PART 1

1.6K 52 0
                                    

Pon!!pon!!lambat pula minah ni..

"cepat la wei!!!jangan lah nak terhegeh-hegeh siap tu.penat aku tunggu ni.nanti mekap kek aku ni cair la.."jerit laila dalam kereta.bukan setakat mekap kek aku.aku pun dah cair ni..aduhai.5 minit menunggu.baru kelibat sofea kelihatan.geram laila melihat sofea..nak ikut tapi lambat betul nak siap.bukannya nak kahwin pun.aku ni yang nak bawa kek kahwin.kalau kek aku ni tak muncul,mana nak meriah perkahwinan tu tanpa pemotongan kek.chewah..padahal tak ada kena mengena pun.

"Sorry!sorry!last minute perut aku sakit la."sofea meminta maaf.gayanya macam pemain sinetron.lagi-lagi mukanya berkerut-kerut minta jamban lagi.tetiba bibirnya terukir senyuman..nak marah terus tak jadi.

"Kau dah kenapa senyum-senyum pula.bukan kau nak marah aku ke??"

"Aik senyum pun dah tak boleh ke??kau ni nak kena marah juga ke?baru puas hati.kira ok aku senyum dari aku tengking kau."pelik dengan sofea ni.senyum pun hairan .

"Bukan apa!!selalu kau ni nak marah je kalau lambat.aku jadi hairan bin ajaib la bila kau tak marah.malahan senyum lagi."

"Mana taknya..muka kau dah macam maid jiran aku pula bila tengok.lagi-lagi bila muka kau berkerut-kerut minta jamban lagi.manalah aku tak senyum-senyum.

"Perghh..muka aku ni yang cun melecun.kau kata macam maid jiran kau tu.tu..tu..aku tak boleh terima.

"Aehh..kau kenal ke maid jiran aku tu??"

"Tak!!"

"Habis tu yang kau tak boleh terima dah kenapa??maid jiran aku tu macam luna maya tau.kau hado??"

"Ye ke??tak jadi marah la.luna maya tu cantik apa!maknanya aku cantik la."senyum-senyum pula sofea bila laila memuji.

"Memanglah cantik.tapi bila dia berak.cantik ke??hahahaha."tetiba ketawa laila meletus.punya la sengal kawan seorang ni.padahal jiran dia dengan aku kan sama.baru puji lawa sikit terus kembang.tak dapat bayangkan muka orang yang tengah meneran buang air besar.lagi-lagi artis.bila di kaca tv.memanglah cantik.bila kat rumah lainlah.

"Wei..kau kenakan aku kan.patutlah aku rasa pelik bila kau puji tadi.rupanya ni agenda kau nak kenakan aku ye.kak tuti tu mana ada sama macam luna maya...luna benyek ada la.."sofea dengan laila hanya ketawa.kelakar pula bila mengenangkan.

"Ok sofea.kita tutup buku pasal ni.aku ajak kau ni pun ada hajat juga ni."

"Hajat apa pula??"

"Adalah hajat tu."

"Cuba kau cakap sekarang.jangan nak buat suspen!!"

"Erm...aaaa. .eerrr..."laila sebenarnya tak tahu nak beritahu macam mana??mulut sofea pula ternganga-nganga minta jawapan.

"Wei..sejak bila kau gagap ni.cer cerita??."jerit sofea membuatkan laila laju berbicara tanpa henti.

"Kau tahu tak?rumah yang kita nak hantar kek ni rumah musuh ketat aku time sekolah.dan dialah yang merampas bakal suami aku..aeh bukan ex aku."

"Yang kau terima tempahan kek kahwin dia buat apa??"

"Manalah aku nak kenal dan cam muka dia.bila dia totally berubah seratus percent.dulu dia tu macam model..seksi habis.bila dia order kek dengan aku melalui facebook.perghhh..ayu and sopan gila."

"Habis macam mana kau boleh kenal dia.lepas kau buat kek ni!!"

"Aku minta nama la.then dia bagi, lepas tu dia siap undang aku ke majlis dia serta bagi kad.apalagi terkejutlah aku.nama dia and ex aku tu sama.aku siasat la.betul.aku tak suka tarik balik rezeki yang tuhan beri pada kita.telajak perahu bole undur lagi..tapi telajak oder kek..kita kena hantar lah.."sesuka hati jek tambah peribahasa sendiri.

"Habis tu kau nak suruh aku buat apa??"

"Senang jek.kau menyamar jadi aku.lepas tu ko susun kek ni.lepas tu blah la."

"Aku mana pandai susun kek ko ni.lagi-lagi 2 tingkat.dengan cupcake lagi ni."

"Itu kau jangan risau."laila mengeluarkan sehelai kertas didalam begnya.gambar pic kek yang dicetaknya.dan cara menyusunnya.pandai juga otak aku ni bila berfikir.laila hanya tertawa di dalam hati.

"Awal betul persiapan kau ni.siap cetak lagi."

"Gila kalau aku tak siapkan kerja gila ni.kalau boleh aku tak nak terserempak dengan diaorang.kalau kau buat kerja ni untuk aku.bulan depan kita pergi bercuti."pujuk laila sambil rasuah dengan hadiah.dah lama dia tak bercuti.sejak pastry online dia operasi.rezeki berlumba-lumba masuk dalam poketnya.

"Bercuti!!kau support!!!bestnya..." sofea menjerit keriangan.paling suka kalau orang ajak bercuti.lagi-lagi free.memang hobinya dengan laila.

"Yup!!aku support semua..."laila gembira bila umpannya mengena.yes!!!

"Ok!!mana keknya.biar aku yang bawa masuk and hias semuanya."sofea gembira hadiah yang bakal didapatinya adalah percutian.dah lama tak pergi holiday.laila hanya menunggu sahaja didalam kereta.sementara sofea setup kek.lega hatinya bila sofea sudi tolongnya bila ada hadiah..harap-harap tak kantoi.nasib dia tak masukkan picnya di dalam album facebook.

CINTA PENJUAL KEK..Where stories live. Discover now