Razali Pergi Dating Part 5

644 19 13
                                    

Keadaan di dalam Stadium Darul Makmur atau dalam nama glamernya Stadium Bernabeu bising mengalahkan pasar malam. Kedua-dua penyokong bersorak bagai orang gila, memberi semangat kepada pemain pasukan mereka.

Sorakkan kata-kata semangat berkumandang hebat di segenap ruang stadium dan diselang-seli dengan kata-kata berbaur makian dari penyokong.  

"Woi babi, main elok sikit !"

"Fakoff, kejar la bola tu, beruk !"

"Main bola macam anjing kejar piring terbang, baik aku je yang main. Fakiu !"

"Kuaci...burger...air...kuaci...burger...air...."

Kedua-dua penyokong dan penjual makanan menjerit bagai nak rak.

Di atas padang pula, kedua-dua pasukan bermain bola serupa pondan baru menukar jantina. Lari sekejap, jatuh. Bawa bola sekejap, jatuh. Tanduk bola sikit, jatuh. Ada sesetengah pemain pula bertindak berlari ke hulu ke hilir di atas padang dan ada masanya menjerit tidak tentu hala bagai orang dirasuk Iblis.

Masa pertama tamat dengan keputusan JDT 0-0 Pahang.

"Aok rase Pahang ke JDT yang menang ?" Makwe mantap bersuara setelah pemain mula keluar padang.

"Entahlah. Kalau tengok dari gaya perlawanan ni, bola banyak dikuasai oleh Pahang tapi itulah, penyudahnya agak tumpul. Tak berbisa, tak ada kick" Razali mengulas serba sedikit tentang perlawanan. Matanya meliar memandang ke kiri ke kanan setiap kali lengannya bergesel dengan lengan makwe mantap. 

"Hmm, betul doh menda yang aok kabor tu. Koi tengok, pemain maca tok ade mood jee" Balas makwe mantap sambil menggigit lembut kulit kuaci.

Razali mengangguk. 

Setelah beberapa minit, masa kedua dimulakan. Keadaan yang tadinya hanya kedengaran suara-suara halus mengulas perlawanan kembali bising dengan teriakkan penyokong. Drum dipalu, snare diketuk, trumpet ditiup, meriam tanah diletupkan untuk menaikkan semangat pemain.

Di masa kedua, pemain mula menunjukkan kesungguhan menyepak bola. Berbeza berbanding masa pertama sebentar tadi. Jika masa pertama tadi pemain banyak bermain serupa pondan baru menukar jantina, masa kedua ini pemain bermain dengan lebih agresif.

Adegan tarik baju, tolak menolak, siku kepala, terjah kaki lawan banyak berlaku di antara pemain. Tiada lagi bertolak ansur.

Perlawanan dihentikan bilamana seorang pemain Pahang diterjah sehingga bergolek. Belum sempat pemain Pahang itu bangun, entah dari mana datangnya pemain lawan - JDT menendang kepala pemain Pahang itu lalu menggelupurlah pemain Pahang tu mengerang kesakitan.

Keadaan di atas padang menjadi tegang, pemain mula tolak menolak di antara satu sama lain. Penyokong, pengurus dan jurulatih dari kedua-dua pasukan mula berlari masuk padang dengan memikul pedang samurai, batang belitu, kayu hoki dan senjata berbahaya.

Keadaan yang tegang dan hangat itu tiba-tiba menjadi senyap dan tenteram seolah-olah malaikat lalu apabila seekor kucing masuk di tengah padang. Tanpa menghiraukan keadaan sekeliling, kucing itu menggali tanah sedalam yang mungkin lalu membuang najis besar di tengah-tengah padang. 

Selesai saja membuang najis besar, kucing itu berlari keluar padang untuk memberi peluang meneruskan pergaduhan yang tertangguh tadi. Dalam kiraan 5 saat selepas kucing itu keluar, keadaan kembali havoc.

