PART 9 (edited)

5.2K 230 7
                                    

(A/N: Sorry lambat update *sobs* *sobs* )

Keesokan paginya seperti biasa Syirae bangun awal untuk ke sekolah. Sambil Syirae bersiap  dia sempat mengejut Taehyung saya sedang lena tidur diatas sofa itu.

"Kim Taehyung! Kau bangun sekarang!" kejut Syirae lalu menolak Taehyung jatuh ke lantai.

"Ouchh! Sakitlah! Apa ni tolak- tolak?! Nak tidur lena pun tak boleh." marah Taehyung selepas bangun dari lantai dan mengosok- gosok punggungnya.

"Padan pun aku tolak tidur tak ingat dunia. Pergilah mandi nanti lambat lagi sampai sekolah." bebel Syirae pagi- pagi.

Taehyung berlari pergi ke bilik air untuk mandi dan bersiap- siap.

"Aikk? Sekali kejut saja dah bangun? Pelik." monolog Syirae seorang diri.

Selesai saja Syirae memakai lipbalm, Taehyung pun keluar dari bilik air dengan siap memakai baju sekolah dan hanya tinggal mengeringkan rambut saja.

"Senangnya kau bangun hari ni?" tanya Syirae kepada Taehyung yang sedang mengeringkan rambutnya.

"Aku tak tahu. Saja." jawab Taehyung menyikat rambutnya di depan cermin.

Syirae mengangguk dan mengemas buku nya mengikut jadual lalu berjalan keluar dari bilik mereka.

Tetapi Syirae teringat sesuatu dan dia masuk balik kedalam bilik.

Syirae mencapai ubat luka yang berada di dalam first aid kid lalu memanggil Taehyung untuk memandangnya.

"Ya saya?" tanya Taehyung memalingkan badannya kebelakang memandang Syirae.

Syirae menyapu sedikit ubat luka itu di tempat kesan lebam di muka Taehyung.

Terkejut dengan perbuatan Syirae Taehyung hanya memandang Syirae tanpa berkata apa- apa tetapi dalam hatinya menari kegembiraan.

"Kenapa kau buat aku makin jatuh cinta dekat kau? Hmmm." monolog Taehyung dalam hati.

"Siap. Dah pergi sambung sikat rambut kau. Aku pergi sekolah dulu." ujar Syirae lalu bangun untuk berjalan keluar dari bilik tetapi dia tidak sempat keluar apabila tangannya ditarik semula oleh Taehyung.

"Thanks." ucap Taehyung lalu mencium pipi Syirae.

Syirae yang terkejut terus berlari keluar dari apartment mereka dan terus menuju ke sekolah dengan muka merah padam menahan malu dan jantung yang berdegup kencang.

"Tak guna Taehyung buat aku macam ni!" marah Syirae seorang diri.

Dia mengayuh basikalnya pergi kesekolah.

Seperti biasa tugas Syirae untuk menjaga pagar depan dan mengambil nama pelajar- pelajar yang lambat datang ke sekolah.

"YOW JEON SYIRAE!" sapa Jungkook, Jimin, Hoseok dan Seokjin dengan gembira.

"Hari ni kau orang yang paling last sampai sekolah. Cepat tulis nama." balas Syirae menghulurkan buku notanya.

"Lah dah tegur pun kena tulis nama?" tanya Seokjin lalu mencebik.

THAT MR.BYUNTAE IS MY HUSBAND! || Kim Taehyung (BTS) ImagineWhere stories live. Discover now