PART 3

744 44 0
                                    

"Sofea!!kenapa lambat sangat mandi ni.aku dah sakit sangat ni."laila menahan sakit perutnya.panggil sofea ni dah la tak menyahut..laila menyelak langsir bilik balkoninya.lawa gila pemandangan di waktu pagi di bali ni.terpesona la juga.hilang sakit perutnya..laila keluar untuk menghirup udara.bukan selalu dia bercuti.lagi-lagi tempat yang best ni.

"Wahh...kenapalah cantik sungguh pemandangan ni..indahnya ciptaan tuhan."sempat lagi laila bersajak dengan gayanya.tetiba ada tepukkan tangan di sebelah.hah..ada orang tepuk ke!!dilihatnya seorang wanita berusia dalam 40an..atau 50an kot.sebab nampak muda.tapi gaya macam orang berusia..ermm..

"Sedap suara anak bersajak..sejak makcik bercuti di sini.sudah 5 hari.baru nampak gadis cantik seperti kamu??lagi-lagi orang malaysia."muka laila dah kemerahan.malu atau senang di puji.

"Iskh..puan ni.mana ada sedap.jap lagi hujan la tu.silap-silap kilat menyambar..aihh..yang tu choiii..buang jauh-jauh.."pelik laila melihat makcik dihadapannya ketawa.

"Kenapa puan ketawa??saya buat lawak ke?"

"Tak ada apa-apalah.nama makcik zaiton.nama kamu apa pula?"puan zaiton memperkenalkan namanya.

"Nama saya nur laila.boleh panggil laila sahaja.bukan laila majnun tau."sempat lagi laila buat lawak.terlihat makcik zaiton hanya ketawa.

"Makcik pun bukan artis tau.seperti zaiton samion tu."sekali lagi ketawa mereka meletus.pandai juga makcik zaiton ni buat lawak.

"Nanti boleh lah kita makan sama-sama."pelawa puan zaiton.

"Boleh makcik.tak ada hal punya."laila makin suka pula bila beborak dengan puan zaiton ni.

"Laila..tadi kata nak terberak kan..aku dah siap ni!!"sofea memanggil nama laila kuat dan melihat balkoninya terbuka.mesti kat luar ni.

"Wei..tadi nak berak sangat kan.!!"malu pula bila sofea cakap macam tu di hadapan puan zaiton.sofea ni tak perasan ke aku tengah berborak dengan makcik sebelah ni.

"Err..makcik saya nak sambung hajat saya ni.ni sofea kawan saya."laila terus berlari masuk ke bilik airnya.sampai dia lupa hajatnya.tapi bila melihat muka sofea,serta merta perutnya mengelodak.dilihatnya sofea dengan puan zaiton rancak berbual.sehingga dia selesai.baru sofea selesai.

"Pergh..laila jumpa bakal mak mertua ke!!"pelik laila mendengar kata-kata sofea.

"Mak mertua kau.bilanya aku ada boyfriend pula??"

"La..kat luar tadi tu...rancak beborak.lagi-lagi makcik tu puji kau tau."

"Iskh..mana ada.dia tak habaq kat aku pun dia ada anak."

"Memanglah tak habaq.kau borak apa je dengan dia.aku ni kat luar..dah habis segala rahsia aku korek."sofea membuat gaya ala s.p.y pula.

"Itu bukan spy.kau tu..minah kepochi..dah pergi siap-siap.kita jogging kejap kat tepi pantai tu.macam best jek aku tengok orang jogging."

"Aku datang sini mau berehat-rehat.tak mahulah buang peluh kat sini.dari aku ikut kau jogging baik aku duduk tengok kau ye."

"Jom la..mana tau kita jogging ni..jumpa jodoh ke!!"

"Jumpa jodohh!!!"

"Tapi kau dah ada jodoh la. Dengan anak makcik sebelah tu."

"Weii...suka hati kau je.aku kenal pun tak!!anak dia pula jodoh aku..aku nak juga jumpa jodoh dengan mat salleh.bila balik nanti terbeliak mata mak aku tu."laila mereka angan-angannya.sampai kesitu pula.nak kena kerat 18 dengan bapanya.cuba try bawa baliklah..

"Conform bapak kau kerat kau 18 kali. kalau kau cuba bawa bakal laki kau tu mat salleh."sofea sudah ketawa berdekah apabila mengenangkan pak kassim.bapanya laila.walaupun mukanya bengis,tapi kelakar orangnya.macam laila.

"Tu yang aku nak try tu.kau nak ikut tak??"sekali lagi laila mempelawa sahabatnya.

"Kau turun dululah.nanti aku siap-siap ye."

"Alasan la tu..aku tunggu kau tau."laila terus keluar.tak sabar rasanya nak menghirup udara segar.sofea yang melihat gelagat hanya tersenyum.matanya layu pula bila terpandang katil king dihadapanya.bukan selalu dapat tidur ni.lagi-lagi katil empuk..landing-landing jek.tahu-tahu dah tertidur.

CINTA PENJUAL KEK..Where stories live. Discover now