BAB 1

315 10 0
                                    

"Eyka!!! Turun makan!," kata Datin Mellysa.
"Ya, mama! Eyka turun kejap lagi... Tak payahlah remind banyak kali," jerit Eyka dari biliknya.
Eyka Farzana, seorang gadis 20-an. Perangainya masih keanak-anakan. Dia seorang mahasisiwi di Universiti Malaya. Walaupun perangainya agak kurang matang tetapi dia diminati ramai.
Eyka tersenyum riang apabila tiba-tiba trlefon berbunyi.
"Assalamualaikum, Eyka"
Suara lelaki itu amat dikenalinya.
"Waaikumussalam, Fiq.. Dah makan ke?"
Eyka tersenyum.
"Sudah... Eyka? Mesti belum kan.. Kan saya dah pesan.. Kalau awak tak makan, nanti perut gastrik. Jagalah kesihatan awak tu.."
Pesan Fiq dengan nada tegas.
"Yalah sayang oii.. Macam mana nak makan kalau masa tu saya nak makanlah awak call"
Suara Eyka manja.
"Alahai.. Manjanya lah teman wanita saya ni.. Okeylah awak.. Pergilah makan. Saya ada assigntment ni nak kena buat, sorry ya sayang"
Eyka hanya tersengih.
"Okey.. Saya nak makan dulu lah ya... Dah pergi buat kerja. Bye sayang!"
Belum sempat Fiq hendak membalas, Eyka telah pun letak telefon tersebut. Haish dia ni.. Tak beri salam, tak kata apa-apa pun? Hmm biasalah tu Fiq... Budak-budak kan tak matang. Bisik Fiq dalam hatinya.

♥♥♥♥♥♥♥♥

"Haih, ceria semacam nampak!" Kata Damia sambil membaca novelnya.
"Mestilah ceria Fiq call tadi.. Dia tanya aku dah makan ke belum. Caring nya lah," kata Eyka dengan gembira.
"Oh, okey. Lepas class, aku nak tengok wayang. Kau nak ikut?" Damia menutup novelnya.
"Aku on je, kat mana? Setia City Mall ke?" Eyka berminat hendak tahu. Sudah lama dia tidak pergi menonton wayang. Kali terakhir sewaktu dia berumur 15 tahun. Itu pun dia memujuk ibunya agar membawanya bersama.
"Ya.. Okey lah. Jom!"Damia segera bangun dari tempat duduknya. Lalu mereka beredar dari situ.

♥♥♥♥♥♥♥♥

"Assalamualaikum mummy," kata Fiq dengan perlahan.
"Waailaikumussalam. Mummy tak ada, dia jaga butik. Awalnya abang balik" Asyairah menyalam tangan kanan abangnya.
"Oh... Adik tinggal seorang diri je ke? Asyirah mana?"
"Apa lagi.. Dia keluar dengan kawan-kawan dia lah.. Hmmm abang dah makan ke? Asya tak tahu masak. Kalau abang nak makan. Pergilah cari Warung Pak Ahmad tu," kata Asya lalu duduk dia atas sofa lembut sambil menonton televisyen.
Abangnya masih tercegat di hadapan pintu. Aik, tak kanlah Asyirah dah pandai keluar tanpa izin ni. Ni kalau mummy tahu. Tak ke kena pelempang ni? Asyirah, Asyirah..... Bisik Fiq sambil menggeleng kepala.

♥♥♥♥♥♥♥♥

"Hmm nak tengok cerita apa, Damia?" Tanya Eyka sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia ni memilih lama.
" Ala sabarlah. Banyak sangat cerita yang best ni.." ujar Damiam
Ini yang malas ni. Nak tengok wayang. Sampai kul 1:00 petang tapi wayang nya langsung tak start. Damia, Damia... Hmmm. Sedang dia membebel sendiri. Dia dilanggar oleh seorang perempuan. Habis basah bajunya kerana terkena simbahan air coke itu.
"Hey you! Look what have you done to me!" Seorang wanita yang memakai skirt aras lutut memarahinya.
"I'm sorry.." kata Eyka sambil mengangkat air coke nya yang tumpah.
"Huh! Buta ke apa?" marah wanita itu.
Eiii dia ni. Dia yang langgar lepas itu marah-marah orang. Aku jugak jadi mangsa. Bukannya baju dia basah. Geramnyalah. Lagi satu, ingat orang putih sesat mana entah.. Rupanya perempuan melayu. Eleh bajet speaking je lebih! Eyka menjeling wanita tersebut yang telah pergi meninggalkannya tanpa cakap apa-apa seperi SORRY or LET ME HELP YOU.
"Damia! Aku nak balik. Kau tengok lah cerita tu seorang! Mood aku spoil.. Bye and jangan risau tentang aku! Aku naik teksi." Eyka terus berlalu sendirian.
Kenapa dengan kawan aku tu. Aku buat salah ke? Tak kanlah.. Mungkin dia ada hal? Alaa biarlah dia. Tengok cerita seorang-seorang lagi syok! Damia tersenyum sendirian.

Janji SetiaWhere stories live. Discover now