PART 4 (edited)

9K 441 6
                                    

"Omma! Syirae pergi sekolah dulu tau! Syirae dah lambat ni!" beritahu Syirae kepada Puan Jeon yng sedang menghabiskan kopinya itu.

"Hati- hati Syirae!" pesan Puan Jeon.

Syirae berjalan pergi ke sekolah. Awal lagi sebenarnya baru pukul 6.30 pagi. Syirae kan pengawas takkan pengawas datang lambat pula.

Jungkook pula masih lagi nyenyak diulik mimpi.

"Di kejut tak nak bangun biarkan lambat pergi sekolah." ujar Syirae seorang diri sambil berjalan masuk ke dalam kawasan sekolah.

Waktu sudah pun menunjukkan jam 8 pagi jadi Syirae pun memulakan tugasnya mencatat nama pelajar yang datang lewat ke sekolah. Masih muka yang sama yang datang lewat.

"Selamat pagi Syirae adik kesayanganku!" sapa suara yang amat Syirae kenali, Jungkook.

Dibelakang Jungkook berdiri 6 orang pelajar lelaki yang merupakan kawan baik abang kembarnya itu.

"Asyik lambat saja kau orang bertujuh ni. Jangan sampai aku bagi last warn...." kata-kata Syirae terhenti apabila dia perasaan muka seorang lelaki yang amat dikenalinya.

KEJAP TADI AKU SEBUT TUJUH?! BILA DIA START SEKOLAH SINI?!

Waktu itu lah Syirae baru teringat akan perbualan kawan- kawannya tempoh hari.

FLASHBACK

"Ehh, dengar cerita ada budak baru akan masuk esok." beritahu rakannya Eunji dan Jihyo.

"Aku tak kesah. Bukan dia kenal aku pon." balas Syirae malas mahu ambil tahu hal tu. Dia sambung membuat notanya.

"Ishh kau ni. Mana tahu dia handsome ke?" kata Jihyo

"Ouhh. Iya ke?" itu saja yang keluar dari mulut Syirae. Eunji dan Jihyo duduk di tempat mereka semula kerana tahu Syirae takkan dengar apa yang mereka bualkan.

END FLASHBACK

Dia ke budak baru tu?! Dari satu masalah datang lagi masalah yang lain! Monolog Syirae seorang diri sambil menepuk dahi.

"Kau kenapa Syirae pukul dahi sendiri? Masih betul tak ni?" tanya Jimin kawan satu kepala dengan Jungkook.

Tersembur gelak tawa Jungkook dan rakan- rakannya yang lain apabila mendengar ayat yang keluar dari mulut Jimin.

"Syirae aku dah lambat nak pergi kelas ni. Aku janji ni last tolonglah lepaskan aku. Yang lain ni pandai- pandai lah." pinta Jungkook kepada kembarnya itu lalu lengannya dipukul oleh enam pasang tangan.

"Sakitlah!" adu Jungkook kesakitan.

"Padan muka. Kau orang dah datang sama- sama tanggung lah akibatnya sama- sama." kata Syirae sambil menulis nama mereka di dalam buku notanya yang akan di berikan kepada guru disiplin selepas pintu pagar di tutup sepenuhnya.

Mereka semua menulis nama ikut giliran. Selesai Jungkook meulis nama dia berjalan masuk kedalam kawasan sekolah dulu meninggalkan rakan- rakannya.

"Jungkook sini sekejap." panggil Syirae menarik lengan baju kembarnya itu.

"Kau nak apa? Aku dah lambat ni." balas Jungkook membetulkan lengan bajunya.

"Kau satu kelas dengan aku Jungkook."

"Tapi kau masuk lambat tak kena marah habis tu aku ni asyik kena marah saja."

"Aku nak tanya sesuatu saja."

"Cepat lah tanya."

"Kenapa dia pindah sekolah ni?"

"Ouhh nak tanya tu rupanya. Dia pindah sini sebab auntie Kim suruh. Takkan lepas kahwin kau sekolah lain dia sekolah lain. Kalau suruh kau yang pindah memang tidak lah kau nak."

"Kau tahu pasal idea mengarut tu?"

"Aku tahu lagi awal dari kau." balas Jungkook tetapi dia baru perasan yang dia terlepas cakap. Habislah.

"Wow. Kau abang kembar aku tahu Jungkook tapi kau tak bagitahu aku pun? Huh. Terima kasih." kata Syirae dengan nada sedih lalu berjalan pergi dari situ selepas mencapai buku notanya.

"Kenapa dengan Syirae tu?" tanya Namjoon kepada Jungkook.

"Dia merajuk dengan aku." ujar Jungkook sambil berjalan ke kelas diikuti rakan- rakanya di sebelahnya.

Tak guna Jeon Jungkook dah tahu tak bagitahu aku. Nama saja abang. Huh! marah Syirae dalam hati.

Author: Ayok Kook! Syirae dah merajuk. Padan muka Syirae tak nak cakap dengan kau.

JK: Senyap author!

Author: Baik.

Done edit so yeah always wash your hand and stay safe😚💜

Until then.

THAT MR.BYUNTAE IS MY HUSBAND! || Kim Taehyung (BTS) ImagineWhere stories live. Discover now