Keadaan menjadi bertambah buruk bila penyokong pihak lawan melontar satu bom tangan ke arah penyokong Pahang. Penyokong Pahang yang tidak mahu mengalah, menembak penyokong pihak lawan dengan menggunakan M-16 secara rambang.

"Wooooo. Maca berperang kat Palestin !" Makwe mantap menjerit di tepi telinga Razali.

"Awak. Saya rasa kita tak selamat di sini. Keadaan semakin bahaya" Giliran Razali pula menjerit di tepi telinga makwe mantap.

Dalam kekacauan itu, tidak semena-mena sebutir bom mortar dicampak oleh penyokong pihak lawan dan bom mortar itu mendarat betul-betul di hadapan Razali dan makwe mantap. Dengan pantas Razali menjerit.

"Balik kuang ! Balik kuang, cepat !"

Makwe mantap yang cepat dan lincah menangkap butir bicara Razali terus memegang kemas beg silangnya dan melakukan satu terjun balik kuang ke belakang. Bergegar hebat payudara makwe mantap yang sebesar kelapa itu ketika melakukan terjun balik kuang.

Mata Razali berpinar bila terpandang gegaran maha hebat itu. 

Keadaan masih belum menunjukkan tanda-tanda pergaduhan akan kembali tenang. Pihak polis dan FRU yang tadinya cuba mengawal keadaan tumpas ditangan penyokong.

Letupan meriam kedengaran kuat, bom memecahkan dinding dan tiang stadium, peluru M-16 berterbangan bebas, suara jerit meminta tolong dan menangis menghidupkan lagi suasana yang sudah kucar-kacir.

Razali merangkak serupa askar di medan perang mencari jalan keluar. Sesekali kepalanya pandang kiri kanan, bimbang dikesan musuh. 

"Aok..cepat laa siket merangkok tu. Bahaya ni, kang kena bom kang saje mati katok" Makwe mantap menegur Razali yang merangkak menggunakan kelajuan siput babi dibelakangnya.

"Awak..kalau saya mati pun tak apa sebab awak sudah pun membunuh saya ketika kali pertama kita bertemu. Ya, pandangan dan senyuman pertama yang awak berikan kepada saya telah berjaya membunuh hati saya" Razali jawab romantik sambil menolak satu mayat ke tepi dari terus menghalang laluannya. 

Makwe mantap berhenti dari terus merangkak setelah mendengar pengakuan Razali. Matanya bergenang dengan air mata, teruja dan rasa dirinya begitu dihargai. Dengan penuh hiba, makwe mantap menoleh ke arah Razali.

"Aok....saya........."

                                                             KEBABOM KEBABOM KEBABOMMM !!

Belum sempat makwe mantap menghabiskan kata-katanya, sebuah kereta kebal melanggar dinding stadium sehingga terbelah menjadi 12 bahagian. Merasa baran kerana kereta kebal itu mengganggu suasana romantik, Razali mencampak seekor ikan keli yang entah dari mana datangnya tepat ke arah meriam kereta kebal itu. Hancur lebur kereta kebal itu akibat terkena sengat ikan keli.

Razali melihat keadaan sekeling. Terkejutnya bukan kepalang bila melihat suasana di dalam stadium. Mayat pemain dan penyokong bergelimpangan tak tentu arah, pedang samurai tercacak di sana sini, darah pekat menghiasi dinding stadium dan hujan peluru masih belum reda.

Razali menggeleng kepala beberapa kali sebelum mendapatkan makwe mantap terbaring lesu.

"Awak ok tak ni ?" Razali bertanya. Kepala makwe mantap diletakkan di atas ribanya.

Tiada jawapan.

Mata makwe mantap tertutup rapat. Bibirnya tidak mengeluarkan sepatah kata. Bimbang dengan keadaan makwe mantao yang diam tidak berkutik itu, Razali meletakkan tangannya pada dada makwe mantap untuk memeriksa kadar denyutan jantung dan nadi makwe mantap.

"Ermmmm...lembutnya" Razali bercakap dalam hati.

Razali Pergi DatingTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang