BAB 3

159 7 0
                                    

Eyka meneguk segelas susu sebelum tidur. Setiap malam dia akan minum susu tersebut. Kerana itu telah menjadi rutinnya sejak kecil lagi. Jam menunjukkan pukul 12:00 malam. Eyka masih tidak boleh melelapkan matanya. Firasat hatinya berkata pasti ada sesuatu yang tidak kena.
Eyka segera membuka televisyen untuk ditonton. Huh! Bosannya.. Tak ada ke cerita yang best tengah-tengah malam macam ni? Bisik hatinya. Tiba-tiba telefonnya berbunyi.

"Assalamualaikum Eyka," Fiq memberi salam.
"Waalaikumussalam. Kenapa awak tak tidur lagi? Dah pukul 12:00 malam ni." ujar Eyka bimbang.
"Eleh. Cakap orang, dia pun sama! Eyka. Esok kita jumpa ya" kata Fiq dengan penuh mengharap.
"Hahaha.. Okey. Dekat mana? Kenapa awak tiba-tiba je nak ajak keluar ni?" tanya Eyka sambil tersengih.
"Ala.. Tak kan tak boleh? Kena ke buat appoiment dulu? Awak kan my future wife soon," Fiq tersenyum sendirian.
"Well... I know. Okey kita jumpa tapi awak ambil saya kat rumah okey?"
"Okey. Sekarang pergi masuk tidur! Faham?" tegas Fiq. Takut Eyka dibuatnya.
"Alright boss. Assalamualaikum bye!"
"Waalaikumussalam" kata Fiq.

Fiq cuba melelapkan matanya tetapi tidak boleh. Mungkin teringatkan peristiwa tadi. Mana mungkin dia mahu berkahwin dengan Zara? Sedangkan hidupnya hanya untuk Eyka sahaja. Mati hidup balik pun. Dia tak akan mengawini Zara. Arghhh stress nya! Tak apa. Ni semua dugaan dari Allah. Bisik Fiq dalam hatinya.

♥♥♥♥♥♥♥♥

"Eyka bangun.. Dah pukul 11.00 pagi dah ni!"kata Datin Mellysa sambil menggoncangkan kedua belah bahu anak perempuannya.
"Hah? Dah pukul 11.00 pagi? Kenapa tak kejut awal-awal?" Eyka menggosok-gosok matanya. Ngantuknya...Oh! Hari ini kan Fiq ajak pergi makan! Oh my godness! How can i forgot! Eleh aku terbajet speaking pulak. Entah betul atau salah? Belasah je lah. Eyka ketawa kecil.
Datin Mellysa yang berada di situ turut hairan. Kenapa dia ketawa seorang-seorang? Ish.. Kena rasuk ke? Ish.. Datin Mellysa menggeleng kepalanya.
"Eyka Farzana! Bangun! Kenapa Eyka gelak seorang-seorang tu nak oii?" Datin Mellysa mencampakkan bantal yang berada di sebelahnya.
"Auch! Mama! Eyka tak gila lah... Dah lah Eyka nak mandi," Eyka segera bangun daripada katilnya lalu melipat selimut tersebut.

♥♥♥♥♥♥♥♥
Suasana di kediaman Tan Sri Omar amat sepi. Hanya tiupan angin sahaja yang menyapu pipi Tan Sri Omar Sementara itu Puan Sri Farisya sedang membaca majalah-majalah kecantikan diri. Laju kaki Fiq menuruni anak tangga rumahnya untuk menuju ke pintu rumahnya. Tan Sri Omar yang terlihat susuk Fiq segera menahan anaknya itu.
"Fiq nak pergi mana tu? Pakai smart ni nak jumpa siapa?" sergah Tan Sri Omar secara tiba-tiba.
"Hmmm. Fiq nak keluar kejap dengan kawan. Salah ke Fiq pakai smart-smart macam ni?.Tak kanlah nak pakai baju selebet? Nanti papa jugak yang malu. Anak Tan Sri tapi pakai baju macam nak pergi market." ujar Fiq selamba tanpa menghiraukan papa nya yang berkecil hati.
"Iyalah. Papa tanya je... Fiq marah kat papa ke?" tanya Tan Sri Omar.
"Mana ada. Dahlah Fiq nak keluar" kata Fiq lalu melangkah setapak ke hadapan tetapi, langkah itu terhenti apabila Puan Sri Farisya memanggil namanya.
"Fiq nak jumpa betina tu lagi ke?" tanya Puan Sri Farisya lalu menjelingnya.
"Mama.. Betina tu pun ada nama.. Nama dia Eyka Farzana. Tak ke cantik namanya tu?" Fiq menoleh ke arah mama nya.
"Wow, her name is Eyka? Sejak bila dah pandai melawan mama ni?" Puan Sri Farisya membulatkan matanya. Takut Fiq dibuatnya. Hampir terkeluar mata mama nya.
"Fiq tak kisah lah mama nak cakap apa pun. Fiq tak kisah! Yang penting Fiq nak mama tahu yang Fiq hormat mama. Sebab mama yang ajar Fiq untuk hormat orang. Thanks mom. Tapi jangan sampai Fiq hilang rasa hormat kat mama. I'm sorry!" Kata Fiq meninggalkan mereka yang tergamam.

♥♥♥♥♥♥♥♥

Sudah beberapa puluh kali Asyirah menelefon rakan baiknya, Soffea. Ish dia ni.. Kata nak datang pukul 12:00 tengah hari.. Tapi batang hidung dia pun tak nampak. Haish... Geram Asyirah. Lantas Asyirah segera mencapai beg tangannya lalu turun ke bawah. Kelihatan Puan Sri Farisya di hadapan pintu rumahnya. Alamak! Macam tau-tau aje mama ni. Oh no! Habis lah macam ni!

Janji SetiaWhere stories live. Discover now