BAB 4

142 7 3
                                    

"Haih, mummy buat apa tu?" tanya Felisha.
"Buat kerja ni. Tak nampak ke?" Puan Sri Ziana menjeling tajam anaknya.
"Not funny" Felisha segera menarik sebuah kerusi lalu duduk di sebelah Puan Sri Ziana.
"Kenapa sibuk sangat nak tengok ni? Dahlah pergi buat kerja sana!" kata Puan Sri Ziana dengan geram.
"Ala. Tengok pun salah ke mummy? Ish!" Felisha bingkas bangun lalu meninggalkan mummy nya. Mummy ni! Tengok pun salah ke? Tanta mummy ada sorok something tak? Teka Felisha.
Puan Sri Ziana hanya menggeleng kepala melihat sikap anak tunggalnya.

♥♥♥♥♥♥♥♥

Eyka membuka tali pinggang nya lalu membuka pintu kereta tersebut.
"Thanks for everything Fiq, the places is so amazing for me. Saya harap awak bolehlah bawak saya pergi sana lagi kan?" tanya Eyka.
"Well okay, thanks sebab teman saya ya?" Fiq tersenyum.
"Hahaha. Welcome. Okay i've got to go" Eyka segera mengunci pagar rumahnya.
"Me too" kata Fiq. Lalu dia beredar.

♥♥♥♥♥♥♥♥

"Assalamualaikum mama," pintu dibuka perlahan-lahan. Kalau dihempas nanti kena marah. Eyka tersengih.
"Waalaikumussalam. Eh, dah balik ke? Cepatnya," kata Datin Mellysa lalu duduk di atas sofa.
"Ala. Biasalah mama. Hmm mana boleh keluar lama-lama.. Fiq kena balik cepat, lagipun mext week dia kena bertolak pergi luar negara.. Sambung belajar" Eyka turut melabuhkan punggungnya di atas sofa.
"Oh.. Baguslah macam tu. Eyka, mama nak keluar kejap dengan Aunty Murni. So jangan pergi mana-mana pulak.. Jaga adik" pesa. Datin Mellysa dengan nada tegas.
"Iyalah mama.." Eyka mengangguk malas.

♥♥♥♥♥♥♥♥

"Abang Fiq baru balik ke?" sergah Asyairah secara tiba-tiba.
"Iyalah.. Mama mana?" bisik Fiq ke cuping telinga adiknya.
"Mama kat bilik.. Tadi Kak Asyi kena marah dengan mama, sebab Kak Asyi nak keluar," kata Asyairah dengan perlahan.
"La..Iyeke? Mana dia?" tanya Fiq.
"Bilik" Asyairah menunjuk ke arah bilik Asyirah.
"Oh. Okey" Fiq segera meninggalkan adiknya.

"Asyirah, oh Asyirah!" pintu bilik Asyirah diketuk.
"Nak apa?" tanya Asyirah dengan tegas.
"Abang nak cek yang adik okey ke tak?" Fiq membuka pintu tersebut.
"Tak payahlah sibok dengan hal Asyi. Pandailah Asyi nak jaga diri!" Asyirah menjeling abangnya.
"Okey lah kalau macam tu. Abang just asking." Fiq tersenyum paksa. Asyirah hanya membisu. Fiq cepat-cepat menutup pintu bilik adik nya.
"Ehem.. Fiq baru balik?" tegur Puan Sri Farisya.
"Hmmm. Ya mama" Fiq menoleh ke arah mama nya.
"Oh. Awal balik? Gadoh ke?" tanya Puan Sri Farisya seakan perli.
"Mana adalah mama.. Bukan ke mama kata kena balik awal. So Fiq balik lah awal," kata Fiq.
"Oh. Sorry," Puan Sri Farisya segera beredar sambil tersenyum sinis.
"Entah apa-apalah mama ni?" Fiq menggeleng kepalanya.

♥♥♥♥♥♥♥♥

Fiq segera mengemas baju-baju nya yang hendak dibawanya. Sehingga baju yang terakhir, Fiq mencapai bingkai gambar tersebut. Eyka Farzana... Berar sungguh hatinya untuk meninggalkan buah hati nya. Cepat-cepat dia terkenang peristiwa lalu.
"Kenapa ni? Awak muram je," tanya Eyka prihatin.
"Saya risau lah.. Saya kena pergi luar negara, awak tak risau ke?" tanya Fiq balik.
"Hahaha. Buat apa nak risau? Awak kan lelaki. Brave man right?" ketawa Eyka terbahak-bahak.
"Ha. Ha. Ha. Awak cakap senanglah. Mana lah tau, saya balik je awak dah berumah tangga," tegas Fiq.
Eh dia ni. Fikir ke situ pulak dia ni. Eyka menggaru kepalanya.
"Dahlah. Tak payahlah cakap benda merepek ni," Eyka mengalihkan pandangannya. Dia memang tidak suka bercakap tentang rumah tangga, setia, sehidup semati bagai. Dia kan kanak-kanak periang.
"Iyalah. Hmm jangan lupakan saya ya?" tanya Fiq.
"Iyalah...Dah lah. Sekali lagi awak cakap benda merepek ni, saya nak putus!" gurau Eyka.
"Okey. Okey" Fiq tersengih.

