"Aku cintakan kau, Yani..."
Ungkapan keramat itu bagaikan baru semalam didengarinya. Izyani terpempam tatkala Zarul meluahkan perasaannya. Petang itu, Zarul menghantarnya pulang ke rumah selepas menghadiri kelas tambahan Fizik di sekolah. Bagaikan ada batu besar yang menimpa kepala Izyani saat mendengar ungkapan itu.
Cinta?? Ah, usia baru setahun jagung sudah mahu bercinta! Tahukah Zarul apa ertinya ungkalan keramat itu? Adakah cinta sekadar perasaan sayang yang bercambah di hati pasangan lelaki dan perempuan? Atau istilah cinta cuma bisikan naluri yang baru memasuki fasa remaja. Sungguh Izyani tidak menduga bahawa Zarul akan menzahirkan perasaannnya secepat itu.
"Kenapa kau diam, Yani? Aku tak layak untuk kau atau sebenarnya hati kau dah berpunya...?"
" Aku.... aku....sebenarnya...."
" Kau tak perlu jawab, Yani. Cinta tak perlu dipaksa...," ujar Zarul perlahan. Ada sarat luka yang menerpa di wajah lelaki itu. Izyani keliru. Selama enam tahun di sekolah rendah dan lima tahun di sekolah menengah, Zarul ialah rakan baiknya. Zarul paling dekat di hatinya. Sikap Zarul yang kelakar, peramah dan baik hati itulah yang membuat Izyani selesa bersama Zarul. Namun, luahan hati Zarul telah menyedarkan Izyani. Zarul bukan hanya teman biasa. Belum sempat Izyani menjawab lagi, Zarul sudah memecut motosikalnya dan sepantas kilat hilang dari pandangannya.
**********
"Sayang...!! Awak kat mana?'
Lamunan Izyani terhenti. Dia cepat-cepat menutup diari lamanya dan menyimpannya di dalam kotak kertas berbunga, di bawah katil. Di situlah tersimpan 10 buah diari lama yang merakamkan segala cerita hidupnya. Kotak itu bertutup rapi, tersimpan kemas di tempat persembunyisnnya.
"Ya, awak...! Saya dalam bilik ni," sahut Izyani. Segera dia turun mendapatkan suaminya.
"Eh, awak nak pergi mana pulak ni? Siap wangi-wangi lagi..."
Usikan Izyani tidak diendahkan. Zarul terus menyisir rambutnya. Rapi sekali. Baju kemeja biru kemas tersarung di tubuhnya. Mahu ke mana lagi suamiku ini? Desis hati Izyani. Matanya dibayangi rasa curiga.
"Awak...?"
"Ya, saya dengar..."
"Awak nak ke mana?"
"Saya ada temu janji dengan client malam ni..."
"Malam? Sejak bila ofis awak buat appointment malam-malam? You must be joking?"
Izyani berdiri di muka pintu sambil mendepangkan tangannya. Zarul ketawa melihat gelagat isterinya. Sudah agak lama Izyani tidak mempamerkan gelagat manjanya. Sudah agak lama juga Zarul merindui kemesraan dan keletah nakal Izyani. Dia menarik nafas dalam-dalam.
"Awak, janganlah pergi. Kalau nak pergi jugak, bawak saya," pujuk Izyani sambil memegang tangan suaminya.
"Are you okay?" Tanya Zarul.
"Awak selalu kata saya sibuk dengan kerja. Malam ni saya free tapi awak pulak keluar..."
"Selalu kan saya jadi penunggu rumah? Baru malam ni saya nak keluar, itu pun sebab kerja..."
"Tapi awak...."
"Saya dah lambat, saya pergi dulu. Jangan tunggu saya balik ye sayang?"
"Awak...."
Izyani hanya mampu melihat Zarul berlalu. Tanpa pelukan mesra. Tanpa ciuman di pipi. Tanpa bahasa mata yang nakal seperti saat mula bergelar suami isteri. Betapa hambarnya hubungan itu sekarang. Betapa sukar untuk mengisi ruang waktu bersama, bercanda, dan bergurau-senda bagai waktu bercinta.
Mana hilangnya Zarul yang dulu? Zarul yang kelakar, penuh kaya idea dengan cerita lucu. Suka ketawa dan menghiburkan GCPJ. Zarul yang telah berjaya menambat hati Izyani 10 tahun dahulu.
YOU ARE READING
Selamat Tinggal Cinta
Short Story"Aku cintakan kau, Yani..." Ungkapan keramat itu bagaikan baru semalam didengarinya. Izyani terpempan tatkala Zarul meluahkan perasaanya pada petang itu.... Kisah cinta seorang gadis, Izyani dengan rakan sekelasnya, Zarul yang kemudian menjadi suami...