BAB 2

193 6 1
                                    

Eyka menghempas pintu rumahnya tanpa memberi salam terlebih dahulu. Sudah menjadi kebiasaan untuk menghempas pintu. Kesian pintu tersebut kerana selalu dijadikan mangsa Eyka apabila dia sedih atau marah. Sewaktu itu Datin Mellysa dan Datuk Johari sedang menjamu selera di dapur rumahnya. Hampir terbantut selera mereka apabila gegaran yang kuat itu memecahi ruang dapur. Adiknya, Elya turut terkejut dengan sikap kakaknya itu.
"Ni kenapa ni? Hempas pintu lagi? Bad mood lagi?" tanya Datuk Johari. Biasalah kalau perangai anaknya lain daripada yang lain, mesti ada something ni.
"Tak ada apa-apa lah papa. Eyka naik bilik dulu ya,"Eyka segera menaiki anak tangga tersebut. Takut papanya akan menyoal bermacam-macam soalan kepadanya. Apa nak jawab nanti?
"Mama, papa.. Elya naik bilik dulu ya. Nak tengok kan kakak" Elya bingkas bangun lalu beredar.
"Dah kenapa dengan anak kesayangan awak tu?" soal Datin Mellysa lalu menghirup secawan teh.
"Ala.. Biarlah dia.. Tak ada mood lah tu.. Biarlah" kata Datuk Johari dengan tenang.

Tuk.Tuk.Tuk. Pintu bilik Eyka diketuk perlahan.
"Masuklah,"kata Eyka dari dalam.
"Akak okey ke? Nampak macam muram je" kata Eyla yang begitu ambil berat tentang kakaknya. Iyalah dia sahajalah peneman Eyla kerana abangnya, Efendi belajar di luar negara. Lagipun kakak yang sulung tinggal di London selama beberapa tahun mungkin.
"Akak okey lah.. Siapa kata akak tak okey? Papa? Or mama?" kata Eyka sambil membaca novelnya.
"Ish kakak ni. Tak baik tuduh mama dengan papa. Mana ada dia orang cakap. Elya yang risau," Elya tersengih.
"Risau? Huh! Apa yang nak dirisaukan? Kakak okey lah. Dahlah pergi study. Exam nak dekat kan?" kata Eyka sambil menjeling adik perempuannya.
"Okey! Risau pun tak boleh? Ish, entah apa-apa lah kakak ni. Dahlah bye!" Elya memeluk bahu lalu beredar. Eyka hanya tersengih melihat karenah adiknya itu. Memang adiknya sangat mengambil berat tentang dirinya cuma dia yang tidak menghargai.

♥♥♥♥♥♥♥♥

Felisha berjalan laju ke arah meja makan tersebut. Mai dan Nelly sudah pun ada di sana. Felisha tersenyum lalu duduk.
"Hai girls! Dah order makanan dah?" tanya Felisha sambil membetulkan skirt nya.
"Belum Fel. You order lah dulu. I wonder you supposed to come early at 3.00 p.m right?" tanya Nelly sambil melihat jam tangannya.
"Sorry Nelly..I kena langgar tadi" kata Felisha dengan gedik.
"What! Where? Are you injured? Oh no! Let me take you to the hospital!" kata Mai malah Nelly turut mengangguk seakan setuju.
"Hahaha! Bukan kena langgar dengan kereta but orang yang kurang siuman! Huh!"kata Felisha.
"Really? Who?" kata Nelly pula. Nelly memang seorang kawan yang ambil berat tentang Felisha sejak zaman sekolah menengah. Nelly anak seorang business man yang terkemuka di Malaysia. Sementara itu Mai pula terdiri daripada golongan orang kaya. Ibunya, Datin Alyah seorang pereka fashion. Mereka mula berkawan rapat sejak berada di tingkatan 5.
"Huh! Tak payah lah cerita pasal dia.. Bukannya dia penting sangat pun!" Felisha mengeluarkan telefonnya yang berjenama I-Phone 6. Lalu melihat akaun Facebook nya. Huh! Banyaknya yang add aku ni! Lantak dia oranglah. Bukannya kaya mana pun! Felisha tersenyum sinis.

♥♥♥♥♥♥♥♥

Sunyi sepi sewaktu di meja makan. Hanya bunyi kipas sahaja kedengaran. Tan Sri Omar dan Puan Sri Farisya turut selera menjamah makanan yang disediakan oleh pembantu rumah mereka iaitu Nur. Pekerja indonesia. Masakannya sedap-sedap belaka, lagi-lagi gulai ayam.
"Fiq okey ke kat UITM?" tanya Puan Sri Farisya secara tiba-tiba.
"Okey je. Kenapa mama?" tanya Fiq lalu menghirup segelas air oren.
"Mama dah terima tawaran kemasukan University Melbourne untuk Fiq. So next week you can go there. Right? Happy tak? Puan Sri Farisya senyum lebar.
Fiq tergamam. Memang impian dia untuk menuntut di universiti tersebut namun.. Hatinya rasa berat. Lagi-lagi cintanya terpaksa ditingalkan, Eyka Farzana...
"No mama! Never!" Fiq menggeleng kepalanya.
"Why? Bukan ke Fiq yang nak masuk dulu? Dah dapat tawaran. Terima je lah!" kata Puan Sri Farisya hampir separuh menjerit. Terkejut suaminya serta anak perempuannya.
"Memang Fiq yang nak masuk dulu, tapi Fiq rasa sambung belajar kat sini pun dah cukup mama. Sorry, okay?" Fiq berdalih.
"Huh! Dah terlambat Fiq! No excuses and no regrets! Lepas itu mama dan papa dah setuju nak jodohkan kamu dengan Zara! Faham!"Puan Sri Farisya menghentak tangannya.
"What! Mama, Fiq tak kenal pun dengan Zara tu! What ever your decision, Fiq tetap dengan pendirian Fiq. Cinta Fiq hanya untuk Eyka Farzana seorang sahaja! Mama nak hantar Fiq pergi belajar luar negara, boleh but Fiq tak rela menduakan Eyka. Kerana kasih, sayang, rindu, cinta semuanya untuk Eyka je! Muktamad." Fiq berlalu pergi meninggalkan mereka yang terlopong.
"Fiq! Mama tak habis cakap lagi! Sama ada Fiq suka atau tak. Zara akan jadi menantu mama!" jerit Puan Sri Farisya.
"Sudahlah awak. Dia dah besar. Biarlah dia menentukan siapa bakal isteri dia. Kita sebagai mak bapak harus mendoakan yang terbaik untuk dia. Betul tak?" Tan Sri Omar mengusap bahu isterinya.
"Awak cakap senanglah! Saya nak yang terbaik untuk dia. Dahlah. Daripada cakap dengan awak, baik saya cakap dengan dinding tu hah!" kata Puan Sri Farisya seakan perli. Lalu Puan Sri Farisya beredar dengan muka yang masam. Manakala Tan Sri Omar serta anaknya hanya terdiam.




Janji SetiaWhere stories live. Discover now