berdegup kencang. Air mata aku mengalir semula. Aku menutup muka, meratap semahu-mahunya. Rasa hati sudah tidak tenteram lagi apabila tempat yang aku rasa paling selamat pun rupanya sudah tidak selamat lagi. Kemana aku harus pergi?

Jejaka di sebelah sudah hilang sabar. Dihentaknya stereng kereta berkali-kali. Tak dapat kuhitung berapa kali perkataan 'shit' keluar dari mulutnya. Aku pula cuma merengkot di sebelahnya, menangis, meratap nasib malang sendiri.

Kamal terus memutarkan stereng keretanya.

Destinasi kami? Entahlah, aku sendiri tak pasti.

******************************

Sudah 20 minit kami berada di restoran tersebut. Selama itu jugalah aku dan Kamal sunyi tanpa sebarang perbualan. Nasi yang ada di depan mata aku jamah sedikit sahaja. Kamal pula, entahlah. Aku tak pasti apa yang berlegar dalam fikirannya. Sudah dua cawan kopi diteguknya.

MahsuriWhere stories live. Discover now