Razali Pergi Dating

1.1K 44 3
                                    

Hari itu sungguh indah, seindah pagi yang nyaman dan burung pun turut menyanyi riang, Razali bangun tidur dengan penuh bersemangat. Hari itu, Razali ada fisrt date dengan makwe yang dikenali hasil dari "People Nearby" di dalam Wechat. Cantik paras rupanya, body pun boleh tahan sedap, rambut pun tidak berkaler warna kuning, sejuk mata memandang. Razali sudah berkira-kira, jika pertemuan pertama ini menjadi seperti yang dirancang, Razali mahu menjalinkan hubungan yang serius bersama makwe itu.

Di waktu umur yang meningkat senja, kadang-kadang Razali menjadi down juga bila melepak bersama rakan-rakannya yang lain. Rakan-rakannya sudah banyak yang mendirikan rumahtangga dan paling kurang pun sudah ada makwe dan tunang tetapi Razali masih lagi bergerak secara solo. Tiada makwe.

"Macam mana dengan rupa aku, Faizal ? Sejuk tak mata yang memandang ?" Soal Razali yang berdiri mengadap rakan serumahnya, Faizal.

Faizal yang sedang ralit membaca surat khabar Utusan "UMNO Penyelamat Melayu" hanya memandang Razali atas bawah. Kepalanya digelengkan beberapa kali.

"Baju cantik, seluar kemas tak ada bulu kucing melekat tapi itulah, rambut tu sikat laa sikit. Ni kalau aku yang jadi makwe kau ajak dating tu, aku terajang je kau tanpa rasa ragu-ragu kalau tengok keadaan kau macam ni" Faizal jawab jujur.

"Hmmmm, tu pasal aku tanya kau tu. Kau rasa aku patut sikat rambut belah tepi ke belah tengah ?" Razali bertanya lagi seperti orang dungu.

"Kau sikat je rambut kau macam mana pun, kalau makwe tu suka kat kau, kau tak ada rambut pun tetap dia suka. Tapi aku rasa elok kau sikat rambut belah tepi, nampak jujur sikit" Faizal jawab tenang seperti Dr. Love baru dapat ijazah tak bertauliah.

Minyak rambut dilumur sebati pada tangan. Seperti gaya model dalam iklan anti kelemumur, Razali melumurkan minyak rambut pada rambutnya. Kemudian rambutnya disikat menjadi belah tepi seperti yang dicadangkan Faizal. Garis belah tepi nampak lurus tiada bengkok-bengkok. Kemas.

"Amacam ? Kau tengok rupa aku sekarang ni ada rasa nak mencintai aku dalam diam tak ?" Razali tersengih-sengih memandang Faizal.

Faizal mengucap panjang.

Razali Pergi DatingTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang