BAB 10

132 8 0
                                    

Angin sepoi-sepoi bahasa disertakan dengan hujan renyai-renyai. Puan Sri Farisya duduk di balkoni rumahnya. Menjangka perkara yang mungkin akan berlaku. Setitis air hujan membasahi pipinya. Abang, mana abang? Rintih hati Puan Sri Farisya. Selepas menghantar Fiq, Tan Sri Omar bertolak pula ke Terengganu kerana menghadiri satu mesyuarat yang penting selama beberapa hari.
Tuk. Tuk. Tuk. Pintu diketuk. Puan Sri Farisya tersentak daripada lamunannya.
"Masuklah, " kata Puan Sri Farisya layu.
"Aunty, Zara ada bawak breakfast untuk aunty... Kalau Aunty tak makan, tak sihat... Makanlah sikit, " pujuk Zara.
Puan Sri Farisya menggeleng. Nampaknya respon yang negatif. Zara meletakkan sandwich itu di atas meja. Lalu duduk di samping Puan Sri Farisya.
"Aunty, hujan-hujan ni fikiran kita tenang kan? " Zara memulakan perbicaraan. Krik-krik  tiada respon.
"Aunty, malam tadi... Aunty bergaduh dengan Asyirah ke? Biasalah tu aunty, budak-budak..." Zara menepuk bahu Puan Sri Farisya lembut.
"Zara tak rasa apa yang aunty rasa.. " ujar Puan Sri Farisya diasak dengan tangisan.
"Aunty, janganlah nangis... Sedihlah Zara macam ini, " peha Puan Sri Farisya dijadikan mangsa untuk disandar.
"Hmm. Zara, terimalah anak aunty..." Puan Sri Farisya menukar topik.
Zara tidak jadi nangis, dia segera memandang Puan Sri Farisya.
"Terima? " Zara musykil.
"Terima anak aunty sebagai suami Zara, " Puan Sri Farisya merenung lama Zara.
"Entahlah.. Nanti Zara fikir masak-masak ya? " rayu Zara.
"Hmm.. Okey, lagipun ibu Zara dah tahu tentang ini... " Puan Sri Farisya berkata tenang.
"Hmm.. Tahu, " Zara mengangguk.

~♥~~♥~~♥~~♥~~♥~

Usai menunaikan solat dhuha, Damia pantas melipat telekungnya lalu diletakkan di rak telekung.
Dicapainya sebuah novel. 'Ku Tinggalkan Cinta Di sini' yang terletak di atas katilnya. Mengimbau peristiwa yang lalu. Oh, indahnya... Aliff Firdaus. Ketawa terus apabila mengingati peristiwa tersebut. Hmm.. Baiknya lah.
Dibelek lama novel tersebut.
 
     
~♥~~♥~~♥~~♥~~♥~

Amzar meneliti jam tangannya. Jarum jam menunjukkan pukul 2:00 petang. Suasana di KLIA 2 amat sesak dengan pelancong.
Felisya sepatutnya mengambilnya pada waktu ini. Amzar mengeluh panjang.
"Amzar! " jerit seorang perempuan. Amzar pantas menoleh.
"Amzar, dah lama sampai? " Felisya laju mengatur langkah ke arahnya.  Suara Felisya antara tidak dengar.
"Hmm. Baru je, " kata Amzar.
Felisya sempat mengibas rambutnya yang panjang mengurai macam pontianak.
"Hmm.. So how was your studies?" Felisya tersenyum. Amzar masih kaku. Nak,tak layan aje.
"Okey," ujar Amzar.
"Kenapa you tetap nak sambung belajar dekat sini? Ish, dekat Japan tu lagi syok! " Felisya petah berkata-kata.
"Hmm saya nak sambung belajar dekat sini sebab... Sebab tertentu" kata Amzar lalu tersenyum. Felisya angguk sahaja. Takkan nak geleng pulak? "Oh.... Belajarlah dekat Universiti yang sama dengan Fel..." Felisya memulakan taktik mengurat dia...
Amzar tidak angguk dan tak geleng. Kaku sahaha lagi.
"Amzar? Tak selesa cakap dengan ke? " Felisya membulatkan matanya.
"Eh, taklah.. Hmm bila nak balik ni? " Amzar cuba melarikan topik perbualannya.
"Oh.. Okey, sekarang!"  Felisya dengan pantas memanggil orang suruhannya mengangkat bagasi Amzar tetapi ditolak.
"Tak payahlah.. Saya ada tangan ni, boleh angkat.. Hihi, " gelak hambar.
"Tak apa Encik Amzar, ini memang tugas saya" ujar orang suruhan Felisya lagi yang bernama Roy.
"Hmm it's okay Roy, saya yang tak nak.. Gaji awak still the same. Nanti saya cakap dengan Fel kejap lagi ya? " Amzar tersenyum menampakkan lesung pipit comelnya.
"Eh, tak payah! Huhu.. Biarlah gaji saya kena potong. Saya dah biasa... " ujar Roy.
"Huhu, kenapa? Tak apalah kalau macam tu... Saya jenis yang tak suka paksa orang huhu... " gelak Amzar.
"Hey Roy, you tunggu apa lagi! Cepatlah! Ehem, ehem.. Amzar, hmm naiklah cepat" Felisya bertukar suara dari singa ke kucing.
"Hmm okey, okey" Roy akur. Amzar hanya mengangguk faham.

