Razali Pergi Dating (Akhir)

593 17 21
                                    

Tepat tekaan Kifli. Tidak kurang dari 30 minit, kapal angkasa yang mereka naiki sudah selamat mendarat di Bulan. Tidak seperti janji Melayu lain, jika cakap 30 minit itu maknanya 3 jam. Jika 5 minit, paling-paling kurang 35 minit masa yang diambil untuk 'on the way'. Itu belum lagi cerita pasal jalam jem, tayar pancit, tolong Ultraman mengalahkan Raksasa Gorgon semasa dalam perjalanan untuk dijadikan alasan kerana lewat.

Permukaan Bulan tidak sama seperti Bumi. Tiada bukit, tiada unggas dan burung berterbangan keriangan, tiada flora dan fauna dan tiada kereta atau motor yang dipandu orang serupa orang rosak akidah. Di Bulan, tanahnya rata diselang-selikan dengan bukit setinggi paras lutut dan permukaannya seperti pasir pantai. Halus dan mudah meninggalkan kesan jika dipijak.

Dan bangkai-bangkai pesawat, satelit, roket dan robot NASA berteraburan di atas permukaan Bulan sekaligus menunjukkan tiada kerja pembersihan yang dilakukan di situ.

"Aku tengop Bulam ni terus teringap pada Cik Keri.." Kata Kifli tiba-tiba. Kepalanya terteleng-teleng melihat suasana Bulan di sebalik tingkap kaca sebelah kanan kapal angkasa.

"Kau rindu Cik Keri ?" Khairul disebelah Kifli bertanya.

"Mendaa....aku tengop permukaam Bulam ni sama macam muka Cik Keri. Muka Cik Keri kam berlengkup-lengkup sebap jerawap batu. Ark ark ark" Kifli ketawa seperti burung Wak-Wak.

Terhibur Kifli bila mengenangkan wajah Cik Keri a.k.a Skuad Cakna kampung itu. Siapa sangka disebalik wajah yang berlubang-lubang akibat jerawat batu itu, Cik Keri menyimpan kebanyakkan rahsia orang kampung. Pendek kata, pendek cerita, kesemua hal orang kampung berada di dalam poket seluar berwarna jingga-nya walaupun hal itu benar atau tidak. Dan setiap kali Cik Keri berkunjung ke rumah orang kampung, pasti seluar jingga itu dipakainya bagi memudahkan menyebarkan berita entah palsu, entah tidak itu.

Razali dan Makwe Mantap berdiri di tingkap kaca sebelah kiri. Di fikiran Razali sudah berkira-kira hendak cipta Pikapline Bulan. Seperti mana di Twitter, jika sesuatu hal itu menjadi viral, akan kucar-kacirlah mereka membuat Pikapline supaya kelihatan lebih romantik. Jika tadi, semasa melihat Bumi, Razali sudah buat Pikapline Bumi tetapi kini bila sudah sampai di Bulan, otaknya ligat berfikir supaya dapat mencipta Pikapline Bulan.

Namun setelah difikir secara runcit-runcit, Razali batalkan niat hendak cipta Pikapline itu. Masih terlalu awal baginya atau dalam erti kata lain, Razali tidak mahu kelihatan seperti seorang lelaki yang gila talak. Hendak beromantik perlulah kena pada tempat. Kau harus tahu itu bak kata Faiz Ibrahim.

"Woi koram ! Aku nap pergi cari batu meteor dengam Khairul nim, koram berdua dudup dalam kapal nim, jaga kapal nim !" Kifli menjerit. Bagai halilintar memanah Syaitan kuatnya.

Di dalam hati Khairul menyumpah seranah Kifli. Bodoh apa hendak menjerit di dalam kapal angkasa, padahal jarak Kifli dan Khairul sedang berdiri bukanlah sejauh 4 batu nautika daripada Razali dan Makwe Mantap, cukup hanya 5 6 langkah sudah sampai di hadapan Razali. Atau boleh saja bercakap dengan ber-volume perlahan dan bernada seperti Menteri ucapan Hari Raya.

"Babi punya Kifli Puyuh" Maki Khairul dalam hati. Telinganya ditarik-tarik supaya lebih capang bagi meredakan bunyi berdesing akibat terdengar jeritan kuat Kifli tadi.

Razali hanya tersenyum. Dalam hatinya gembira bukan kepala kerana dirinya akan berdua-duaan bersama Makwe Mantap dan inilah masa yang ditunggu sejak berlepas dari Bumi tadi. Razali sudah merancang strategi sebaik mungkin dan akan menggunakan peluang ini untuk membuatkan Makwe Mantap terlentok di bahunya.

"Good luck, mate. Take your time. Lagi lama lagi bagus !!!" Razali menjerit lantang sambil menunjukkan isyarat OK. Dada Makwe Mantap disebelahnya dijeling sepintas lalu. Aummmmmm.

Kamu telah mencapai bab terakhir yang dipublikasikan.

⏰ Terakhir diperbarui: Oct 30, 2015 ⏰

Tambahkan cerita ini ke Perpustakaan untuk mendapatkan notifikasi saat ada bab baru!

Razali Pergi DatingTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang