"Anak kau rupa-rupanya lari dengan jantan!" Suara angkuh ayah menampar gegendang telingaku. Aku cuba membuka mata. Namun badanku terasa amat lemah.
"Abang gila ke?" Jerit mak. Suaranya bersulam dengan esak tangis dan sedu sedan. "Anak kita tu bang..." Tangan mak lembut membelai kepalaku. Rambutku disisir rapi ketepi dan mak menekapkankain basah ke serata tubuhku.
"Budak kepala batu ni, biar dia rasa!" Berdesing telinga aku mendengarkan kata-kata daripada ayahku.
"Tapi abang... Abang tak patut buat macam ni! Nyawa anak kita jadi taruhan! Bukan setakat tu je abang... Budak yang lagi sorang tu, mana tahu kalau-kalau dia buat report? Nama abang jugak yang calar nanti!" Bidas mak.
"Eh Kartini, aku tak pernah kotorkan tangan aku sendiri. Keja-kerja kotor bukan aku yang buat! Aku upah si Borhan tu tolong settlekan. Ah, bukannya teruk pun budak tu! Lagipun dia memang dah cedera masa excident tu!"
Hati aku direnggut pilu. Sesak, rogga dadaku sesak dengan satu perasaan yang tak mampu untuk aku tafsir.
"Itu pun bukan main bersilat budak tu nak melawan Borhan. Sekali debik aja dah tumbang. Ha ha ha. Ada hati nak lawan Borhan. Huh!" Sambung ayahnya lagi. Tubir matanya jadi panas. Kamal... Apa dah jadi pada Kamal?
"Kartini, zaman sekarang, kalau ada duit, tak jadi masalah. Kau nampak ni..." Ayah mengeluarkan duit daripada beg dompetya. Dia kemudiannya menggoyang-goyangkan duit itu di udara sebeum menyumbat kembali duit tersebut kedalam beg duitnya.
"Kalau kau ada benda ni, semuanya settle! Ha ha ha."
Ayah... Kenapa ayah begitu angkuh...
Ayah kemudiannyakeluar dari kamar aku dihospital. Tak ingin dia terperup disitu lama-lama. Usai ayah pergi, mak menggenggam erat tanganku. Berkali-kali juga dia cium wajahku. Mak membisikkan sesuatu yang amat terkesan pada jiwaku ketika itu... Dan tanpa sedar... Aku mengalirkan air mata. Tangan lembut milik mak cepat-cepat menyekanya.
Jiwaku rasa, tenang...
"Suri... Mak minta maaf kerana mengabaikan Suri selama ini. Suri, tolong bagi mak satu lagi peluang... mak akan cuba betulkan semuanya..."
Aku cuba untuk menggenggam kembali tangan mak. Mak pula tidak bosan mengusap kepalaku dan membelai pipiku. Tak lama kemudian, jari-jemari runcing milik mak berhenti mengusap kepalaku. Aku dengar bunyi telefonnya ditekan tekan. Mak mengeluh beberapa kali sebelum akhirnya dia bersuara...
"Hello, Assalamualaikum Tuan... Saya call nak buat report..."
******************************
Kini aku bebas. Bebas seperti seekor burung.
Aku dan emak berpelukan setelah dengan rasminya aku diletakkan dibawah jagaannya. Setelah segala yang terjadi pada minggu lepas, duniaku jadi terbalik 360 darjah. Kalau dulu aku tak mahu bersama ayah, ataupun mak, namun kini aku pasti dengan pilihan aku. Aku ingin habiskan masa bersama makdan tinggal bersamanya.
Emak ibarat kupu-kupu yang baru keluar dari kepompongnya. Dia nampak lebih tenang sekarang, dan dia juga telah mula mengenakan hijab. Emak telah berubah dengan banyak sekali dalam masa seminggu ini. Emak kata, dia sudah terlalu jauh dengan yang Maha Esa dan terlalu lalai dengan urusan dunia. Dia mahu bertaubat. Kembali ke pangkal jalan.
Semuanya gelap bagi ayah. Aku nampak dari riak wajahnya, dia masih lagi insan yang sama. Namun, disebalik wajah bengis itu, aku tahu dia tak mampu bertahan lama. Tembelang ayah sudah pecah. Segala bukti bahawa dia menerima wang sogokan sepanjang kariernya telah ditemui oleh pihak berkuasa. Terbukti juga bahawa ayahlah dalang disebalik insiden langgar lari tempoh hari. Aku hanya mampu memandang ayah dengan mata yang berkaca. Takkan kuhentikan doa kepada Allah SWT supaya ayah diberikan hidayah. Masih tidak terlewat buat ayah untuk berpatah balik.
