"TOLONG APA?! KENAPA KAU NAK JERIT- JERIT?! BERTENANG BOLEH TAK?!" marah Syirae.
"OKAY!"
"HAH CAKAP!"
"Syirae kau kena tolong aku kalau tak omma tak tak bagi aku duit belanja untuk dua minggu. Apa yang aku kena buat ni? Mati lah nak." ujar Jungkook dengan gementar. Habislah tak ada duit belanja macam mana nak hidup?! Huargh!
"Kau buat apa?" tanya Syirae sambil manyarung hoodie nya. Dia tahu sangat akan perngai kembarnya yang selalu bermasalah itu. Dia mahu pergi ke rumah omma tapi sebelum itu dia mahu tahu apa yang Jungkook buat kali ini.
"Omma baru call tadi beritahu kek coklat dalam fridge tu dia buat untuk tetamu dia malam ni." ujar Jungkook sambil peluh mengalir di dahinya.
"Lepas itu?"
"Aku...... dah terbagi dia orang semua makan kek tu." ujar Jungkook dengan perlahan takut dimarahi oleh Syirae pula.
"Habis itu? Tanggung lah sendiri." balas Syirae sambil mengunci pintu apartmentnya dan turun ke lobby. Sedia untuk pergi ke rumah ommanya.
"Tolonglah Syirae datang sini buatkan kek yang baru. Kau saja yang tahu resepi kek omma tu." pinta Jungkook
"Kalau aku tolong kau apa yang aku dapat?"
"Apa yang kau nak aku bagi saja."
"Aku nak kau belanja aku makan esok. Deal?"
"Ahhh!! Deal!"
"Sekejap lagi aku sampai."
"Thanks Syirae!"
"My pleasure."
Sebelum Syirae sampai ke rumah ommanya, dia sempat singgah ke kedai untuk membeli bahan kek coklat takut bahan di rumah sudah habis.
"Buka pintu ni!" Syirae mengetuk pintu rumah ommanya dengan kuat sambil memanggil sesiapa untuk membuka pintu rumah tersebut.
"Kejap!" suara Jimin menyahut Syirae. Dia membuka pintu dan Syirae masuk selepas membuka kasutnya.
"Lambat sangat buka pintu."
"Tak menyabar betul lah kau ni. Dekat rumah pun kau selalu tak sabar ke? Kesian Taehyung."
"YAH! KALAU AKU CILI-CILI MULUT KAU TU BARU TAHU LANGIT TU TINGGI KE RENDAH!" marah Syirae sambil memukul Jimin dengan plastik yang berisi bahan kek.
"OW! OW! SAKITLAH YE LAH SORRY! SORRY!" adu Jimin kesakitan sambil melindungi diri menggunakan lengannya.
"Apa ni bising-bising ni?!" marah Jungkook berlari ke ruang tamu bersama lima orang lagi di belakang.
"Jimin ni hah!" adu Syirae menunding jarinya kearah Jimin yang sudah terduduk akibat dipukul itu.
"Kau buat apa Jimin?" tanya Taehyung mengerutkan dahinya.
"Aku gurau saja." ujar Jimin cuba mempertahankan dirinya. Niatnya cuma bergurau saja tapi Syirae memukulnya sebegitu. Sakit tau! monolog Jimin dalam hati.
YOU ARE READING
THAT MR.BYUNTAE IS MY HUSBAND! || Kim Taehyung (BTS) Imagine
Romance[OG] VERY VERY SLOW UPDATE [⚠️ Warning‼️Plot mengarut didalam so read at your own risk🗿] Jeon Syirae seorang murid dan juga pengawas yang sangat tegas di sekolahnya dan dia mempunyai abang bernama Jeon Jungkook dan cousin bernama Kim Taehyung. Syir...