PART 11 (edited)

2.9K 141 8
                                    

"Thanks Jimin belanja makan!" ucap mereka semua selepas keluar sahaja dari restoran tempat mereka makan sebentar tadi.

"Yelah. Esok lusa kau orang pula belanja aku!" balas Jimin sambil mencebik.

"Tengoklah. Dah lah jom balik. Bye!" kata Seokjin lalu berjalan pergi dahulu sambil mengusap perut yang dipenuhi makanan.

"Jomlah sekejap lagi omma aku membebel pula." tambah Namjoon lalu mengikuti langkah Seokjin dan Yoongi hanya melambai pergi diikuti Hoseok, Jimin dan Jungkook dari belakang selepas mengucap selamat tinggal kepada Syirae dan Taehyung.

"Bye!" balas Taehyung lalu berjalan kearah bertentangan dengan mereka semua bersama Syirae.

Perjalanan pulang kerumah hanya ditemani dengan bunyi kereta lalu lalang di atas jalan raya. Satu patah perkataan pun tidak keluar dari mulut Syirae dan Taehyung.

"Kau mesti penat nak jalan kita balik naik bas jom." ujar Taehyung memecahkan kesunyian antara mereka berdua.

"Boleh saja tapi aku tak ada duit dekat tangan." balas Syirae dengan suara perlahan.

"Iyalah aku bayar sekali."

"Seriuslah? Malu lah asyik kau saja yang bayarkan." balas Syirae lagi tetapi kali ini dia menahan malu dengan memandang kebawah bagaikan ada sesuatu yang menarik di atas jalan tar itu.

"Baru hari ni aku dengar kau malu selama ni pun aku yang belanja." ujar Taehyung membuat muka menyampah tetapi lain pula yang dibisik di dalam hati.

Comelnyaaa dia malu- malu! Bisik Taehyung seorang diri dalam hati.

"Tak perlulah ungkit." Syirae menjeling tajam Taehyung.

"Iyalah iyalah."

Mereka berdua berhenti di perhentian bas berdekatan dan menunggu bas seterusnya tiba.

HONK! HONK!

"Syirae jom bas dah sampai."

Mereka berdua naik bas tersebut dan mengambil tempat duduk bersebelahan.

Bas bergerak selepas tiada lagi orang yang mahu naik. Perjalanan pulang kerumah sunyi seperti tadi antara Syirae dan Taehyung.

Mereka tiada rasa langsung mahu memecahkan kesunyian tersebut kerana masing- masing sudah tidak larat dan hanya mahu pupang dengan segera.

Sambil Taehyung sibuk scroll timeline twitter nya dia merasakan ada sesuatu jatuh diatas bahunya. Sesuatu yang agak berat. Dia menoleh ke sebelah Syirae dan kelihatan Syirae sudah tertidur dan kepala Syirae yang bersandar di bahunya

Dia melihat Syirae yang sedang tidur dengan nyenyak di bahunya itu. Satu senyuman sedih terukir di bibir Taehyung selepas melihat Syirae.

Untungnya aku dapat kau tapi kalaulah kau tahu perasaan aku dekat kau mesti kau akan jauhkan diri kau dari aku. Hmm. Bicara Taehyung di dalam hati.

Dia mahu jujur tentang perasaannya kepada Syirae tetapi dia tahu Syirae akan menjauhkan diri darinya jika Syirae tahu perasaannya itu jadi dia simpan perasaan itu terbuku di hati selagi mampu.

Dari semasa ke semasa Taehyung akan membetulkan rambut Syirae yang terjatuh dan akan menyelitkannya di belakang telinga Syirae. Sepanjang perjalanan Syirae tidak sedarkan diri langsung sehingga bas berhenti di perehentian bas yang berhampiran dengan apartmen mereka.

"Syirae bangun. Bangun lah Syirae kita dah sampai." kejut Taehyung sambil menggoncang lembut bahu Syirae.

"Lima minit lagi." ujar Syirae masih lagi lena diulik mimpi.

THAT MR.BYUNTAE IS MY HUSBAND! || Kim Taehyung (BTS) ImagineWhere stories live. Discover now