Kamal pula... Entahlah. Sudah seminggu aku dibawah jagaan mak, dan selama itu jugalah aku tak mendapat sebarang khabar berita tentang Kamal. Sihatkah dia? Apa sebenarnya yang terjadi setelah kemalangan tempoh hari? Sejujurnya aku sendiri tak pasti. Namun, aku ada menerima satu pesanan ringkas dari satu nombor yang aku tak kenali;
'Mahsuri, abang okay. Mahsuri jangan risau dan tolong jaga diri. Abang dah buat laporan polis tentang hal ni dan pihak polis juga telah berjanji yang mereka akan menyiasat. - Kamal'
Aku cuba menelefon nombor tersebut. Berkali-kali. Tetapi hampa. Setiap kali aku mendail nombor berkenaan, cuma suara operator yang setia menjawab panggilanku. Aku bungkam. Apa sebenarnya yang telah terjadi?
Petang ini aku nekad. Aku akan ke klinik sejahtera, berjumpa dengan Humaira. Aku perlukan penjelasan!
******************************
Aku berdiri lama dihadapan Klinik Sejahtera, berkira-kira sama ada untuk pergi berjumpa Doktor Humaira atau angkat kaki dan pergi sahaja dari situ. Aku rasa berdebar dan muka aku rasa panas. Rasa takut mula menguasai diri. Ya, aku takut! Aku takut aku akan dipersalahkan atas apa yang berlaku pada Kamal tempoh hari. Namun, kucekalkan juga hati. Aku genggam jari jemariku erat. Pintu kaca klinik sejahtera kutolak perlahan. Kosong, tiada orang didalam.
Baru sahaja aku hendak bertanya pada nurse yang berada di kaunter, aku bertembung dengan Humaira yang kebetulan keluar dari biliknya. Humaira memandang aku dengan pandangan kosong sebelum mengisyaratkan aku masuk berjumpanya di dalam bilik. Aku mengangguk sahaja.
"Duduk." Katanya sepatah.
Dia membetulkan kaca matanya sedikit.
"Saya... Minta maaf!" Ucapku, gugup.
"Bukan kepada saya awak patut minta maaf." Jawab Humaira. Dia kemudiannya melepaskan satu keluhan berat.
"Kamal...."
"Dia okay."
"Saya... Kalau boleh, saya nak jumpa dia."
"Maaf, tapi saya rasa, awak tak boleh jumpa dia lagi."
Aku terpempan.
"Kenapa?"
"It's his choice."
Kamal tak mahu jumpa aku? Tapi, kenapa?
"Kamal, dia dah pergi Australia. Sambung pengajian dia yang tertunda." Kata Humaira.
Aku kelu lidah. Dia dah pergi? Ke Australia?
Aku memberanikan diri juga untuk bertanya, "Tak ada peluang langsung ke untuk saya jumpa dengan dia lagi?"
"Nope, flight dia semalam. Dia dah pergi Humaira... Lagipun... I advice you to, just forget him okay. Akak tak rasa lepas apa yang dia lalui, dia nak jumpa lagi dengan Humaira. Semua tu boleh meninggalkan trauma dalam diri dia."
Aku menggeleng perlahan. Macam mana aku nak lupakan dia?
"Akak, saya rasa saya... Tak boleh lupakan dia. Saya terhutang budi, terhutang nyawa!"
"Then its better for you to forget him. Lupakan dia, Mahsuri."
"Akak... Saya tahu akak rapat dengan Abang Kamal... Takkan tak ada langsung cara untuk saya contact dia?" Aku cuba menahan sendu. Dada aku sakit. Tubir mata aku mula rasa panas.
"I'm sorry Humaira... But I can't."
"Kenapa akak... tolonglah saya..." Rayuku bersungguh-sungguh.
"Humaira... Sayang... My fiancée sendiri cakap, jangan bagitahu apa-apa pada Humaira. Frankly speaking, he don't want to be bothered anymore."
Fiancée?
"Abang Kamal... Tunang akak?"
Gadis bermata koko itu mengangguk. Segaris senyum sinis terbentuk pada ulas bibirnya. Apa makna disebalik senyum itu, aku sendiri tak pasti. Akhirnya aku mengalah. Tak ada gunanya merayu untuk berjumpa dengan orang yang langsung tak mahu bersemuka denganku. Ya, lebih baik aku anggap dia tidak wujud. Itu lebih baik... Daripada mengenangkan yang Kamal rupanya... sudah menjadi tunangan orang.
Sakit, hatiku rasa sakit...