Lamunan Fiq tersentak apabila Asyairah tiba-tiba menyergahnya.
"Abang!" Asyairah ketawa besar. Pucat muka abangnya.
"Ish Asya ni! Terkejut abang tau," marah Fiq.
"Hahaha. Pondan!" Asya duduk di sebelah abangnya.
"Huh! Mana ada. Kenapa Asya tiba-tiba masuk bilik abang ni? Salam tak ada. Apa pun tak ada," Fiq memasukkan bingkai gambar tersebut ke dalam bagasinya tetapi dirampas oleh Asyairah.
"Comelnya kakak ipar Asya ni," Asyairah mengusap-usap gambar tersebut.
"Haha. Baru tau ke?" Sengih Fiq.
"Abang! Bila nak bawa kakak ipar Asya ni jumpa Asya!" cubit adiknya.
"Kalau ada jodoh, abang bawaklah. Sabarlah Asya," kata Fiq.
"Banyaklah sabar. Dah bertahun-tahun abang cakap benda yang sama. Jodoh, jodoh, jodoh!" Asyairah menjeling abangnya.
Asyairah memang manja dengan abangnya. Berbanding dengan Asyirah, dia lebih pendiam dan rapat dengan rakan-rakannya.
"Ish. Dia ni, orang kata sabar, sabarlah. Ish," Fiq merampas semula gambar tersebut.
"Whatever. Asya nak pergi masuk bilik dulu ya? Bye!" ujar Asyairah lalu beredar.
Fiq hanya menggeleng kepalanya. Beza umur mereka ialah 5 tahun. Fiq berumur 25 tahun manakala adiknya 20 tahun. Betul ke? Haha.

♥♥♥♥♥♥♥♥

"Anak mama tak tidur lagi?" tanya Datin Mellysa.
"Kejap lagi. Ni hah! Drama ni tak habis lagi ni" Eyka bergitu khusyuk menonton drama kegemarannya.
"Tak habis-habis dengan drama tu, bosan mama tengok" Datin Mellysa hanya terdiam.
"Ala.. Biasalah mama. Mama tidur lah dulu," kata Eyka.
"Iyalah sayang. Jangan lupa tutup semua lampu ya?" tanya Datin Mellysa.
"Baik mama," kata Eyka.
"Mama naik dulu ya?" Datin Mellysa memahukan kepastian.
"Iyalah mama" kata Eyka.
Datin Mellysa hanya ketawa kecil.

♥♥♥♥♥♥♥♥

Suasana di lapangan terbang KLIA 2 amat sesak dengan ramai pelancong. Kelihatan Zara berdiri di sebelah pintu keluar.
Zara, seorang yang biasa-biasa sahaja. Ibunya seorang doktor manakala ayahnya hanya seorang professor. Zara menelefon ibunya tetapi tidak diangkat. Sama seperti ayahnya. Mana ibu dengan ayah ni? Bisik Zara. Dia terus mencari nombor mak cik nya.
"Assalamualaikum, aunty" ujar Zara.
"Waalaikumussalam. Siapa ni?" tanya Puan Sri Farisya.
"Ni Zara ni" kata Zara dengan lembut.
"Laa. Zara ke? Kenapa ni? Zara kat mana?" tanya Puan Sri Farisya kerisauan.
"Zara masih kat KLIA 2 ni. Zara try call ibu dengan ayah tapi yak angkat," kata Zara dengan lembut.
"Hmm tak apa Zara. Nanti aunty suruh Pak Mail ambil Zara ya. Zara tunggu ya kat sana" kata Puan Sri Farisya prihatin.
"Okey. Maknanya Zara tidur rumah aunty?"
"Iyalah. Kenapa tak nak ke?" tanya Puan Sri Farisya.
"Eh tak. Cuma tak menyusahkan ke aunty?" tanya Zara.
"Eh, mana ada! Zara kan anak uncle punya abang," Puan Sri Farisya tersenyum.
"Hmm. Kalau macam tu bolehlah," kata Zara.
"Okey. Zara jangan pergi mana-mana. Bahaya malam-malam macam ni," tegas Puan Sri Farisya.
"Baik aunty. Assalamualaikum," kata Zara.
"Waalaikumussalam" Puan Sri Farisya segera SMS Pak Mail, pemandu keretanya menggunakan I-Phone 6 nya.

Puan Sri Farisya: Assalamualaikum Pak Mail.

Pak Mail:
Waalaikumussalam Puan Sri, ada apa?

Puan Sri Farisya:
Sorry ya Pak Mail sebab ganggu malam-malam macam ni. Saya nak minta tolong sebenarnya. Boleh ambilkan anak sedara saya tak dekat KLIA 2?

Pak Mail:
Oh. Kebetulan saya lalu dekat sana. Kalau macam tu boleh Puan Sri. Hantar dekat rumah Puan Sri ke?

Puan Sri Farisya:
Ya. Terima kasih ya Pak Mail.

Pak Mail:
Sama-sama.



Janji SetiaWhere stories live. Discover now