PART 5

659 38 0
                                    

"Betul ke kat restoran ni??"laila meminta kepastian.

"Iya.tadi masa kau mandi aku sempat berborak lagi dengan makcik zaitun.katanya tunggu kat restoran bambu dingin.betul kan namanya ni."

"Ok jom kita cari makcik zaitun tu."melilau mata sofea dengan laila.baru ternampak makcik zaitun di pelosok restoran.patutlah tak nampak.dia datang dengan anak dia rupanya.siapalah..

"Sofea!!aku dah nampak makcik zaitun.tu...kat hujung sana."tunjuk laila.

"Apalagi..jom la!!aku dah lapar sangat ni."mereka segera ke sana.makcik zaitun melihat mereka terus melambai-lambai.dan...anak lelakinya..

"assalammualaikum makcik..."sofea dan laila serentak memberi salam.

"waalaikummussalam.."jawab serentak makcik zaitun dengan anak lelakinya..alamak lelaki semalam dan pagi tadi..pucat muka laila.mungkinkah anak makcik zaitun.

"Ingatkan dah lupa nak makan sekali.ni makcik kenalkan anak lelaki makcik fareez syah."sofea hanya tersenyum sambil menyiku laila.laila tak mampu berkata apa-apa.minta mintalah dia lupa apa yang aku janji pagi tadi.

"Aikh..yang kamu berdua masih berdiri lagi tu.buat apa?duduk la!!."sofea terus menarik kerusi sebelah fareez.aku pula duduk sebelah makcik zaitun.laila merasakan aura fareez memandangnya.memang pun..mata fareez asyik memandangnya.aku cuma mampu tersenyum.

"Lama lagi ke kamu berdua kat bali ni??"makcik zaitun memulakan rentak berbicara.

"Aih..tak la.esok lusa dah nak balik dah."jawab laila.

"cepatnya!!makcik baru nak berkenalan dengan kamu."

"La..makcik ni.kan kita dah kenal ni.lagipun kat malaysia nanti kita boleh jumpa kan."

"Ingatkan kamu dah tak sudi nak jumpa makcik and anak makcik lagi."sedih jek ayat makcik zaitun ni.

"Mana ada makcik.kalau boleh hari-hari nak jumpa makcik and anak makcik ni."sofea mengenyitkan mata ke arah aku.apalagi aku pijak la kaki dia.terjerit sofea.

"Kenapa kamu menjerit sofea??"

"Tak ada apa-apa makcik.tetiba rasa sesuatu kat kaki ni.tu yang sakit."sofea menjeling ke arah laila yang tersenyum senyum macam kerang busuk.

"Kau okey ke??kalau tak ok kita pergi klinik!!"ajak laila seperti mahu pergi sahaja dari restoran tu.mata fareez asyik memandangnya jek dari tadi.rimas..

"Aku ok!!tak payah la.dah baik ni.hah makanan pun dah sampai."

"Kalau macam tu kita makan la dulu.lepas tu kalau kaki sofea tak ok!!kita bawa dia pergi klinik."pelawa fareez yang hanya diam sahaja dari tadi bersuara.semua senyap sahaja.makcik zaitun tersenyum.melihatkan respon anaknya memberi cadangan.

"Terima kasihlah makcik belanja kami."ucap sofea.

"Tak payahlah nak beterima kasih.kamu semua sudi makan dengan makcik pun dah bersyukur sangat-sangat.makcik yang harus berterima kasih.selama 5 hari kat sini.baru hari ini makcik happy sangat.dapat bekenalan dengan kamu berdua.lagi-lagi laila."pergh puji betul makcik zaitun ni kat aku.aku buat bodoh jek la.tapi sofea menyiku aku pula.apahal minah ni.ingat tak sakit ke.

"Kenapa dengan saya pula.saya bukan buat apa-apa pun."laila hanya tersengih.

"Yelah..makcik kan nak buat kau jadi menantu!!"laila terus menyampuk

"La makcik ni.saya ni tak sesuai buat menantu.jadi anak hantu pandai la.."laila hanya ketawa.naik pula bulu romanya.bila terpandang fareez yang menjelingnya.kalau tak suka aku.pergilah bangkang kata mama kau.yang kau menjeling maut kat aku buat apa.

"Makcik dah tak ada apa-apa ni saya dengan sofea nak balik bilik dulu ye.."

"Baiklah.hati-hati bejalan ke bilik tu ye."nasihat makcik zaitun.sehingga mereka hilang dari pandangannya.

"Mama suka tengok laila tu.cantik,manis orangnya!!"puji puan zaitun.dilihatnya fareez tersenyum makna.

************************************

"Laila kenapa kau pijak kaki aku tadi!!sakit tau.malu tau aku tadi."

"Habis tu mulut kau tak ada insyuran ke.dah la fareez tu asyik menjeling aku jek tadi."

"Baguslah.itu tandanya dia ada respon la tu suka kat kau."

"Suka ke benci!!.kau tak ingat ke peristiwa kita kat pantai semalam yang aku lànggar lelaki yang kurang ajar tu!!dialah."

"What??really??kenapaa aku tak perasan."

"Dah kau duduk sebelah dia.memanglah tak perasan sangat."

"Ye ke?tapi kau untung la.makcik zaitun dah berkenan dengan kau nak jadikan kau menantu."

"Uit..mana boleh.tak hingin aku kahwin dengan anaknya.walaupun mak dia baik dengan aku."

"Jangan tak hingin.nanti makan diri kau.mana tahu jodoh kau dengan fareez."

"Tak akan pernah!!kalau kau nak tackle dia.aku beritahu makcik zaitun ye."

"jangan nak memandai mandai ye.aku nak keluar sekejap.kau nak ikut tak!!"

"Tak nak!!aku ada kerja sikit nak buat.

"Ok!!aku keluar dulu."sofea hilang dari pandangan laila.

Ada ke aku nak dijadikan menantu dia.aku!!nak kahwin dengan anaknya.fareez tu..jauhkanlah.arghh..rimas aku fikirkan ni.tengok sunset kat luar lagi bagus.first time dalam hidup tengok matahari timbul..


CINTA PENJUAL KEK..Where stories live. Discover now