Izyani baru keluar dari dapur ketika dia mendengar bunyi isyarat mesej whassap . Dia terpandang telefon OPPO suaminya di atas sofa.
Pelupa sungguh Zarul! Dengusnya.
Memang begitulah perangai Zarul sejak 10 tahun lalu. Kadang-kadang Zarul agak clumsy namun itulah yang menariknya tentang Zarul. Pantas dia mencapai telefon bimbit putih itu. Matanya tajam menangkap sepotong nama dan kiriman yang tertera tatkala dia menyelak lembaran utama pada skrinnya.Maya:
You buat apa tu, Zarul? Dah tidur ke?Tiba-tiba terasa dadanya berombak kencang. Seribu persoalan singgah di benaknya, mengundang resahnya.
"Maya? Siapakah Maya? Mengapa aku tidak pernah kenal Maya? Zarul sendiri tidak pernah menyebut nama itu. Mungkinkah dia....? Ah, tak mungkin...," bisik hati kecil Izyani.
Hatinya meronta mahu menjawab whassap tersebut. Dia mahu tahu siapakah Maya? Zarul dan Maya...? Oh, tak mungkin....! Izyani mundar-mandir di ruang tamu sambil memegang hand set Zarul. Jarinya pantas menaip sesuatu.
I belum tidur. Tengok TV. You...?
Enter. Berdebar-debar jantungnya selepas menghantar whassap tersebut.
Apakah reaksi Maya? Apakah jawapannya pula? Arghhh! Cemas sungguh Izyani. Cemas seperti waktu mahu mengambil keputusan SPM. Cemas seperti waktu dia mahu dinikahkan dengan Zarul.
Tiba-tiba bunyi whassap menyapanya. Menggigil tangan Izyani menyelak lembaran skrin telefon.
Maya:
I'm lying on my bed. Thinking about you....Ya, Allah...! Mimpi apakah ini? Atau semua ini halunisasi semata? Terasa bagai ada sembilu yang menggores kalbu. Ada belati yang menghiris luka di hatinya. Izyani menahan air matanya daripada mengalir.
"Tuhan, berikan aku kekuatan...
Berikan aku petunjuk-Mu." Dia terus berbicara sendirian. Jiwanya semakin celaru. Izyani terus menaip.Do you miss me...?
Enter. Klik. Sekali lagi ombak resah membadai jiwa. Apa pula yang akan menyusul tiba?
Maya:
I miss you every single day night, honey. OK sayang. Sweet dreams.
Nite...Bagaikan ada batu besar yang menghempas di atas kepalanya. Zarul....! Inikah pengakhiran sebuah kisah cinta yang dibaja sejak di bangku tingkatan 5? Inikah harga sebuah kesetiaan yang dipertahankan sejak sekian lama? Inikah kesudahannya....? Tanpa dapat ditahan lagi, air matanya mengalir laju membasahi pipinya.
****************
"Awak janji akan setia dengan saya?"
"Ya, saya akan setia selamanya..."
"Walaupun saya tua kerepot?"
"Kalau dah kerepot, saya tak tunggu dah. Banyak lagi pilihan kat luar. Buat apa nak tunggu lagi?"
"Zarul....!!"
Ah, indahnya waktu itu! Dunia seakan milik mereka. Bermula sebagai sahabat, mereka kemudian bercinta dan mendirikan rumah tangga. Janji yang dimeterai sejak di bamgku sekolah terus mewangi di taman cinta dengan restu keluarga. Masih jelas terbayang di ruang mata, betapa meriahnya majlis persandingan mereka yang diadakan di Taman Botanic, Putrajaya dengan konsep . Tambah meriah dengan kehadiran GCPJ yang turut membantu persiapan majlis dari awal hingga usai. Adie dan Eima yang baru bertunang ketika itu telah menjadi pengapit. Itulah hari terindah yang tidak mungkin dapat dilupakan oleh Izyani.
Mungkinkah mereka berkahwin terlalu awal? Sebaik saja tamat belajar, Izyani terus bertugas sebagai kaunselor perkahwinan di Shah Alam. Zarul pula memulakan kerjaya sebagai pereka dalaman di sebuah syarikat milik senior mereka semasa di SMK Seri Istana. Itulah permintaan Zarul yang berpendapat mereka harus berkahwin untuk melestarikan suatu hubungan.
Setelah lima tahun berkahwin, Izyani bersyukur kerana mereka mampu memiliki sebuah rumah teres dua tingkat dan dua buah kereta. Namun, kebahagiaan mereka seakan belum sempurna kerana mereka belum dikurniakan cahaya mata. Begitulah takdir Tuhan. Izyani tetap bersyukur kerana dia yakin, Allah sedang mengujinya. Dia juga yakin dengan perancangan Allah yang lebih hebat daripada perancangan manusia. Yang pasti, rumah tangga mereka senantiasa dilimpahi kasih sayang, kejujuran, dan kesetiaan.
Kesetiaan? Ah, ternyata ungkapan itu semakin menikam jantungnya. Kini, kehadiran Maya seakan meranapkan kisah cinta mereka. Entah siapa wanita misteri yang tiba-tiba muncul dan mengocakkan ketenangan tasik hatinya. Siapakah Maya? Jiwanya diamuk ombak curiga yang entah bila akan reda.
"Siapakah kau, Maya...?"
YOU ARE READING
Selamat Tinggal Cinta
Short Story"Aku cintakan kau, Yani..." Ungkapan keramat itu bagaikan baru semalam didengarinya. Izyani terpempan tatkala Zarul meluahkan perasaanya pada petang itu.... Kisah cinta seorang gadis, Izyani dengan rakan sekelasnya, Zarul yang kemudian menjadi suami...