Razali Pergi Dating Part 9

447 13 11
                                    

"Mengikup perkiraam aku, lagi 30 menit kita akam sampei kap bulam" Kifli bercakap dalam pelatnya, serupa konduktor bas baru masuk kerja gayanya. Asap rokok suria yang Kifli hembus melalui hidung bertebaran memenuhi kapal angkasa.

Khairul yang duduk di sebelah Kifli hanya mengangguk. Bersetuju saja dengan kata-kata Kifli. Sesekali mukanya diraup beberapa kali dan jerawat yang baru hendak tumbuh di bawah bibir, Khairul gentel perlahan dengan begitu asyik. 

Razali yang masih merasa baran terhadap Kifli kerana menyuruh Makwe Mantap memakai bikini yang diperbuat daripada kulit kerang, diam tidak berkutik. Bibirnya muncung panjang sejengkal serupa seorang isteri merajuk dimarahi suami.  

Dan Makwe Mantap memandang Kifli dengan pandangan tidak berpuas hati. Kecil-besar-kecil-besar Makwe Mantap memandang Kifli ketika itu.

"Ngape kita nok pergi ke Bulan ? Ngape kita tak balik je Bumi ?" Makwe Mantap bersuara kepada Kifli "Ayam, itik, lembu, kambing kat kampung koi tu...koi tok bagi makan lagi tu"

Serentak dengan itu, kesemua mata memandang ke arah Kifli. Semua inginkan perjelasan daripada Kifli. 

"Hmmmmm....aku nap cari batu meteor" Balas Kifli tanpa sedikit pun rasa ragu-ragu.

"Hah !! Batu Meon ?" Razali separuh menjerit "Kau dah gila ke, Kifli ? Batu Meon ada kat celah kelangkang Meon laaa, buat apa nak cari batu Meon sampai ke bulan ?"

"Pekak ! Bodo !" Kifli dan Khairul maki serentak.

"Errrrrrr.....errrrrrr...errrrrrrrr" Razali kucar-kacir hendak menjawab.

Makwe Mantap tepuk dahi. Tidak disangka Razali yang elok rupanya mengalami masalah pendengaran yang begitu ketara. Mana mungkin batu meteor boleh disamakan dengan batu Meon.

"Aok nok buat mende dengan batu meteor ?" Makwe Mantap bertanya lagi.

"Batu meteor tu aku nap buat mesin masa" Kifli tersengih-sengih.

Ketiga-tiga mereka terperanjat. Buntang mata masing-masing mendengar jawapan Kifli yang tidak masuk akal itu. Mana mungkin boleh cipta mesin masa kerana semua orang tahu, masa itu tidak boleh dibeli.

Dan jika benar mesin masa boleh dicipta oleh manusia, itu tidak adil kerana kereta terbang masih lagi belum wujud. Sepatutnya cipta kereta terbang terlebih dahulu, baru cipta mesin masa. Langkah demi selangkah. Gittew.

Itu apa Razali fikirkan, dan Khairul bersama Makwe Mantap mengangguk kepala beberapa kali seolah-olah bersetuju dengan apa yang difikirkan Razali, seolah-olah mereka bertiga berkomunikasi menggunakan kuasa telepati.

"Kau pasti ke dengan batu meteor ni boleh bina mesin masa ?" Khairul bertanya "Kalau betul batu meteor boleh bina cipta mesin masa, kau reti ke buat ?"

"Entah. Aku pun tak yakin kau boleh bina mesin masa. Lagipun kau sekolah pun tak habis ni, Kifli. Kemahiran Hidup kau dulu gagal teruk, kot" Razali menambah.

"Hnssfffff....Hnssffff...Hnssffffff" Kifli bernafas tanda hendak mengamuk. Pantang nenek moyang dirinya direndahkan sedemikian rupa, lebih-lebih di hadapan perempuan. Rasa baran mula menguasai diri Kifli.

Khairul yang melihat perubahan wajah Kifli sudah berkira-kira hendak melompat menyelamatkan diri. Di dalam hatinya menyumpah seranah Razali kerana memperkotak-katikkan Kifli. Razali dikerling sepintas lalu.

"Mmmmm...Aok nok buat menda dengan mesin masa, Kifli. Mmmmmm ?" Lembut suara Makwe Mantap tegur Kifli.

Kifli yang sedang menahan marah kerana terasa dirinya diperlekehkan Razali, perlahan-lahan mengukir senyuman. Sesungguhnya suara Makwe Mantap yang mendayu bak suara erangan nikmat itu meredakan api kemarahan Kifli.

"Hmmmmmm....saya nap kembali ke masa silam" Jawab Kifli "Kalu boleh, saya nap pergi zaman masa saya tap pelap. Saya nap betulkam balip kejadian muka saya tersembam dalam kolam tu. Kalau saya betulkam balip kejadiam tu, mesti saya tap pelap macam sekaram" Kifli bercakap dengan wajah sugul. Kepalanya ditundukkan kebawah memandang kuku kakinya yang sudah 3 bulan tidak dipotong.





Razali Pergi DatingTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang