BAB 4 : GELORA

215 9 3
                                    

"Siapa Maya, Zarul...?"

Akhirnya terpacul soalan itu dari bibir Izyani. Zarul baru pulang dari pejabat petang itu. Berubah air muka Zarul.

"Maya? Entah... Siapa Maya?"

"Awak jangan nak berdrama, Zarul.."

"Bukan awak ke yang suka layan drama Melayu?" Balas Zarul acuh tak acuh. Izyani menggumam. Hatinya bergelora bagai ombak musim tengkujuh. Rumah tangganya bagaikan sampan kecil yang terolang-aling di tengah lautan.

         "Apa kurangnya saya? Kenapa awak berubah hati, Zarul?"

        "Apa yang mengarut ni, sayang?

        "Siapa Maya? Siapa dia, Zarul?"

Izyani semakin beremosi. Sudah sebulan dia menjadi 'Zarul" dan menjawab whassap perempuan misteri itu. Sebulan juga jiwanya berperang dengan kewarasan minda. Jika diturut rasa cemburu, mahu saja dia mencari perempuan itu. Menarik rambutnya. Menampar wajahnya! Hah, itulah hadiah yang layak diterima oleh perempuan itu! Dia benar-benar rasa tercabar. Batas kesabarannya juga semakin terbakar.

          "Awak dah tak sayang saya kan, Zarul...?" Perlahan soalan itu menerjah keheningan malam.

       Zarul bungkam. Wajah suram Izyani ditatapnya dengan penuh rasa serba-salah. Dia buntu. Keliru.

                     *************

      "Sayang, saya balik lambat hari ni. Awak tidur dulu ye?"

      "Yani, bukan awak dah janji balik awal hari ni? Awak tau kan, kita nak balik kampung malam ni..."

       "I'm sorry, Zarul. Kita balik minggu depan ye? Esok pun saya kerja... "

        "Awak ni melampaulah, Yani! Awak lupa ke esok kenduri kahwin adik saya? Awak kerjalah sampai esok pagi pun tak apa. Saya nak balik kampung malam ni!"

Klik. Talian diputuskan. Izyani terpinga-pinga menelan kemarahan suaminya. Dia menekan nombor Zarul. Tiada jawapan. Whassap turut dihantar, tapi tiada balasan.

        "Zarul... "

         Marah sungguh Zarul, bisik hati Izyani.  Dia memicit-micit dahinya. Kepalanya sakit tiba-tiba. Zarul tak pernah marsh. Jauh sekali meninggikan suara. Izyani berasa amat bersalah. Untuk kali yang ke-28, Izyani menhubungi Zarul. Masih gagal.

        "Macam mana aku boleh lupa esok kenduri adik  ipar aku sendiri? Mengapa aku terlepas pandang benda penting macam ni? Ya Allah! Memang patut Zarul marah...", keluh Izyani. Seribu sesalan singgah di hatinya.

          Malam itu juga Izyani mengambil cuti kecemasan. Dia bergegas pulang ke rumahnya. Sepanjang jalan dia berdoa agar Zarul masih ada di rumah. Dia takut. Sungguh takut akan gelodak jiwa Zarul yang mungkin mengundang padah. Izyani memecut keretanya dengan laju dari Putrajaya ke Shah Alam.

          Setiba di rumah, Izyani berasa amat lega melihat kereta suaminya masih ada. Izyani memberi salam sambil menguak daun pintu. Zarul yang sedang menonton televisyen menjawab salam tanpa menoleh.

          "Saya dah kemas baju awak. Kita gerak sekarang," ujar Zarul dengan nada serius. Pandangan Zarul masih tertumpu pada skrin TV di depannya. Izyani mengerling beg pakaiannya yang sudah tersedia di ruang tamu. Dia menghampiri Zarul.

        "Awak, maafkan saya... " ujarnya sambil memegang tangan Zarul lalu menciumnya dengan penuh kasih sayang. Zarul tidak menjawab meskipun tahu isterinya menangis.

          "Awak tolong maafkan saya, please...", rayu Izyani lagi sambil menggoncang-goncang tangan Zarul.

       Walaupun peristiwa sudah dua tahun berlalu, namun masih tetap meninggalkan kesan di hati Zarul. Selama ini dia hanya menurut rentak iaterinya kerana tidak mahu bertegang urat. Dia menelan segalanya dengan senyuman. Kerukunan rumah tangga itulah keutamaannya.  Kesibukan Izyani sudah menjadi biasa. Dia akur. Dia memahaminya. Malah tidak pernah dia mempersoalkannya.

          

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 04, 2015 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Selamat Tinggal CintaWhere stories live. Discover now