~♥~~♥~~♥~~♥~~♥~

Eyka:
Assalamulaikum, babe... Hmm esok ana kena pergi ikut  papa ana uruskan pelajar yang dihantar ke Japan hari itu, tiba-tiba dia nak sambung belajar dekat sini pulak!  Anta boleh teman tak? Maaf sebab semalam.. Hihi bahasa arab... ;->

Selepas 5 saat Damia membalasnya.

Damia:
Hmm.. Waalaikumussalam. Okey, okey.. Ana maafkan anta, esok? Hmm boleh... Di mana?

Eyka:
Hmm anta datang je rumah ana.. Kita pergi sama-sama.

Damia:
By the way, kenapa papa anta suruh anta pula?

Eyka:
Entah.. Ala.. Ikut je!

Damia:
Well okay, I will :) bye babe... Love ya!

Damia tersenyum girang. Hmm... Esok? Siapakah? Tanda tanya bermain di benak fikirannya.

~♥~~♥~~♥~~♥~~♥~

"Kita dah sampai bro! " bisik Aliff. Tadi Fiq yang kejut Aliff tapi sekarang Aliff pula.
"So? " balas Fiq.
"Tong! " ketawa Aliff.
Bagi Fiq hanya senyuman sahaja yang mampu diukirnya.
"Bro... Why? " tanya Aliff.
"Aku tak suka ada dekat sini," Fiq memandang Aliff.
"Oh.. Rileks okey?  Nanti suka lah tu" ujar Aliff lagi.
"Suka? Tak akan... Aku datang sini secara paksaan bukan kerelaan" kata Fiq.
"Ish. Tak suka pergilah! Ish! " Amzar bersiap-siap.
"Please wear your seatbelt..." kata pramugari itu.
Mereka mengangguk sahaja. Aliff sudah tak sabar nak jalan-jalan manakala Fiq masih berdiam diri.

~♥~~♥~~♥~~♥~~♥~

Asyirah membelek satu persatu barang yang dibeli kelmarin. Bukan dia yang beli tetapi Aqmal.
"Wei, mana kau dapat duit beli semua ni? " sergah Asyairah dari belakang. Memang dari tadi Asyairah menghendap adiknya.
"Hmm. Wei, aku belikan ini untuk kau.. Lawa kan? " Asyirah menukar topik. Dihulurnya beg sandang berjenama.
Asyairah menyambut beg sandang itu lalu diletakkan di atas katil.
"Wei, thanks.. Wei, mana ya kau dapat duit? " soalannya tak ubah walaupun dirahsuah.
"Hmm... Kawan belanja... Takkan lah nak tolak, " Asyirah tunduk.
"Oh... Pakwe? " Asyairah bercekak pinggang.
"Kalau pakwe aku sekalipun... Why? Jealous? " Asyirah menjeling.
"Sah! Pakwe! Kau ni SPM nak dekat lah wei. Sedarlah! Jangan kau menyesal sudah!" geleng Asyairah.
"My results... Not yours! " ujar Asyirah gedik.
"Whatever... Kau cita-cita nak jadi Bos kan... Jangan pulak kau jadi hamba pulak.. Setakat gred biasa-biasa je.. Buat apa dia orang nak simpan kau? " gelak Asyairah.
"Ish. Kau ni! Keluar sekarang daripada bilik aku ni!" marah Asyirah.
"Okey adik... " diheretnya beg sandang tersebut.
"Oh, aku nak ini tau" diambilnya seutas gelang manik. Asyirah mendengus geram. Asyairah ketawa.
"Or else, aku cakap dengan mama?" gelak Asyairah lagi. Mukanya persis peragut.
"Okey, ambiklah! " jerit Asyirah.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 08, 2015 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Janji SetiaWhere stories live. Discover now